06
Sep

Perasmian Dan Jamuan Raya Ahad 2 Sept 2012

Alhamdulillah , jamuan dan perasmian pusatrawatan QiTouch (Dahulu Bio-Touch sebelum di trademarkkan) telah berjalan lancar dengan kehadiran lebih 200 orang walaupun pada hari itu terlalu banyak jemputan rumah terbuka.

Setiap tahun acara rumah terbuka memang saya buat di pejabat sahaja kerana senang untuk berurusan bisnes. Ada juga yang sambil datang beraya membuat rawatan dengan teknologi QiTouch ini.

Kejayaan rumah terbuka ini dijayakan oleh keluarga saya yang semua lauk dan menu dimasak sendiri dan tidak menggunakan catering dan crew-crew yang menyusun pejabat.

Pada malam Jumaat ini InsyaAllah saya dan team akan ke Seremban untuk membuka satu lagi cawangan di sana. Jika dipermudahkan, cawangan baru di Seremban memudahkan orang Seremban yang kerap membuat rawatan di Putrajaya. Lepas ni dah tak berapa jauh.

Serba sedikit tentang konsep rawatan ini di www.MyQitouch.com . Sabtu dan Ahad ini saya akan ke Program di Selatan sambil membantu Group disana untuk Seminar Percuma. Pada 9 Sept ini saya berada di Hotel Mutiara sebelah Holiday Plaza Johor Bahru pada jam 1 pm ke 6pm.

Jika anda warga JB, boleh lah bertemu dengan saya disana sambil menyelam minum air. Next training Tendai pada 22 hb Sept (Ahad) di Putrajaya ofis mulai jam 10 am.

Jumpa lagi…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*