27
Sep

Apa Yang Saya Biasa Lakukan Bila Tak Tahu Nak Buat Apa

Assalamualaikum,

Terima kasih diatas sokongan anda kerana mengabaikan amaran daripada Google tentang Virus Malware.

Insya Allah, komputer anda tak ada masalah setelah memasuki laman website ini. Insya Allah dalam masa beberapa hari lagi, website ini kembali pulih dan berwajah baru.

Blog sementara ini pun saya akan tutup terus bila yang main web dah pulih.

Saya nak kongsikan kepada anda bagaimana nak meluangkan masa dengan cara yang berfaedah. Tak salah gunakan youtube untuk dapat ilham. Baru-baru ni saya belajar guna youtube dan saya amalkan…

Amalkan tengok benda berfaedah ler…contoh video menarik rezeki ni…Alhamdulillah dalam masa sekejap tanpa disangka-sangka , saya dapat apa yang saya lihat.

Lain orang lain dia punya rezeki ya…mungkin anda lagi banyak dapat dan lagi cepat. Saya ni kira macam siput atau kura-kura.

Kalau anda boleh tengok video diatas, bolehlah bersama-sama saya tonton setiap kali bangun tidur dan sebelum tidur.

Terbaik sekiranya anda mulakan dengan baca Alhamdulillah 11x kemudia baca Alfatihah dan niat doa “Ya Allah, capaikanlah impian ku dengan keredhoanMu”

Tonton sahaja sampai anda sebati dengan gambar yang anda lihat dalam video itu. Tapi penting sekali, janganlah duduk tengok youtube sahaja tanpa buat apa-apa melainkan anda ni memang anak Sultan Brunei.

All the best buat anda, semoga rahsia saya ini anda boleh praktikkan dan menjadi kegunaan anda di hari berterusan sampai kita tak boleh nak bangun lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*