24
Mar

Jangan Bergantung Pada Satu Tali

Assalamualaikum WBT,

Pagi yang ceria di hari Isnin ini ramai yang mengeluh sampai gelarkan “I hate Monday mood”. Kalau saya pulak, hari Isnin la jadi family day. Sebab hari Ahad saya bekerja banyak buat event. Lagipun hari Isnin jugaklah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Sebanarnya hari ini tak ada apa yang nak dikongsikan tetapi bila ada orang tanya buat kerja apa sekarang, timbullah idea nak kongsikan apa. Ramai yang tanya banyak sangat benda yang saya buat. Okey ke ? Jawapanya okey dan tak okey.

Sebabnya, okey kalau semua benda buat dapat hasil. Dan tak okey kalau buat banyak benda tapi tak ada hasil. Walaubagaimanapun, saya lebih pegang kepada “Jangan bergantung pada satu tali.”

Ibarat dalam ketenteraan, jangan ada tentera darat sahaja. Laut dan Udara kena ada jugak. Kalau ada satu sahaja sumber pendapatan , tak merasa pula pendapatan untuk hidup mewah, hidup senang, boleh hidup.

Biar banyak sumber pendapatan yang kita bina tetapi tak ada simpanan tidak bererti juga. Mengapa saya boleh ada banyak sumber pendapatan? Sebab saya dah pernah terduduk bila bergantung pada satu sahaja sumber pendapatan. Bila dah terkena dan terserik, dia punya semangat lain macam.

Jadi lepas dah belajar dari kesilapan, saya mulakan membina semula kekuatan dengan membina beberapa perniagaan. Salah satunya perniagaan bekam yang boleh hasilkan pendapatan bulanan untuk biayai dua buah pusat tahfiz.

Ada seorang sahabat lama saya yang sekarang ini bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Dia hairan dan bertanya kepada saya bagaimana saya boleh hidup tanpa bekerja. Saya bagitahu dia saya bergantung pada zakat.

Dia pun ingat saya dapat duit zakat setiap bulan. Sebenarnya saya bergantung pada zakat bermaksud rezeki yang saya perolehi sebahagian daripadanya saya sedekahkan. Dan dari situ keperluan hidup saya dengan izin Allah dilengkapkan dan cukup.

Sebab itu saya tidak memikirkan sangat soal apa nak buat sebab rezeki itu datang dengan sendiri dengan izin Yang Maha Memberi Rezeki. Itu yang dari satu bisnes tambah lagi peluang satu bisnes lain yang datang. Jangan terkejutlah satu hari nanti saya ada bukak bank local yang kecik. Wallahualam.

Terus terang, buat masa sekarang ini saya belum lagi berjaya. Kalau saya dah berjaya rumah saya pastinya sebelah rumah Tun Mahathir dan dah pakai kereta Ferrari Emas. Dah ada orang gaji 3 orang dan pakain driver.

Saya sama seperti sahabat pensyarah saya tu. Suka hidup simple dan enjoy kehidupan dengan tenang. Tak terkejar-kejar dan tak perlu nak bermewah sangat. Yang penting semuanya cukup pakai. Kalau nak bekejar ke arah kemewahan, benda tu semua akan ditinggalkan.

Depan mata saya sendiri saya saksikan orang yang saya kenal lama meninggalkan harta yang banyak pada usia muda sebabnya dah ajal. Bak kata sahabat saya seorang ustad masa test drive kereta Ferrari dulu, katanya : “Buat apa nak kejar benda yang akan ditinggalkan.”

Tapi kemewahan tu datang sendiri tanpa perlu dibayar. Itu yang saya banyak kali merasa. Mewah makan free di hotel, contohnya. Mewah dapat komputer free, jam free, kereta free dan rumah free belum lagi. Mungkin belum matang lagi ilmunya.

Jadi ada 10 tali yang dipegang. Kalau satu tali putus yang 9 tali lain akan sokong. Setiap tali ada fungsi masing-masing. Contoh ada yang fungsi untuk bayar sekolah anak. Cari benda yang boleh buat bayar perbelanjaan sekolah anak. Contohnya kalau sebulan perlukan RM500 untuk sekolah anak, cari platform yang boleh buat pendapatan RM500 sebulan.

Sebagai contoh ada seorang kenalan jual mainan boleh dapat RM200 seminggu secara online. Itu pun dia buat sampingan. Kena asingkan duit baru nampak. Kalau tak, duit masuk banyak tetapi tetap tak ada duit. Itu yang penat.

Paling menarik kalau nak duit tu tahan lama, bekukan ia. bekukan macamana ? Tukarkan duit menjadi emas. Ramai yang mengeluh harga emas turun. Inilah peluang untuk saya beli dengan mereka. Beli harga murah. Kalau diaorang tak suka, diaorang boleh jual di kedai emas yang lagi teruk harga kedai emas beli.

Emas kena simpan lama. Khusus untuk anak masu ke universiti. Bukan untuk beli sekarang dan jual pada bulan depan. Kalau nak yang dapat cepat pulangan, buat pelaburan emas bukan simpanan emas.

Ini baru kecil-kecilan. Kalau yang besar kita pun tepuk dahi. Orang kaya main bisnes juta-juta dan saham mereka pun juta-juta. Kalau untung juta-juta rugi pun juta-juta.

Jadi kita yang hidup biasa ni dapat sebulan RM30,000 pun syukur Alhamdulillah. Dulu RM3,000 sebulan  kira besar. Sekarang RM3,000 sebulan tenat. Sekarang RM30,000 sebulan pun kira besar dan akan datang mungkin RM30,000 sebulan tenat.

Banyak benda yang saya kongsikan dalam kursus saya yang kecil tak ramai orang dapat peluang nak belajar sebab saya tidak pomosikan agresif. Baru-baru ni hari Ahad dah selesai seisi pengijazahan bagi bulan Mac. Inshaa Allah bulan April pada 27hb April pula.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Zarina

March 24, 2014 at 3:10 am

ilmu mantap .. terima kasih Allah temukan kami dgn Master Hadzrin .. Sy follow langkah tuan 🙂