04
Jul

MENGAPA PERLU BANYAK DUIT

Hari ni baru balik dari JB buat kursus di sana. Alhamdulillah pertama kali buat di JB memang best sebab yang hadir semuanya bagitahu dah jumpa misi dan visi….Alhamdulillah

Sebelum datang kursus, mereka mungkin dalam hati berfikir untuk cepat jadi kaya, jadi hebat, jadi luar biasa…tapi lepas dah ada ilmu , dengan izin Allah nampak peta kehidupan.

Ramai yang berminat untuk menyertai projek pemutihan. Sebab rasanya inilah masa untuk ambik peluang buat duit yang banyak. Ada yang sampai sanggup berhenti kerja. Bila tanya tak sayang ke pada kerja.

Sebab dah nampak…seorang PATI boleh dapat RM300. Kena dapat 1,000 orang dah RM300,000. Kerja gaji setahun tak sampai banyak tu. Dah macam skim cepat kaya pun ye juga program ni. Sebab rata-rata yang buat nanti semua dapat duit berlambak.

Tapi sebenarnya ada satu perkara yang perlu kita sedari…Bila andai kata duit dalam bank dah ada RM1 juta. Siapa sebenarnya yang untung ? Bukan ke bank yang untung sebab boleh pakai duit kita buat rolling bagi orang lain pinjam.

Kalau duit berjuta sekalipun, setiap hari berapa ringgit yang kita boleh guna buat makan. Pengabih kuat makan pun RM100 untuk makan tengahari, RM100 untuk sarapan, RM100 untuk makan malam, …Baru RM300.

Yang lagi RM999,700 tu masih tak tahu nak buat apa. Kalau nak beli rumah pula, dah tinggal separuh. Beli kereta pula dah bertambah luak. Jadi sebenarnya bila ada duit banyak, pun problem juga.

Apa yang best bila dapat duit banyak dan apa nak buat. Sebab kita tahu tak ada benda yang kekal kita suka lihat. Contoh kalau beli kereta BMW 5 siri sekarang, 10 tahun lagi mesti dah jadi besi buruk. Jadi apa yang kekal?

Sebenarnya saya pun mencari-mencari dan mencari….andainya diizinkan Tuhan dapat rezeki, memang bercadang nak buat sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan kekal abadi. Saya tak nak la cakap apa dia tapi rasanya anda pun tahu apa yang boleh bawa kekal abadi.

Tak salah duit banyak tapi jangan kita tersilap belanja. Alang-alang ada peluang jadi kaya esok , paling penting ada usaha untuk bina kekayaan akhirat.

www.Hadzrin.com/kursus

www.Hadzrin.com/pengijazahan-tendai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*