29
Feb

Langkah Perlu Dilakukan Sebelum Menjadi Kaya

Assalamualaikum WBT,

Agak lama saya tak update sebab pergi ke selatan (JB) untuk kursus dan urusan perniagaan. Pandangan pada setiap tempat yang saya pergi banyak peluang sudah terbentang. Biarpun beribu peluang ada depan mata tetapi kalau resipinya tak betul, jadinya gagal juga masakannya.

Baru-baru ini, ada orang beritahu yang dia bekerja tetapi tidak ada gaji. Tetapi hakikat sebenarnya bukan tak dapat gaji tapi gajinya habis untuk bayar hutang. Hutang melebihi gaji memang buatkan hidup kucar kacir. Simpanan habis dan tak ada lebihan untuk belanja lain-lain atau nak bawa keluarga pergi bercuti.

Ini semua kerana tak fikir panjang dan terlalu mengikut kehendak. Gaji kalau RM1,500 kalau diatur betul-betul memang boleh hidup senang tak menyusahkan orang lain. Jika tidak setiap kali belum masuk gaji, duit dah habis.

Biar saya terus terang dengan anda tentang kehidupan realiti orang kaya. Selama ini kita lihat orang kaya hidup senang lenang banyak duit pakai kereta mewah, baju baru, jam mahal tapi sebenarnya itu bukan orang kaya. Orang kaya adalah orang yang banyak buat jariah dan hidupnya sederhana sahaja.

Buat jariah bagi orang yang betul-betul susah seperti orang lumpuh, orang cacat, orang tua miskin. Bukan orang yang susah tetapi rumah ada internet dan nak harapkan benda senang. Sebenarnya kalau nak belajar dengan orang yang berjaya perlu bayar.

Bukan bermakna orang yang kita jumpa sudah berjaya dan kaya banyak duit perlu bayar makan minum anda setiap kali berjumpa. Anda nak ilmu dan rahsia dia anda perlu BAYAR .Orang yang nak free sahaja hidupnya tak berjaya. Kalau dia berniaga, dapat orang macam dia yang nak free sahaja baru kena dengan batang hidung sendiri.

Sebelum nak jadi kaya, JANGAN KEDEKUT untuk belajar dan dapat ilmu. Orang yang tak pernah belanja untuk dapat ilmu memang tak akan berjaya. Kalau tak pergi belajar ilmu baru sekalipun, beli buku-buku setiap bulan.

Sebelum nak jadi kaya lagi , kawal perbelanjaan. Belanja beringat bukan jadi seperti nak jadi kaya belanja macam orang kaya. Siap membayangkan yang kononnya esok duit nak masuk lagi banyak. Terlalu banyak sangat tengok TV kisah kehidupan orang kaya.

Orang kaya beli baju pun yang tak berjenama, jam pun yang tak sampai RM500, kereta pun kereta biasa. Paling ramai yang pakai Toyota daripada Lamborghini atau Ferrari. Simpanan disimpan selama yang boleh. Bukan simpan dan cucuk di ATM selalu.

Rumah pula jenis rumah biasa. Bukan rumah banglo mewah dan harga berjuta ringgit. Jadi tang mana yang dikira orang kaya ? Orang kaya sebenarnya mempunyai pendapatan yang sekiranya dia tidak bekerja, duit tetap masuk, perbelanjaannya semua dibayar dengan aset, tidak menyusahkan orang lain…

Paling berkesan untuk menjadi kaya juga ialah mempunyai role model orang yang dah berjaya dan kaya. Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain. Orang yang cemburu dan dengki biasanya orang yang tak berduit sebab dalam dirinya ada fahaman, kalau aku banyak duit nanti orang lain pulak tak suka aku.

Itu yang buat dia tak senang melihat kesenangan orang lain. Kalau boleh semua orang miskin macam dia juga. Jangan sampai tahap kita rasa nak sentuh orang yang dah berjaya seperti sesuatu yang dibanggakan.

“Saya tak pernah sentuh jutawan, boleh saya sentuh encik…?” Daripada sentuh jutawan lebih baik anda sendiri jadi jutawan. Boleh selalu sentuh atau peluk diri sendiri. Jangan ingat sentuh jutawan anda boleh jadi jutawan. Buat apa yang mereka buat. Jika mereka berniaga, anda juga berniaga.

Perbelanjaan harian pun perlu jaga untuk sentiasa berduit. Jika tahap teruk sangat tak boleh nak kawal perbelanjaan, buat peruntukan setiap bulan beli emas. Percayalah, kalau tak boleh simpan duit dan tidak simpan emas, sampai bila-bila atau berpuluh tahun akan tetap kena kerja tak ada bersara. Dah tua esok pun kena kerja lagi.

Ada amalan zikir yang boleh dibuat untuk memudahkan mendapat rezeki, dan menarik kakayaan tetapi jika resepinya dibuat oleh tukang masak yang tak sesuai, masakannya tetap tak sedap. Air tangan tak ada nak bagi makanan jadi sedap.

Kalau air tangan ada, tak perlu pakai resepi. Orang tetap suka makan amasakannya dan perniagaannya bertambah maju. Pernah lihat orang yang tak tahu apa-apa tapi hati baik dan ikhlas sekarang ni hidup senang dan kaya raya.

Nak jadi begitu, saya dan anda perlu banyak munasabah diri. Jika anda tak perlukan ini semua, anda boleh teruskan dengan kehidupan yang sekarang ini dan 10 tahun lagi masih sama tak ada perubahan yang boleh dikongsikan dengan orang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

ASRUL

February 29, 2012 at 8:04 am

Takrifan orang kaya dalam perspektif Barat tidak sama dengan takrifan dari perspektif Islam… Fahaman material Vs Fahaman kerohanian… Pilihan di tangan anda…Semoga beroleh rahmat dariNYA…

norimin

February 29, 2012 at 2:54 pm

perkongsian yg amat bermanfaat..p/s : buku tu ada jual kat MPH tak?

Mohd Zulkhairi

March 1, 2012 at 3:45 pm

perghh..artikel yang mantap…byk memberi motivasi