19
Mar

Resipi Kejayaan

Assalamualaikum WBT,

Semoga anda diberi kekuatan dan ilham untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang hamba Allah. Jika tak ada ilham atau tak tahu nak buat apa, mohonlah doa kepada Allah agar diberikan ilham yang dibawa oleh malaikat Jibril Alaihisalam.

Minggu ini adalah minggu yang terpantas seperti macam baru sahaja hari Jumaat dan ini bakal nak masuk Jumaat. Kelmarin saya dan team saya ke Pahang Kuantan selepas balik dari Kota Bharu. Pergi Kota Bharu naik kapal terbang dan pergi Kuantan naik kereta.

Setiap kali bila saya berhenti di sesuatu tempat, orang akan memandang kereta yang saya naik. Mengapa mereka pandang ? Sebab kereta yang saya naik ni pelik. Ia panjang dan senang cerita ia sebuah kereta limosin. Bila naik limosin maknanya ada tukang bawak kereta (driver).

Kereta ini bukan saya punya tetapi sewa sahaja. Sewa sehari dalam RM14ribu. Orang akan cakap membazir je sewa kereta mahal-mahal. Buat apa. Yang itu saya setuju. Saya memang tak bayar sewa pun kereta itu. Saya dapat naik secara percuma.

Daripada bayar dapat peluang dapat free mana lebih untung ? Sebenarnya ini adalah projek emas yang saya buat selama ini. Pergi round satu Malaysia sambil melihat negeri orang. Ada kesempatan akan jumpa dengan sahabat-sahabat Tendai.

Saya ingin kongsikan juga pentingnya kita buat sesuatu kena istiqomah. Kalau buat sesuatu benda baru 6 bulan dan dah putus asa memang tak dapat sebarang hasil. Apa yang saya amalkan selama ini ialah elakkan daripada semangat tahi ayam. Saya bagi tempoh pada diri sendiri. Tempoh untuk 2 hingga 3 tahun untuk saya lakukan sesuatu projek.

Alhamdulillah, berhasil dengan prinsip yang saya lakukan itu. Jadi, tak ada rahsia untuk berjaya sebenarnya. Yang penting Rajin, Jangan mengeluh, jangan malas, jangan bergantung pada orang lain untuk mengubah nasib dia.

Paling penting kena berdoa mohon kepada Allah. Doa penting sebab itulah kekuatan kita. Saya nak kongsikan dengan anda kisah tentang doa. Ada 2 orang adik beradik yang masing-masing berlainan karektor. Si abang dan si adik.

Si abang sangat berjaya , duit ada banyak, duduk rumah besar, ada kereta mewah , mempunyai isteri yang cantik.

Manakala si adik pula serba kekurangan, hidup miskin, tidak pandai membaca dan tak pandai menulis.

Si abang mendapat kejayaan daripada doa yang dia lakukan setiap kali selepas solat. Memang lama setiap kali si abang berdoa sebab minta macam-macam.

Suatu hari si abang datang berjumpa si adik. Si abang bertanya kepada adiknya adakah dia pernah berdoa kepada Allah. Si adik menjawab dia memang sentiasa berdoa.

Lalu si abang mengajar adiknya itu untuk berdoa biar panjang dan lama. Dia suruh adiknya itu belajar menulis dan tuliskan doa yang selama ini dia mohon kepada Allah dan manambahkan lagi doa-doa untuk mandapat kejayaan. Si adik bersetuju dan dia pun beredar untuk pergi mencari kertas dan pen.

Si Abang berasa puas setelah mengajar adiknya itu agar berdoa untuk mengubah kehidupannya. Dia ingin adiknya hidup senang seperti dirinya juga.

Ajal adiknya tidak lama. Tak lama selepas pertemuan si abang dengan si adik, yang adik meninggal dunia. Belum sempat mengecapi kejayaan. Si abang berasa sedih diatas pemergian adiknya. Dan adiknya sudah selamat dikebumikan.

Suatu hari si abang menjengah rumah peninggalan arwah adiknya. Dia terlihat di tempat solat adiknya itu terdapat sekeping kertas berlipat. Lalu dibuka kertas tersebut. Rupa-rupanya, itulah kertas yang adiknya menulis doa.

Hati si abang semakin pilu bila membaca isi tulisan adiknya itu. Ia berbunyi :

” Ya Allah Ya Tuhanku, kau perkenankanlah dan makbulkanlah segala doa abangku.”

Rupanya selama ini doa si abang diperkenankan Allah sebab adiknya ikhlas mengaminkan. Inilah kekuatan doa kita bila kita mendoakan untuk orang lain, para malaikat semua mendoakan untuk kita.

Selama ini kita ingin anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah. Kita berdoa agar anak kita menjadi orang yang kita inginkan. Tetapi jika kita mendoakan untuk anak orang lain, para malaikat akan mendoakan untuk anak-anak kita.

Selama ini kita berdoa minta kejayaan untuk diri kita, tanpa sedari kalau kita doakan untuk orang lain, kita akan didoakan oleh para malaikat. Inilah resipi kejayaan yang anda perlu buat secara istiqomah. Amalkan setiap malam sebelum tidur anda berdoa untuk semua umat Islam dan manusia. Berikan kekayaan kepada orang lain, berikan rezeki berlimpah ruah kepada orang lain.

Bila orang lain kaya banyak duit barulah mereka boleh beli barang dengan anda kalau anda berniaga atau kalau anda bekerja anda boleh dapat naik gaji sebab doa untuk bos untung besar. Kalau bos anda memang jenis kedekut, anda berhenti dan berniaga dan jangan jadi bos kedekut macam bos anda.

Jadikanlah anda seorang bos kalau nak berjaya . Selagi anda sibuk nak cari kerja dan makan gaji selagi itu anda belum menguasai ilmu rezeki 9/10. Anda baru mengunakan 1/10 rahsia kekayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*