22
Feb

BUAT PENYELARASAN AYAT SERIBU DINAR PADA AIR MINUM

Assalamualaikum WBT,

Kali ini saya ingin kongsikan satu petua untuk ahli-ahli Tendai mengakses kekayaan dan kerezekian melalui kaedah olahan nafas dan penggunaan media air.

Baru-baru ini seorang Ahli Tendai bertanyakan, bolehkan dia melakukan pengaksesan energi setiap kali pergi ke bank semasa memegang duit untuk bankin. Jawabannya tentu sekali.

Lagi kerap gunakan energi tendai lebih kuat energi dipertingkatkan. Bukan belajar tendai kemudian tunggu sesuatu berlaku dalam hidup. Perlu gunakan selalu.

Tujuan akses energi apa jua adalah untuk selaraskan diri dengan  benda yang kita sangat impikan. Jika duit maka duitlah yang akan datang. Jika pangkat, pangkat lah yang datang. Ada banyak cara nak akses energi misalnya ada yang cium-cium duit, ada yang berbicara dengan duit.

Ada satu petua yang saya ingin kongsikan di sini dan InsyaAllah selepas mengamalkannya, perubahan diri akan berlaku. Setiap kali sebelum minum , seperti dalam kursus yang saya kongsikan untuk buat pengisisan pada air, anda baca ayat seribu dinar.

Aturcara pengisian dan cara letakkan di bahagian dada seperti yang ditunjukkan atau ada yang diterangkan dalam panduan buku pengijazahan tendai. Tarik nafas 3 kali nafas ekspress lalu baca ayat seribu dinar. Lalu tiup masuk ke dalam air.

 Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. 

– (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Jadi , dengan meminum air yang diisikan energi ayat 1000 dinar, luar dan dalam sudah diselaraskan dengan energi ayat seribu dinar. Ini adalah kelebihan ayat seribu dinar. Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezalimandan bencana alam.‎
‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

norimin

February 23, 2012 at 11:16 am

terima kasih,pasti diamalkan.

MOHD ZULKIFLI BIN OSMAN

February 25, 2012 at 3:52 pm

ALHAMDULILLLAH,IA AMALAN HARIAN SAYA.INSHA-ALLAH.AMINNNN.PERKONGSIAN MULIA MASTER.

Tohar

November 4, 2012 at 10:13 am

Assallamu,alaikum wr wb…mohon ijin untuk mengamalkannya…dan mohon bimbingannya

Lukisan Kaligrafi Minimalis

April 26, 2013 at 7:57 am

Assalamualaikum, terima kasih atas artikel ny,, masih baca2 buat dipahami dan sekalian dihafal untuk diamalkan,
Wassalam.

Mat Azlan Jusoh

August 15, 2014 at 2:58 pm

Salam tuan,sye nk brtanya….kalau tempat perniagaan dikhianati dgn sihir ..mcmane nl hilangkan atau pulihkan dgn ayat seribu dinar.