05
May

Rahsia Umur 36 Tahun

Assalamualaikum WBT.

Dah masuk bulan May sekarang ni sehingga saya sendiri lupa dah lama tak update blog ni. Banyak buat event di merata tempat untuk projek emas. Semalam pun baru balik dari Johor Bahru. Kalau nak tahu perkembangan di Johor Bahru boleh lihat di link website : www.JuaraMulia.com

Tajuk atas ni saya pilih sebab saya lihat kebanyakan orang mencapai tahap yang mereka impikan untuk berjaya pada umur 36 tahun. Kalau sudah umur 36 tahun tetapi tidak berjaya bermakna dia tidak pernah nak memikirkan tentangnya bermula pada usia 30 tahun. Boleh dikatakan 80% yang mencapai umur 36 tahun berada di skala kejayaan teratas.

Kejayaan pulak ada banyak. Bukan bererti kalau berjaya mesti sebab banyak duit atau banyak harta. Kejayaan boleh jadi dari segi ilmu, pengaruh, keluarga dan yang selain dari ekonomi. Ikut pada kehendak orang tersebut nak berjaya macamana. Tetapi majoriti nak berjaya menjadi kaya raya dan berharta dalam masa singkat.

Di skala ini juga proses berhati-hati. Bila dah berjaya pada umur 36 tahun, ia satu ujian berat pula. Sama ada anda menjadi orang yang berjaya dan beringat atau pun orang yang lupa diri. Sebab itu kita banyak dengar cerita orang yang dulu hidupnya senang, kemudian pada umur 40an, hidupnya kembali susah.

Banyak faktor kenapa ia susah. Paling ketara dan sebab kejatuhannya ialah sebab lupa diri. Bila dah berjaya, mula hidup boros, tak buat simpanan untuk jangka masa panjang. Tidak mengamalkan amalan kesufian, tinggalkan amalan sedekah, mula berlaku curang dan banyak ujian akan berlaku pada saat berada di skala kemuncak di usia 36 tahun.

Jika anda sekarang ini dah lebih pada umur 36 tahun, cuba ingat balik pada usia 36 tahun anda dulu apa yang sudah anda capai ? Jika sekarang ini anda belum lagi usia 36 tahun, apa persiapan anda untuk anda boleh berjaya melepasi fasa tersebut. Ajal, rezeki semua ketentuan Ilahi. Namun usaha untuk meneruskan kehidupan perlu dibuat.

Banyakkan mengkaji apa yang Nabi Muhammad SAW ajar kepada kita. Sesiapa yang ikut in shaa Allah berjaya dunia akhirat. Satu contoh apa yang Nabi Muhammad SAW ajar kepada kita ialah mengenai SIMPANAN. Dalam hadith ada menyentuh tentang simpanan yang bertujuan untuk bekalan kepada waris kita sekiranya kita sudah tidak ada agar mereka tidak dibebani hutang dan boleh meneruskan kehidupan mereka.

Sesiapa yang faham akan maksud hadith itu, dan mereka mengamalkan simpanan, bererti melakukan sunnah. Bila melakukan sunnah inshaa Allah mendapat pahala. Orang akan cakap, bila ada simpanan kena bayar zakat. Jadi baguslah bayar zakat. Apa menjadi masalah disitu ? Sebab bila bayar zakat, rezeki akan melimpah ruah kepada irang yang rajin berzakat dan bersedekah berbanding orang yang kedekut.

Orang yang kedekut ni biasanya orang yang minta orang lain sedekah dekat dia dan minta zakat. Bukan orang yang tua-tua, anak yatim dan fakir miskin. Kalau boleh melayari internet bukan kategori fakir miskin. Banyak projek boleh buat bila anda pandai layari internet. Saya dulu pun bermula dengan layari internet di cyber cafe.

Jadi, bagi sesiapa yang nak menjangkau umur 36 tahun, selamat maju jaya. Yang dah melebihi 36 tahun, ingat balik kisah kolonel Sandlers KFC, pada umur 60 tahun mencapai kejayaan legasi.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Norman Zakaria

July 26, 2014 at 5:52 am

alhamdulillah..ini satu penerangan yg cukup menarik pd saya..mmg saya amat setuju pd usia 36 tahun adalah masa utk mencapai impian dan cita2..tapi namun ada juga kebanyakan yg berjaya mengecapi kejayaan diusia 60 tahun. ..ini semua bergantung kpd usaha yg berterusan dan sentiasa mohon bantuan kpd sang Pencipta