11
Feb

GAJI DARI BANK GHAIB

Assalamualaikum WBT,

Lepas dah ubah suai kedudukan perabot dalam rumah baru ada rasa aura masuk. Maksudnya setiap tahun kalau boleh ubahsuai sikit posisi perabut dalam rumah untuk buat perubahan pada kehidupan dan ekonomi.

Sebab itu kalau kita tengok kedai-kedai sanggup berhabis beratus ribu setiap tahun untuk buat ubahsuai dan renovation. Kita sendiri saksikan Mcdonald dan KFC selalu berubah wajah padahal tempat tu kalau namanya Mcdonald orang tetap datang.

Posisi perabut kalau boleh jangan letak menghalang pintu. Biar depan pintu kosong tak ada kerusi atau meja atau almari. Itu laluan angin. Angin ibarat energi yang datang memberi maklumat sama ada positif atau negatif.

Kalau positif, hari itu perjalanan hidup kita mudah. Kalau negatif, ada saja berita yang kita dapat tak senang seperti terima surat saman, orang nak kutip hutang, orang nak pinjam duit…

Semuanya bergantung pada waktu kita bangun dari tidur. Kalau bangun dari tidur dalam keadaan stress, maka hari itu ada tanda tak berapa seronok bagi kita.

Tapi kalau bangun tidur dalam keadaan tenang dan sambil berzikir syukur AlhamdulillahX21 kali…maka hari itu boleh lihat banyak peluang positif datang. Ada senaman yang perlu dibuat sebelum bangkit bangun dari tidur.

Kalau terus bangun dalam kelam kabut, badan boleh jadi rosak. Lihat saja kucing setiap kali bila bangun ia akan mengeliat dan stretching dulu. Kita pun boleh buat ikut macam cara kucing. Kucing yang tak sekolah pun tahu perlu stretching lepas bangun tidur.

Lepas dah bangun dengan tenang…barula boleh masuk bab tajuk post hari ini gaji dari bank ghaib. Pelik tapi benar. Maksudnya begini….contoh gaji seseorang itu RM3,000 tetapi perbelanjaan sebulan dia RM5,000.

Bukan dia pakai kredit kad dapat belanja lebih. Mana datang lebihan RM2,000 itu ? Haah…inilah duit dari bank ghaib. Bank ghaib ni amatlah penting jika tak, bayangkan gaji orang yang RM3,000 sebulan memang sengsara. Cuba lihat gambar di bawah:

Kalau dulu orang yang gaji RM3,000 dah boleh rasa gaji tinggi. Sekarang kalau gaji banyak tu boleh kira sendiri betapa ketatnya perbelanjaan.

Apa lagi yang dapat gaji bawah RM3,000. Tapi kalau dah namanya berkat, orang yang gaji RM500 pun boleh sara 8 orang anak. Adakah itu maksudnya dapat gaji dari bank ghaib ?

Nak cerita dalam blog ni pun orang tersalah ertikan. Jadi saya akan kongsikan secara live di Kursus Tendai pada 19 hb Feb ni di Ofis Putrajaya. Memang macam-macam boleh dapat belajar masa kursus itu dan diberi sekali sijil.

Nak belajar bagaimana nak tarik duit dari bank ghaib, datang daftar di kursus. Klik sini

P/S : Almuni nak belajar pun boleh datang. Sebab sebelum ni tak pernah dikongsikan sebab nak disampaikan pada kursus kali ini.

 

 

>> KEMBALI KE LAMAN UTAMA <<

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

MOHD ZULKIFLI BIN OSMAN

February 11, 2012 at 4:23 am

WOW!!!! YG UTAMA RESTU IU & BAPA KITA:

Saya ni boleh jugalah dikategorikn dpt duit ghaib juga rasanya sbb kos sara hidup bulanan disediakn percuma oleh kluarga saudra sepupu saya yg sya mnguruskn ibunya(kakak mak sya).BAHKAN di berikan lgi saguhati wang utk kgunaan peribadi saya.Tugas sya hanyalh berupa urusan pnjagaan di siang hari bkerja shj mlibatkn hal2 dirinya,rumah makan minum dn yg brkaitan pnjagaan shj.kira bergaji percuma juga tu.kos sara ditanggung dpt lgi duit free.REZEKI ALLAH SWT.INSHA-ALLAH.ALHAMDULILLAH.AMINNNN.*** mngalirlah energi ijol ajaib***.

MOHD ZULKIFLI BIN OSMAN

February 11, 2012 at 4:24 am

WOW!!!! YG UTAMA RESTU IBU & BAPA KITA:

Saya ni boleh jugalah dikategorikn dpt duit ghaib juga rasanya sbb kos sara hidup bulanan disediakn percuma oleh kluarga saudra sepupu saya yg sya mnguruskn ibunya(kakak mak sya).BAHKAN di berikan lgi saguhati wang utk kgunaan peribadi saya.Tugas sya hanyalh berupa urusan pnjagaan di siang hari bkerja shj mlibatkn hal2 dirinya,rumah makan minum dn yg brkaitan pnjagaan shj.kira bergaji percuma juga tu.kos sara ditanggung dpt lgi duit free.REZEKI ALLAH SWT.INSHA-ALLAH.ALHAMDULILLAH.AMINNNN.*** mngalirlah energi ijol ajaib***.

DAUD

February 12, 2012 at 9:53 am

BLOG YG CUKUP MEMBERI INSPIRASI..teruskan memberi inspirasi…

norimin

February 12, 2012 at 3:38 pm

x dpt nak join kali ni,balik kampung jenguk orang tua..insyaallah ada rezki boleh belajar teknik tarik duit dari Bank Ghaib,Allah permudahkan