08
Feb

MELETAKKAN GAJI SENDIRI

Assalamualaikum WBT,

Sejak kebelakangan ini memang payah nak update blog ni. Sibuk menguruskan belian emas pelanggan-pelanggan emas hibah yang ada offer dapat setiap bulan 3% yang berakhir hari ini. Maaf ya saya kongsikan lambat.

Sebab bukan mudah nak uruskan belian emas tersebut. Perlu menunggu lama untuk mendapatkan nombor giliran. Terlalu ramai manusia nak mengambil peluang dapat 3% setiap bulan. Kalau beli RM 1juta bermakna hibah dia sebulan RM30,000. Mengalahkan gaji CEO syarikat multinasional.

Hari ini saya nak kongsikan tips percuma bagi yang berminat untuk melaksanakannya. Mengapa baru sekarang saya nak konsgikan tips ini ? Sebab saya dah buat dan dah berhasil. Bila dah berhasil baru saya cerita. Kalau tak berhasil lebih baik tak perlu nak difikirkan sebab buang masa.

Tapi saya percaya tak semua orang boleh buat sebab ada sifat TAK SABAR. Kalau anda penyabar, anda boleh follow. Sebelum saya terlupa, teknik ini adalah untuk orang yang kerja sendiri dan untuk orang yang tak ada siapa yang nak berikan dia gaji.

Yang dah ada gaji kira dah beruntung. Tak perlu susah payah fikirkan berapa gaji nak beri pada diri sendiri sebab orang lain dah fikirkan untuk dia.

Tetapi jangan bimbang kalau anda bekerja. Anda pun boleh buat tapi dengan syarat anda ada side bisnes. Contoh ada kenalan saya yang bekerja tetapi dalam masa yang sama dia buat pertime jual baju kanak-kanak sampai sekarang ni dah ada butik besar. Masih lagi bekerja member tu.

Ada juga yang bermula jual kek lapis di facebook. Bukan dia yang masak pun ┬ákek tu. Yang dia tahu makan kemudian dia rasa sedap dia promot je kat facebook. Sekarang ada macam-macam kek pulak ada di Facebook dia. Jangan pula jual macam-macam. Jual Kek la, jual goreng pisang, jual roti canai….

Fokus pada satu barang sahaja di Facebook macam kawan tu. Baru orang nampak kreadibiliti dia sebagai usahawan kek lapis. Bila ingat kek lapis, akan ingat kawan tu.

Okey, tips yang saya nak kongsikan hari ini ialah tips yang saya dah buat 5 tahun dulu. Masa itu, saya ambil satu cek dan satu wang kertas seringgit. Di Cek itu saya tulis berapa gaji saya nak terima. Masa itu saya letak gaji yang saya nak terima RM50,000.

Saya kemudian cakap pada diri saya, “Gaji ni kalau aku nak dapat, aku kena mulai kerja sekarang. Dah berjaya aku pasti dapat.” Masa itu apa kerja saya nak buat saya pun tak tahu. Blur saja…

Kemudian saya letakkan cek itu di tempat yang saya bila bangun tidur sahaja saya akan terpandang. Bila bangun, saya akan cakap, Alhamdulillah X3….Gaji aku “AKAN” masuk tak lama lagi.

Begitulah seterusnya setiap hari saya buat….Tanpa disedari saya dapat projek bisnes yang saya tak pernah terfikirkan dan tanpa disedari jumlah hasil bila ditambah-tambah menjadi hampir RM50,000. Dah lama baru saya perasan. Rupanya gajinya dah dapat dan dah habis belanja.

Maka saya pun ambil cek lain dan naikkan sedikit gaji saya dan seterusnya sampai ke hari ini. Tak perlu tanya berapa saya letak sekarang. Tanya diri anda punya gaji sendiri berapa yang nak letak. Kalau letak melampau-lampau, sendiri tanggung.

Maksudnya letak sampai berjuta-juta dan tak realistik melainkan jika bisnes anda memang bisnes juta-juta. Letak dulu sedikit-sedikit yang anda rasa logik bagi anda. Lepas dah melepasi yang itu baru UP lagi.

Ramai yang teruja terus letak banyak gile tapi lepas tu kecewa sebab tak nampak hasil. Nak banyak bukan tak boleh, tapi perlu masa dan modal yang banyak juga. Melainkan jika anda Superman yang boleh bercakap depan beribu orang contohnya.

Sebab itu saya cakap tadi perlu bersabar dan jangan berharap apa-apa yang penting redha dan terima sahaja. Bila ada perasaan begitu, barulah hati tenang tak stress sebab nak kejar target.

Jangan pula letak target tinggi kemudian dibebankan hutang dengan menambah hutang lagi supaya boleh bekerja kuat ibarat ada anjing yang sedang nek mengejar dari belakang.

Yang penting, tenang, bangun tidur bersyukur sambil tengok gaji dan lepas itu buat saja kerjanya. Kemudian duit seringgit untuk apa ?

Saya ambil duit seringgit lalu menconteng letak nilai duit yang saya nak terima. Ada seorang kawan saya yang terlalu bijak. Bukan ambil duit seringgit tetapi duit seratus RM100 ringit lalu conteng letak nilai sejuta.

Bukan setakat letak nilai malah diconteng lagi kata-kata motivasi dekat duit seratus tu. Depan saya suatu hari tu masa di kedai, dalam poket kawan tu duit yang tinggal duit RM100 yang dia conteng itu sahaja. Nak bayar roti canai kat mamak pakai duit tu pula…

Mamak yang nak terima duit tengok dia atas bawah, orang ni betul ke biul. Nasib baiklah saya pun ada situ saya bayarkan. Sebab itu guna duit seringgit. Kalau guna duit seratus bukan jadi berkesan bagi orang biasa. Lainlah kalau orang tu RM100 macam seringgit.

Kita yang biasa-biasa ni guna duit seringgit dan kalau rugi pun cuma rugi seringgit. Kawan tu rugi RM100 rinngit dan bayangkan berapa keping roti canai dia boleh bayar.

Sebenarnya orang yang berniaga ni ada keberanian. Keberanian untuk meletakkan berapa nilai gaji yang dia boleh terima. Terlampau berani letak melampau-lampau bukan tak boleh tetapi dia kena sengsara dahulu.

Tak faham ? Meh saya kongsikan satu cerita seorang kenalan saya ni. Dia target dia nak jadi seorang Billionaire di Malaysia. Projek dia semuanya ngeri-ngeri. Sebab semua projek yang juta-juta. Dia pun buat teknik yang sama.

Ke hulur ke hilir dia bawak dokumen nak minta fund. Zaman tu handfon dia jenis yang macam botol air…besar. Kereta tumpang kereta saya atau kawan saya sorang. Kisah ni saya cerita pada zaman 1998.

Dia pernah cakap dengan saya, semua keluarga dia tak suka dia buat kerja ni. Tunang dia pun sampai minta putus sebab tak yakin dengan projek dia. Kata dia yang masa itu sibuk nak cari fund untuk pergi mengadap sultan Brunei nak jual berlian harga RM100 juta.

Bukan setakat itu sahaja projek dia. Ada banyak lagi yang dasyat-dasyat. Bukan setakat million. Billion pun ada. Begitulah kesengsaraan yang dia perlu hadapi disebabkan target dia terlalu melampau sehingga hilang keluarga, hilang kawan….

Sekarang ni saya tak tahu apa cerita kawan tu tapi rupa-rupanya dia dah dapat duit dari kawan saya yang seorang lagi dulu sama susah dengan saya sampai puluh ribu.

Inilah namanya bila target terlalu besar menyusahkan orang lain. Biar target yang anda rasa anda boleh capai dan perlahan-lahan anda tingkatkan. Sebab perlu ingat, target kita bukanlah untuk jadi kaya raya dunia tetapi hidup bahagia di akhirat.

Apa ertinya jika gaji besar tetapi tak bahagia dunia akhirat….

Insya Allah, anda boleh mulai buat teknik ini dan bila dah nampak hasilnya, beli emas untuk kekalkan kekayaan anda.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*