17
Feb

MEMBERSIHKAN RUMAH DARI ENERGI NEGATIF

Assalamualaikum WBT,

Baru ada kelapangan untuk menaip update blog ini. Istilah pertanyaan bila free tak ada dalam kamus harian. Baru-baru ni mendapat projek untuk membekalkan pekerja ke syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja.

Memandangkan dah memang ada kepakaran dalam bidang itu jadi buat sahaja projek bekal tenaga pekerja asing. Alhamdulillah…

Emas pula ada promosi yang luar biasa. 3% bulanan duit hibah boleh terima. Hanya beli untuk diri sendiri banyak daripada promosikan kepada pelanggan emas. Masa yang diberi terlalu suntuk hanya seminggu sahaja.

Bila balik rumah sahaja, mula membuat karangan buku yang bakal nak diterbitkan tak lama lagi. Itu yang blog tertinggal nak update.

Walaubagaimanapun, saya tetap mencari ruang dan masa untuk terus berkongsikan ilmu dalam blog ini.

Saya percaya, ramai yang menjadikan blog ini sebagai rujukan. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk teruskan berkongsi ilmu dan terima kasih di atas sokongan anda pada blog website Hadzrin.com.

Saya boleh merawat orang dengan izin Allah tetapi seperti yang saya beritahu tadi, masa saya terlalu padat dan tak ada masa untuk membuka pusat rawatan atau merawat orang yang bermasalah.

Apa yang saya boleh bantu hanyalah melalui rawatan jarak jauh. Setakat ini saya tidak meminta sebarang bayaran tentang rawatan jarak jauh saya.

Bagi saya mudah, orang minta tolong saya tolong biar Allah sahaja yang bayar. Tetapi dalam masa yang sama, jika ada yang minta tolong dan tidak menghargai apa yang saya berikan, saya pun tak dapat nak membantu.

Contohnya saya minta SMSkan nama penuh sahaja dan itu menjadi persoal dan banyak karenah, jadi rasanya saya tak berkemampuan nak bantu mereka.

Mereka boleh pergi berjumpa dengan orang yang lebih memahami mereka untuk merawat mereka. Saya tahu, bidang rawatan juga bidang yang boleh menjana wang yang banyak tetapi saya tak buat.

Biarlah saya membantu orang dengan cara saya sendiri, jika orang itu benar-benar ingin saya bantu dan tahu berbudi bahasa, saya akan tolong.

Bukan tak pernah orang hubungi dan tanpa beri salam, perkenalkan diri suruh rawat dia sekarang melalui kaedah jarak jauh yang ketika saya sedang memandu. Orang berbahasa kita berbudi.

Sebab itu saya banyak kongsikan tips dan ilmu rawatan di dalam blog ini agar jika mempunyai masalah, boleh gunakan ilmu yang ada disini.

Yang berbayar sahaja yang memerlukan pengijazahan dan kos untuk dapatkannya dulu juga saya membayarnya dengan mahar yang tinggi.

 Ilmu membersihkan rumah.

Ramai yang mengalami rumah mereka tiba-tiba ada bau sesuatu yang tidak enak seperti bau hanyir, bau kapur barus dan kadang-kadang terlihat ada lembaga hitam. Jika itu berlaku bermakna rumah mereka mempunyai unsur negatif yang hadir menumpang.

Kesan bila adanya unsur negatif di rumah keluarga jadi pecah belah tidak harmoni, rezeki susah nak masuk dan hati tak tenteram.

Ada dua kaedah yang biasanya saya akan kongsikan untuk mengatasi hal ini. Pertama, cari pokok bunga garuda yang mengeluarkan bau.

Jangan bimbang, baunya tidak sampai ke hidung kita melainkan jika kita memegangnya.

Unsur negatif amat tak suka akan bau pokok ini. Ia akan lari dan semuanya dengan kuasa Allah menciptakan khasiat pokok ini.

Pokok ini juga boleh dijadikan sebagai senjata bila setiap kali berhadapan dengan kes histeria atau kerasukan. Masukkan sahaja daun pokok ini di hidung mangsa. Insya Allah terus sembuh.

Mana nak cari pokok ini ? Pergi ke kedai pokok jangan pergi ke kedai baju. Berapa harga pokok ini ? Murah sahaja.Ini sebenarnya rahsia besar. Jika anda dah tahu anda patut bersyukur daripada anda berhabis duit yang banyak.

Kaedah yang kedua saya ingin kongsikan ialah menggunakan telur itik. Bahan yang anda perlu sediakan ialah :

  • Telur Itik
  • Bekas yang ada penutup
  • Bunga kuntum 3 warna
  • minyak wangi atau minyak atar
  • kain putih 2 ela
  • Garam batu atau kasar

Kaedah ini adalah nak menangkap unsur negatif masuk ke dalam telur itik dan terperangkap didalamnya.

Campurkan bahan ini semua ke dalam bekas dan isikan air. Titiskan dalam 3 titik minyak wangi ke dalamnya.

Kemudian letakkan barang-barang ini diatas tempat yang tinggi seperti di atas almari. Bahan bekas tersebut letakkan kain putih yang dilipat itu. Biarkan terbuka bekasnya. Tinggal selama 7 hari.

Setelah 7 hari, tutup bekas tersebut tanpa air tertumpah. Buang bekas yang dalamnya ada telur itik dan bahan ke sungai yang mengalir atau lautan. Kain putih diletakkan di surau atau masjid dan tinggalkan sahaja.

Buat sahaja dan jika tak yakin jangan buat. Jika anda ahli Tendai, lebih bagus boleh masukkan energi dalam garam kasar tersebut. Jika ada yang ingin saya membuatkan pembersihan rumah, cajnya adalah RM700 ke atas. Jadi sekarang anda sudah tahu, anda boleh buat sendiri.

Selamat berjaya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

sheira

February 20, 2012 at 1:20 pm

Alhamdulillah…akhirnya dapat juga saya buka blog master hazrin….syukur…sekurang-kurangnya ada pengisian yang boleh saya dapati di sini…Alhamdulillah.

i.supian

October 21, 2012 at 3:33 am

terima kasih atas info yg diberi.saya akan cari pokok garuda tu.saya sering terbau wangi dan kapur barus sejak beberapa bulan lepas.rumahtangga terjejas, dan saya telah dihalau oleh suami saya.kerap terjaga pukul 3 pagi seolah2 diri diseru2.apa yang baik dan tidak bercanggah dgn agama saya akan amalkan.sekiranya tuan dapat membantu saya amat bersyukur.terima kasih sekali lagi.

sue

February 2, 2013 at 2:04 am

cantik lukisan rumah tu,suka tgk rumah yang ada anjung begitu,tp saya dah beli rumah teres,tak merasala

kak noor

September 19, 2014 at 1:23 pm

Pertama skali kak noor puji…cantik sggh rmh d atas tu….kak noor ddk rmh flat je…Alhamdulillah…stlh byk kali brfikir, hr ni trbuka hati nk kongsi crita/masalah dgn empunya blog dn pembaca yg sggh k blog ni…dlm rmh kak noor ni pn sllu trnmpk lintasan tp suami xnak percaya.
Btl kata master hazrin, benda ni buat rmh tgga kita huru hara. Kak noor sllu brtekak dgn suami walau perkara kecil, msalah bsr skg ni kak noor takut nak tido dgn suami….mcm ada mata memerhati d dlm gelap.
InsyaAllah kak noor akan usahakn cara
info yg master hazrin bg…yg pntg USAHA BIIZNILLAH…insyaAllah.
Kak noor pn ada 3pasu pkk garuda..nnt nak gunakn.
Tksh master hazrin atas info.