14
Nov

HATI HATI BILA BERKATA KATA

HATI HATI BILA BERKATA KATA

Pada bulan puasa tahun lepas ada seorang rakan non muslim cuba nak ikut puasa. Tapi dia gagal. Setiap kali nak berpuasa , pada pukul 10 pagi dia dah tewas tak tahan.

Time itulah dia terbayang nak makan macam macam. Jadi pada suatu hari , dia terlihat anak yang berusia 7 tahun berpuasa.

Dan dia pun hairan, macamana budak berumur 7 tahun boleh tahan puasa sepanjang hari.

Jadi dia pun tanya , macamana orang lain termasuk budak kecil pun boleh tahan berlapar sepanjang hari.

“Niat”. Itulah jawapannya. Setiap kali waktu sahur atau malam sebelum esoknya dah niat, secara automatik body kita terus mendapat arahan untuk berehat dari makan sepanjang hari.

Niat itu adalah perkataan. Tak kira hari apa berpuasa , bila niat, dengan izinNya kita mampu untuk berpuasa.

Ada kisah satu keluarga ni yang mempunyai seorang anak lelaki yang sangat jahat atau samseng. Lelaki itu memang menyusahkan keluarga dengan banyak melakukan jenayah , dan hal ni buatkan mak ayah lelaki itu marah dan benci pada dia.

Mak ayah nya selalu marah pada anak lelakinya yanh samseng itu. Pernah satu ketika ayahnha pernah mendoakan dengan berkata satu hari nanti anaknya itu mati dilanggar bawah tayar lori.

Masa berlalu dengan pantas. Dengan kuasa Allah Taala , suatu masa lelaki yang samseng itu mendapat hidayah dan bertaubat.

Dia mendekatkan diri dengan belajar ilmu ilmu agama dan rajin ke surau dan masjid. Sehingga mendapat gelaran ustad , lelaki itu banyak berkongsi ceramah ceramah di masjid surau.

Siapa yang lebih bangga selain mak ayah lelaki itu. Mak ayah dia bersyukur anaknya sudah menjadi orang yang beri manfaat dan baik.

Pada suatu hari , satu kemalangan berlaku. Lelaki itu dilanggar lori dan meninggal dunia.

Paling menyedihkan ialah ayahnya sebab dulu dia pernah berkata anaknya akan mati dilanggar lori. Ayahnya lelaki itu menyesal dan menangis atas doa dan kata katanya dahulu. Bagaimana dia berkata anaknya akan mati dilanggar lori begitulah keadaan anaknya meninggal.

Mulai saat ini , kita berhati hati dalam mengeluarkan perkataan. Jika terlepas cakap kita niatkan batal. Erti kata lain kita bercakap positif sahaja.

Contohnya anak kita degil kita jangan marah cakap degil sungguh tapi cakap bertuah atau bijak walaupun dalam keadaan marah.

Susah diganti dengan mudah atau senang. Miskin diganti dengan berlimpah ruah ( abundance ).

Semuanya bermula dengan perkataan ( niat ) . Control diri kita untuk sentiasa keluarkan perkataan yang positif.

Kalau dalam perubatan sains, kajian menunjukkan setiap kali kalau marah dan keluarkan perkataan negative , akan ada urat kapilari yang putus.

Kalau perasan orang yang selalu marah marah dan keluarkan perkataan negative , wajahnya kelihatan lebih tua tak sepadan dengan umur dia.

Mulai saat ini kita berubah dengan control diri kita untuk keluarkan kata kata yang positif agar kehidupan kita di masa akan datang berubah ke arah positive.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*