11
Sep

Jutawan Spiritual

Assalamualaikum Wbt.

Tahun ni kita sedar atau tidak, bulan puasa berlalu dengan pantas dan bulan Syawal lagilah pantas. Setiap hujung minggu sibuk ke rumah terbuka kenalan dan sahabat handai. Seolah-olah macam lagi ramai orang yang berlumba-lumba anjurkan rumah terbuka. Satu rumah terbuka sekali buat menelan belanja beribu juga.

Setiap hari kita dengar ramai orang yang mula bina empayer perniagaan baru. Dan Alhamdulillah kebanyakannya sekarang adalah orang Islam. Dalam kesibukan hari raya juga ada yang mengirim SMS kepada saya tentang nasib dan masalah dia. Sampai tahap dia nak pinjam duit along untuk membayar sewa rumahnya.

Selalunya saya akan membuat penilaian dan kaji. Apa yang buat ada orang berjaya dan apa yang buat ada orang masih lagi dalam keadaan tertekan. Apa masalah mereka sebenarnya. Sebab kalau nak ditanya kerja atau tidak….jawatan sebagai pengurus. Gaji lebih dari RM3┬áribu.

Tetapi bila saya perhatikan, dari sudut spiritual, nahh…..tahu sudah jawapannya. Buktinya. Mengapa ada orang yang gajinya RM1000 tetapi tidak pernah hadapi masalah menghantar anak yang ramai sampai ke universiti dan tak pernah sampai tahap nak pinjam duit along ?

Saya bukan sahaja menilai dari segi orang lain. Saya juga membuat penilaian terhadap diri saya sendiri. Nahh….baru jumpa jawapan dan rahsia segala persoalan orang ramai. Persoalan yang orang ramai sendiri sampai pergi berkursus bayar beribu dan sanggup pergi belajar ke luar negara untuk mencari jawapan kepada persoalan ini.

Jika saya yang tidak kerja makan gaji dan pendapatan tidak tetap boleh buat apa yang saya suka (Setakat ni ada satu lagi benda gila yang saya nak buat…..lain kali saya kongsikan), apa yang saya sudah buat.

Setelah lebih 10 tahun kajian terhadap diri saya yang tentu sekali kosnya besar. Kajian yang menjadikan saya jatuh papa kedana, saya naik bangkit balik, saya hidup tenang selesa, saya berada kemuncak, kemudian saya jatuh semula, saya naik balik, kemudian jatuh lagi dan naik balik…kumpul-kumpulkan….nah 10 tahun dah dilalui. Tentu sekali kos pembikinan video tu makan belanja besar dan dengan titisan air mata.

Setelah 10 tahun itu sekarang ini saya dah tahu rahsianya. Dan sudah tentu sekali saya akan bocorkan rahsia itu. Itupun untuk orang yang tertentu. Orang yang kita suka sahajalah maksud orang tertentu itu. Siapa orang yang saya suka itu ? Orang yang sanggup belajar dan boleh diajar. Orang yang ego dan dah tahu diri tengah susah yang itu saya belum layak nak kongsikan rahsia itu.

Apa yang saya akan buat dalam projek terbaru saya nanti adalah saya ingin membina komuniti Jutawan Spiritual yang saya namakan kerana Jutawan tak semestinya duit ada berjuta tetapi hidup yang tidak menyusahkan orang dan dapat apa yang mereka nak dapatkan. Contohnya nak beli apa-apa tu boleh beli biarpun ambik masa.

Kalau nak beli kereta , rumah tu , mereka akan mampu cuma cara jumpa peluang untuk dapatkan peluang itu sahaja yang sama-sama difikirkan bagaimana dalam komuniti ini. Komuniti yang diwujudkan untuk membina insan-insan yang bukan nak kaya seorang tetapi mereka akan kongsikan resipi kejayaan mereka dalam komuniti Jutawan Spiritual.

Anda mungkin tak pernah dengar nama Ali Hasan. Orang nya bukanlah ada dato atau haji. Cuma Ali Hasan. Kekayaannya setahun hasilkan pendapatan RM200 juta. Penyumbang kedua terbesar kepada tabung zakat Johor. Orang tak kenal dengan nama Ali Hasan. Tetapi orang kenal dengan nama Al-Ikhsan. Kedai runcit jual barang-barang sukan.

Apa rahsia beliau sehingga berjaya. Dalam seisi temuramah, beliau berkata, saya berdoa dalam sembahyang minta kepada Allah untuk jadikan kaya. Dan Allah jadikan dirinya kaya kerana ada sebab iaitu boleh memberi semula kepada orang lain. Katanya lagi, beliau ,menjaga 2 perkara.

Pertama solat 5 waktu dan sedekah dan zakat. Ibu bapa juga kepentingan utama baginya. Sebab itu beliau kaya. Bukan kaya dengan menggunakan bantuan khadam, jin serta bomoh. Ada amalan yang beliau amalkan sehingga berjaya dan sesiapa yang lakukan sepertinya akan dapat sepertinya.

“Buat apa yang orang kaya buat dan kita akan dapat apa yang orang kaya dapat.” Bila sebut tentang menjadi Jitawan, semua orang nak jadi Jutawan tetapi semua orang tidak buat apa yang Jutawan buat. Sebab itu banyak skim dan program yang menjanjikan jadi jutawan tidak pernah ditolak buarpun sejak zaman dulu lagi.

Tak salah untuk buat program yang boleh jadi Jutawan tetapi kena ikutlah apa yang orang buat sampai jadi Jutawan. Kalau Jutawan sedekah RM100,000, kita pun usaha untuk dapat sedekah kan RM100,000. Itu yang dimaksudkan bagaimana nak jadi Jutawan seperti Ali Hasan.

Selalu ingat nak jadi Jutawan biar orang baling nak bagi duit RM1 juta. Melainkan jika mempunyai harta seperti rumah di Pulau Pinang atau tanah di Danga Bay Johor Bahru. Dulu mungkin dapat tanah anugerah sekali projek nak naik dapat berjuta. Jutawan Segera.

Tetapi berapa ramai yang nasib sama seperti pemilik tanah itu? Kita punya tanah lambat lagi nak laku. Apa saranan yang saya boleh kongsikan? Insya Allah….tunggu sedikit masa lagi. Nanti anda boleh sertai komuniti Jutawan Spiritual dengan melayari website www.JutawanSpiritual.com dan daftar dalam komuniti di facebook sekali. Kita berkomunikasi dalam facebook.

Saya belum lah ketegori sudah berjaya. Kalau dah berjaya saya sudah mempunyai 10 biji kilang dan satu landasan kapal terbang. Insya Allah bulan depan saya akan beli sebiji kapal terbang peribadi yang hanya 2 orang boleh naik. Tak ada lah mahal dan second hand sahaja.

Nak merasa juga terbang melihat kebesaran Ilahi. Kalau jadilah saya beli. Tengok keadaan kapal terbang tu dulu. Bayangkan kalau anda dah ada dalam kominiti Jutawan Spiritual ini, mungkin anda boleh bebas tidak terikat masa dengan kerja. Boleh bersama-sama saya naik ke udara.

Naik basikal, pergi memancing dah koman sangat. Apa kata kita buat lain dari yang lain. Bila anda berada diudara anda akan insaf melihat manusia. Sesungguhnya manusia itu kerdil sungguh tetapi mengapa ada yang berjalan seperti mereka itu sebesar alam semester….. Doakan sahaja kita sama-sama boleh berjaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Asmawati

September 18, 2012 at 2:44 am

Bila kita byk bersedekah dan tolong ibu bapa, rezeki mmg banyak…bukan semata2 duit ttpi kebahagiaan.

haidir

March 22, 2013 at 8:36 am

-bagaimana mengandakan duit yang sedia ada…
-cara menjadi ushawan
-mahu menjadi kaya

rosnani ibrahim

June 20, 2014 at 12:53 am

In shaa Allah.kalau aku kaya menjadi seorg jutawan apa jua perbuatan aku adalah perbuatan seorg jutawan.hidupan kita adalah
Di bawah naungan Jutawan. Hidup ini adalah jambatan menuju
Sebuah kehidupan yang kekal. Mohon keseluruhan hidup ini
Di bawah Rahmat taufik n hidayah mu. Seluruh hidup ini adalah milikMu. Aminnnnn