03
Feb

BERTAUBAT BOLEH MENARIK REZEKI

Assalamualaikum,

Ada sepotong hadis Nabi Muhammad SAW, sabdanya:

” Sesiapa memperbanyakkan mohon keampunan (beristighfar) maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangkanya.” ( Hadith Riwayat Abu Dawud)

Agar rezeki semakin bertambah dan barakah, kita perlu bertaubat kepada Allah. Inilah penyelesaian yang selalunya orang akan anggap aneh.

Mereka rasa ia tak ada kaitan antara bertambahnya rezeki dengan bertaubat. Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda apa kaitannya taubat dengan rezeki.

Kita sebagai orang Islam bukan sahaja niat untuk tambah rezeki bila taubat tetapi mengharapkan kehidupan akhirat yang berjaya dengan memasuki syurga dan terhindar dari seksa api neraka.

Ada satu lagi hadis Nabi Muhammad SAW, sabdanya :

” Tidak ada sesuatu yang dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak ada yang dapat menambah umur kecuali amal kebajikan. Sesungguhnya seseorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang dilakukannya.” (HR. Tarmizi dan Hakim)

Dari hadis Nabi kita dapat tahu yang perbuatan dosa boleh sebabkan rezeki haram bagi orang yang melakukan dosa.

Walaupun kita tahu sekarang ni ramai yang banyak melakukan dosa tetapi kehidupan mereka mendapat rezeki yang bertambah limpah ruah, makin kaya raya….

Kita perlu sedar, rezeki yang kita berusaha nak dapatkan ialah rezeki yang diredhai Allah. Rezeki yang ada barakah.

Orang boleh dapat rezeki dengan mudah cara menipu, cara menyeleweng jadi kaya raya, ada rumah bagus, kereta mewah….tetapi rezeki yang diperolehi dengan cara tidak berakah dan tidak halal.

Sabda Nabi Muhammad SAW lagi,

” Apabila kamu saksikan pemberian Allah dari harta dunia atas perbuatan dosa menurut kehendak-Nya, maka sesungguhnya itu adalah penangguhan masa dan memanjangkan tempoh belaka.”

Kemudian, Nabi SAW membaca Surah al-An’am ayat 44 pula ┬ámemberitahu kita,

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan , sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan.”

(HR Ahmad dan Tabrani )

Sudah tentu kita harapkan rezeki yang berakah. Apa gunanya dapat duit berlambak tapi dalaman diri kita sebenarnya tak bahagia sebab tak diredhaiNya.

Yang paling penting adalah mendapat kebahagiaan untuk hari akhirat. Jadi jalannya ialah bertaubat mohon ampun kepada Allah agar Allah beri rahmat kepada kita.

Sebenarnya orang yang melakukan kesalahan di dalam hatinya akan terasa beban, ….beban kerana melakukan kesalahan.

Secara tak langsung, bila rasa beban kesalahan, satu tenaga negatif muncul yang menghalang seseorang dalam mendapat anugerah rahmat dari Allah.

Nila mohon ampun, orang itu akan terlepas dari beban itu. Bila dah lepas dari beban, orang itu akan memulai hidupnya dengan ringan dan bebas dari beban. Inilah kebahagiaan hidup yang dia boleh capai.

Semakin luas rumah yang kita bina semakin sempit hati kita bermakna kita masih mempunyai beban.Bertambah rezeki sepatutnya semakin bahagia. Dan bila bahagia kita bersyukur dan bila bersyukur kita akan rasa semakin dekat dengan Allah.

Mari kita sama-sama memohon ampun daripada Allah agar kita dilapangkan dari berbagai kesempitan hidup. Minta ampun dengan sunguh-sungguh setiap malam kita bangun dari tidur, lakukan solat taubat setiap malam dan berdoa sehinggan bercucuran air mata.

Percayalah, Allah sentiasa menunggu kita mohon ampun kepadaNya dan merindui rintihan kita kerana Dialah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

norimin

February 7, 2012 at 3:56 pm

kalau tgh bersesak2 kat atas jalan raya,dari kita menyumpah seranah baik kita penuhkan masa dgn beristighfar memohon ampun kpd Allah..kalau semua org bt benda yg sama,energi positif yg dihantar insyaallah boleh meleraikan kesesakan dgn cepat..

nor liyana bt abdul hamid

February 16, 2012 at 2:24 am

Salam…saya sgt berminat dgn info di atas. Semua ini dapat meningkatkan motivasi diri saya. Pengalaman yang pernah saya lalui dulu banyak berikan saya pengajaran dalam hidup ini….