30
Sep

SUSAH SENANG DALAM PERNIAGAAN

Hari ini Pertandingan Usahawan anjuran MPSJ diadakan di Dewan Kelana Jaya yang pesertanya seramai 200 orang datang bertanding. Boleh dikatakan 98% yang bertanding adalah usahawanita. 2% Lelaki….Mungkin peserta lelaki ramai bertanding dalam arena REAL LIFE. Sibuk mencari rezeki luar.

Hari itu selepas program di Alor Gajah Melaka saya terus bergegas ke KL untuk menjadi Juri kepada pertandingan Usahawan yang hari itu topik tema pertandingan adalah “PERNIAGAAN ASAS ADALAH YANG TERBAIK.”

Peserta dipecahkan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan untuk buat perbentangan dan saya serta 2 orang lagi ahli panel memberi markah untuk persembahan mereka membentangkan perniagaan mereka.

Dalam ramai-ramai peserta yang bertanding, ada juga datin yang datang bertanding. Majoriti mereka adalah peniaga penjaja dan ada yang baru nak mulakan perniagaan. Objektif program ini sebenarnya nak membawa setiap peserta untuk mendaftar syarikat mereka, sediakan dana terutama untuk warga selangor dan beri khidmat kaunseling.

Bila lagi pertandingan ini akan diadakan ? InsyaAllah pada bulan April tahun depan dan waktu itu lebih besar kerana hari itu adalah Convention Usahawan. Jika saya diberi peluang , insyaAllah dapat lah jadi Juri lagi. Dapatlah saya kongsikan pendapat dalam komen-komen kepada setiap kumpulan usahawan itu.

Rata-rata saya respect kepada peserta yang datang bertanding kerana mereka semua mempunyai azam dan niat untuk berjaya dalam perniagaan mereka. Saya percaya biarpun bermula dari perniagaan kecil, suatu hari nanti ia akan menjadi empayer yang besar. Itulah objektif program ini.

Untuk jadi usahawan , bukan semua orang mampu lakukan sebab jika tak tahan dengan dugaan, sekerat jalan sahaja berniaga. Jika dulu zaman Nabi Muhammad SAW, para sahabat lebih suka berniaga dengan Allah. Bila ada pegangan begitu, jatuh bangun dalam berniaga dianggap ibadah dan tidak akan dilakukan sekerat jalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

ummusyuhada'

October 7, 2012 at 5:44 pm

Nabi mula ikut atuk berniaga sejak kecil, bermaksud, utk menjadi peniaga yang hebat perlu mempunyai pengalaman. Ia bukan boleh dilahirkan dlm masa sehari dua….