18
Feb

BERNIAGA IBARAT MEMANCING IKAN


Assalamualaikum WBT

Anda kaki pancing seperti saya (dulu lah) ? Kalau ya mesti tahu bukan terus senang dapat ikan . Kena pandai strategi dan ada kelengkapan. Yang paling penting sabar perlu kuat. Kadang-kadang pergi memancing ikan tak dapat dan yang untung siapa ?

Nyamuk juga untung sebab dapat hisab darah. Dalam berniaga, sabar dah jadi makanan rutin. Saya pernah di ajar dulu masa buat sales. Kalau tak ada jualan hari itu, tak ada duit makan. Maksudnya tak makan. Duit semua pegawai yang pegang.

Itulah yang buatkan desperate nak dapatkan bisnes. Nak hidup kena mesti buat jualan. Maksudnya sabar jumpa lebih ramai orang. Jumpa 10 orang tak dapat jualan, selalu pujuk dalam hati mungkin yang ke sebelas akan beli.

Jumpa 50 orang tak ada yang nak beli dalam hati pujuk, mesti orang yang ke 51 akan beli dan begitulah seterusnya. Sampai tahap jumpa orang kulit muka dah tebal kalau baling kasut kat muka dah tak rasa apa-apa.

Teruk dulu nak menimba ilmu dan dapatkan skill. Hari ni orang ingat buat bisnes buka sahaja kedai terus banyak orang datang. Itu yang sebelum buka kedai atau bisnes dah kira untung awal-awal. Implimentasi Out.

Kaitan dalam memancing pula , bila dah lama memancing automatik skill pun datang. Bila ikan makan aje umpan, lama-lama jadi cekap nak angkat naik. Dalam bisnes, bila skill dah ada, jumpa orang mudah sahaja dapat jualan sebab Closing Power dah ada.

“BAGI SAYA TOLONG SERVIS DAN SUPPORT ANDA….” Ayat ni jarang sekali orang bisnes atau salesman pakai. Boleh katakan 80% orang akan cair dan terpujuk untuk membeli dan memilih anda sebagai orang yang mereka harapkan bila anda guna ayat ini…

Nak cakap ayat tu pun kena ada skill. Cakap dengan hati, bukan dengan setakat keluar lisan. Hati ke hati auranya akan kesampaian. BUKAN cakap dalam hati…siapa yang dapat dengar.

Strategi memilih bisnes dari segi lokasi amat penting. Sama macam memancing. Mana mungkin nak dapat ikan yang banyak kalau memancing di parit. Jika berani pergi ke lautan dalam.

Di mana ada lubuk ikan di situlah tempat ikan berkumpul. Di mana ada ramai orang berkumpul, di situlah lubuk duit berkumpul.

Mcdonald nak buka franchise dia pun kaji lokasi dan strategi bisnes dia pastikan ada lebih 50,000 orang yang boleh lalu dan lihat kedai mereka. Kalau ada 10 orang sahaja yang lalu , ibarat seperti membuka gerai jual rojak yang biasanya kita dapat lihat di laluan jalan raya yang lengang dan santai.

Jika penat memancing boleh guna jala untuk tangkap ikan lagi banyak. Dalam bisnes kalau nak guna jala pula ialah dengan buat banyak seminar. Setiap kali orang datang seminar100 ke 200 orang.

Setakat ini jika saya buat apa-apa seminar dari dulu sampai sekarang, pasti ada orang yang berminat dan membeli apa yang saya promosikan. Bukan sahaja saya alami sendiri malah dah ramai orang.

Tak semestinya kita perlu pandai cakap atau hebat bercakap untuk buat seminar. Ada juga yang saya lihat penceramahnya hanya membaca teks sahaja tapi mampu buat jualan. Ini namanya buat kerja dulu. Orang beli atau tidak itu semua kerja Tuhan.

Paling penting nak berjaya berterusan dalam bisnes ialah mengajar atau mempunyai apprentis. Kalau masa memancing harapkan kita seorang sahaja yang memancing dan ada 5 orang anak, lebih baik kita ajar pada semua anak kita.

Bila anak dah pandai memancing, mereka boleh beri kita makan ikan juga. Kalau tak ajar harapkan kita sahaja yang tangkap ikan. Kalau kita mati, mereka kebulur.

Dalam bisnes kita ajar group kita, partner kita untuk jadi sama seperti kita. Jika kita pandai melukis, kita ajar mereka melukis. Jika kita pandai gosok baju jadi licin, kita ajar mereka supaya baju mereka gosok nampak licin…

Memancing dan Bisnes dua-dua perlu Skill, Ilmu dan Sabar. Bila dah sibuk berbisnes, dapat duit banyak-banyak boleh pergi memancing di luar negara seperti New Zealand. Memancing bersama ikan paus : )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*