26
Jul

MENCARI KEHIDUPAN YANG TENANG

Assalamualaikum Wbt.

Semoga para pembaca blog ini sentiasa dalam keadaan yang diberkati Allah. Jika diizinkan, saya akan terus berkongsi dalam Blog peribadi saya ini untuk anda semua perolehi kebaikan.

Memang benar, sejak dua bulan ini, website ini sukar nak di akseskan. Walaubagaimanapun, banyak info saya masukkan ke laman web backup di www.blog.tendai.com.my . Di laman web ini nak hantar komen tak dapat, nak klik ke page lain pun tak boleh. Ibarat seperti luaran sahaja.

Insya Allah tak lama lagi akan pulih. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman saya yang lalui dalam mencari ketenangan dalam diri yang selalunya dibebankan dengan tanggungan hutang bank, kerja, keluarga, pekerja…

Semua orang mempunyai masalah walaupun orang yang dah ada duit banyak sekali pun ada sahaja problem dia. Sebab itu kalau susah jangan ambik kesempatan dengan meminta kepada orang yang senang kerana kita tak tahu kesusahan mereka.

Jika nasib tak baik mereka akan berkata “Dont make your problem my problem“.

Lebih-lebih lagi harus berhati-hati dengan orang yang baru kenal , dah berani nak pinjam duit. Walaupun baru sehari kenal tapi ambik kesempatan dengan pinjam duit.

Seorang kawan saya selalu pesan, aku kalau bagi pinjam duit kat orang, aku akan hilang kawan aku. Ini lagilah baru kenal dah minta duit, untuk jangka panjang tak berapa elok.

Zaman sekarang belum ada tahap orang yang benar-benar susah . Memang susah kita nak jumpa orang yang susah. Setakat ni yang banyak jumpa ialah orang yang susah nak pinjam duit repair kereta rosak, susah nak pinjam duit bayar duit kereta, bayar rumah….

Tak percaya, ada tak orang yang anda kenal datang nak pinjam duit sebab nak beli beras atau susu anak?

Jika anda nak tahu, dulu saya salah seorang yang mencari kawan boleh tolong untuk belikan beras untuk masak nasi di rumah. Alhamdulillah dapat beli beras cap rambutan RM12. Bila dah bangkit semula, ada pula yang tak segan nak pinjam RM20,000 duit dengan saya.

Sebab itu kemampuan saya terbatas. Hanya boleh tolong orang yang tak ada duit nak beli beras dan susu anak. Kawan kawan pun saya dah pesan, jangan ambik kesempatan atau diambik kesempatan.

Kehidupan kita ni bukan hari ini sahaja. Yang paling dasyat bila dah lepas kehidupan ini. Dasyat baik kebahagiaan atau penderitaan yang abadi.

Baru-baru ni saya teringat pesanan seorang ulama, katanya : Orang yang berzikir hatinya sentiasa tenang dan tiada masalah. Jadi saya cubalah mematikan radio semasa dalam perjalanan ke Pahang dari KL yang mengambil masa 2 jam perjalanan.

Sepanjang 2 jam itu dari mendengar radio, saya beristigfar. Bukan niat nak tunjuk yang saya ni warak atau cuba nak tunjuk alim. Ini sekadar nak tunjuk bukti kebenaran apa yang disampaikan oleh ulama itu.

Selama ini berjalan mendengar lagu di radio, kali ini saya sepanjang perjalanan saya beristighfar : “Astagfirullah al’azim…Allazi lailahaillah hualhayum qayum waatubu illaih…”

Saya tak pasti berapa banyak zikirnya tetapi sepanjang 2 jam saya lakukannya. Apabila sampai sahaja di rumah mertua di Pahang, saya mendapat satu panggilan dan rezeki tak disangka-sangka masuk pada hari itu.

Paginya banyak masalah berlaku. Banyak panggilan bank, konco bank, semuanya kes-kes lama yang belum disetle lagi. Masalah syarikat lama saya dahulu yang dibekukan kini timbul semula. Inilah namanya proses kehidupan. Satu persatu masalah bangkit.

Alhamdulillah, dengan ada ilmu dan amal, semuanya dianggap kuman sahaja. Dengan panggilan luar biasa dari seorang prospek itu, dapatlah saya hulurkan sedikit duit ke keluarga mertua, bayar itu ini….Tanpa mengusik duit simpanan.

Maknanya, jika kita tengah pening nak cari jalan keluar, cuba kita luangkan masa 30 minit untuk beristighfar. Inilah jalan yang terbaik. Bukan jumpa bomoh atau jumpa Menteri Besar minta projek. Mintalah pada Tuhan kepada semua makhluk dan semester alam.

Berminat untuk mendalami ilmu kehidupan dan mencapai target, layari www.tendai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*