02
Feb

MENGAPA SAYA SUKA BERKONGSI TENTANG EMAS

Assalamualaikum wbt,

Gambar di atas adalah risalah yang saya dan group saya edarkan untuk berkongsi peluang keEMASan dengan orang ramai. Hanya dari sehelai kertas mungkin boleh merubah kehidupan orang. Mungkin anda pernah dengar ayat itu jika anda selalu dapat risalah MLM.

Jangan salah anggap, ingat buat MLM sahaja yang guna risalah (Fliers). Semua bisnes guna fliers baik Mcdonald, pizza hut, giant, carefore, seng heng…ceramah agama, jual kereta, jual rumah. Risalah emas ? Sekarang ini belum HOT lagi. Jarang jumpa. Insya Allah lepas ini jadi HOT.

Hari ini dah masuk bulan Februari yang rasanya baru semalam sambut tahun baru 2012. Masa memang cepat berlalu dan tanpa kita sedari, pada bulan Januari yang lepas, ada berapa banyak duit yang kita dapat simpan ?

Belum lagi ? Bayangkan jika ini berterusan, tanpa kita sedar dah masuk hujung tahun dan rupanya kita tak ada perubahan langsung berbanding dengan tahun-tahun yang sudahnya.

Cuba fikirkan, kalau setiap tahun kita boleh simpan RM10,000 bermakna dalam masa 10 tahun bekerja sekarang ini dah ada RM100,000 dalam tangan kita. Anda ada RM100,000 simpanan dalam bank ? Rugi takde kalau dah kerja lebih 10 tahun.

Kalau ada RM100,000 dalam bank patut dipelihara simpanan itu menjadi lebih banyak. Bukan dengan menyertai skim yang menghabiskan simpanan hasil perit lelah menyimpan selama 10 tahun atau lebih.

Kita mungkin tak terfikir, simpan duit banyak-banyak untuk apa dan mengapa perlu simpan duit. Anda sudah ada anak ? Cuba lihat muka anak anda sekarang. Lihat wajah anak yang mungkin sekarang ini berusia setahun.

Anda lihat wajah anak anda yang belum tahu erti kehidupan, yang belum tahu nak bercakap, yang belum tahu nak berjalan, yang belum tahu nak minta dan yang dia tahu hanyalah menangis.

Sekarang, cuba bayangkan masa berlalu dan pergi ke usia anak yang anda lihat tadi menjadi dewasa dan sudah bekerja. Pada waktu itu, anak anda yang umur setahun dah berumur 30 tahun. Waktu itu berapa pula umur anda?

Bayangkan ketika itu anda tidak miliki apa-apa, simpanan tidak ada, rumah tidak ada, harta pun tidak ada. Yang anda ada hanyalah anak anda yang anda lihat sekarang ini berumur setahun. Boleh anda berkata pada anak anda sekarang ini, “esok masa umur aku dah tua, bolehke anak aku ni nak hulurkan aku duit.”

Memang benar, sekarang ini kita banyak habiskan wang kita untuk anak-anak dan untuk barang dapur sehinggakan pakaian kita sendiri pun dah tiga tahun tak beli baru. Maksudnya, kalau sekarang kita dah habis banyak duit untuk anak-anak supaya apabila mereka dah besar nanti mereka berjaya dan boleh memberi kita duit belanja.

Tapi jika waktu itu anak kita sendiri terkucil-kucil nak beri duit kepada kita dan mereka sendiri banyak tanggungan. Bagaimana pula nasib kita waktu itu ?

Sekiranya kita fikir dari sekarang mungkin waktu itu kita mempunyai pilihan. Pilihan untuk bebas pergi mengembara , bebas nak buat apa sahaja yang sewaktu muda kita terbatas nak buat seperti nak ziarah masjid Nabawi setiap bulan, nak memancing dengan kawan….

Hakikatnya, jika kita tak fikir sekarang, sedar tak sedar masa dah jadi setahun, dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun dan kita masih lagi BROKE (Sengkek).

Kita tak sedar yang duit kita dapat setiap bulan atau setiap hari akan keluar laju macam air. Sebab itu saya suka dan memang menggalakkan orang ramai untuk menyimpan emas sebab dua perkara :

  1. Simpan emas boleh menarik kekayaan
  2. Simpan Emas boleh menutup kebocoran wang

Bayangkan jika tak simpan emas, simpan duit kertas sama ada di bank atau di bawah katil. Lama kelamaan duit kertas senang ditarik dan habis. Biarpun ada beratus ribu. Bukan saya tak pernah ada simpan duit kertas ada sampai beratus ribu simpan di rumah.

Ditarik hari-hari sehingga ratus ribu tu dah tak nampak. Jika simpan dalam bentuk emas, secara tak langsung simpanan dah tak boleh nak usik malah ia secara automatik meningkat nilainya setiap tahun.

Bayangkan kalau simpan RM100,000 dalam bentuk emas dan nilainya dalam masa setahun boleh jadi RM130,000 dan tahun berikutnya boleh jadi RM170,000, dan seterusnya walaupun dibiarkan sahaja emas itu dibawah katil.

Cuba amalkan simpan emas setiap tahun ada penambahan. Buat sasaran, 10 tahun akan datang, anda dah ada berapa banyak emas di tangan anda.

Kalau duit kertas letak bawah katil senario nya jadi begini, tahun ini tarik RM10 untuk beli nasi lemak. Tahun depan tarik RM15 untuk beli nasi lemak yang sama, tahun berikutnya tarik RM20 untuk makan nasi lemak yang sama. Sebab itu duit kertas cepat habis dan nilainya jatuh disebabkan INFLASI.

Nampak kesannya untuk jangka masa panjang ? Kalau masih tak sedar dan masih meneruskan falsafah hidup yang dah lama bersarang di minda: “Duit aku , Aku punya suka” terpulanglah.

Ilmu yang paling mahal adalah daripada pengalaman. Dalam hal ini, saya dah cukup merasa bagaimana dari ada duit yang banyak sehingga jadi papa kedana dan menjadi berduit semula dan kemudian jadi sengkek semula sehinggalah saya belajar berjumpa tentang keunikan emas.

Bermula dengan menyimpan emas dari sedikit sehingga jadi banyak, setiap masalah yang dulu hadapi satu demi satu dapat diselesaikan setelah menceburi bidang emas. Ramai sahabat-sahabat yang ikut sama pun mengalami peningkatan hidup dan mendapat ketenangan hidup.

>> BERMINAT UNTUK MULA BUAT UNTUNG DARI EMAS, KLIK SINI << 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*