10
Jul

JANGAN HARAP NAK BERIMPIAN KALAU MAKAN GAJI

Saya masih ingat lagi 15 tahun dahulu, sewaktu buat bisnes Insuran , ada satu seminar peluang untuk jadi ejen insuran. Seorang “bekas” Senior Manager (bukan Mizi ) beritahu dalam ceramahnya “Jangan Harap Nak Berimpian Kalau Makan Gaji.”

Katanya sambil jari telunjuknya di goyang-goyang diikuti dengan perutnya yang besar. Seorang yang asalnya dari naik motorsikal RXZ sehingga mampu memandu Mercedes C-Class ketika itu yang menjadi kegilaan ramai ( Mercedes kotak ).

Waktu itu, saya masih lagi menuntut belajar dan mula berazam untuk tidak memilih pekerjaan yang makan gaji tetapi sebaliknya nak buat bisnes insuran atau yang dapat komisen. Pendapatan yang tidak terhad.

Itu yang saya jumpa seorang kawan sesama buat insuran, asyik duduk depan komputer dan taip kereta impian, rumah impian, simpanan dia nak ada berapa. Zaman tu duduk depan komputer sahaja maknanya tak buat kerja sangat ler.

Sebab zaman tu tak ada internet lagi. Lain la zaman sekarang ni duduk depan komputer boleh buat duit beribu riban sehari macam orang main forex yang hanya duduk depan komputer tengok graf sambil minum kopi kapal api.

Semangat saya memang berkobar-kobar waktu itu untuk buat bisnes tambah pulak dikelilingi kawan-kawan yang buat insuran dan dapat hasil dari duit komisen. Macam seorang kawan saya ni bila duduk dengan dia pi minum mesti suka tengok-tengok orang.

Bila tengok orang , mesti dikutuk nya. Bila tengok seorang studen yang dalam perjalanan nak pergi belajar, dia akan cakap “Buat apalah nak belajar tinggi-tinggi, nanti lepas belajar makan gaji…” katanya sambil membetulkan tali lehernya yang ketika itu ketokohan seorang ejen insuran memang ada.

Bila nampak orang sibuk-sibuk pergi kerja, dia bunyi lagi, ” Apa lah diaorang ni….tak penat ke hari-hari pergi kerja nak kena punchin punchout…”

Begitulah perangai member tu setiap kali lepak minum dengan dia. Walhal ketika itu kami baru pasang impian. Belum lagi dah berjaya. Kalau dah berjaya mesti tak lepak minum menunggu apa nak buat di gerai.

“Kau tahu, kawan -kawan aku semua puji aku buat bisnes besar sebab pakai kot ” Kata dia lagi. Almaklumlah kawan tu memang pakai kot bila duduk gerai. Nak tunjuk imej korporat. Tak ke giler pakai kot panas-panas duduk gerai pulak tu.

Saya waktu itu memang banyak diam sahaja. Sebab nak observe dalam kepala hotak dan jadikan sebagai input dan percaya tak lama lagi sebagai output. Maklumlah, kawan tu kira pangkat upline saya.

Sekarang ternyata saya memang bekerja sendiri dan tidak menjadikan Gaji tetap sebagai pendapatan. Yang kawan dok kutuk orang sekarang ni makan gaji balik bila start bisnes dia tak berjaya. Semua orang faham apa….macam mana nak buat bisnes bila dah mula warnakan rambut jadi pink.

Tu yang bisnes drop sebab imej bisnes dah hilang selepas warnakan rambut. Saya belum pernah lihat orang yang berjaya dalam bisnes warnakan rambutnya selain artist antarabangsa.

Itulah ….dulu mengutuk orang sekarang makan balik. Walhal dia tak perasan, client-client kita dulu semuanya orang yang bekerja makan gaji. Dari sumber pekerjaan makan gaji itulah mereka beli insuran dengan kami. Sebab itu saya tak ikut warnakan rambut saya dengan dia.

Sejak projek pemutihan ini nak dilancarkan, Ada juga yang berkata…dah buat lain pulak….dulu emasla…tanah lah…Dah nama peluang sementara. Dan peluang ini pun bukan lama. Sebulan sahaja projeknya macam niaga pasar Ramadhan….bermusim.

Emas masih lagi berjalan sendiri. Buat Projek pemutihan ni pun pasal nak buat beli emas dan kerja-kerja lain yang selama ni banyak tergantung sebab tak cukup dana.

Sebab itu saya lihat, ada beberapa rakan-rakan yang dapat peluang ini berani melatakkan jawatan. Semua bukan kerana saya tetapi kerana mereka percaya bahawa semua ini kerana impian mereka.

Bila lihat sorang-sorang rakan yang mula berhenti kerja makan gaji, saya terbayangkan penceramah dahulu yang saya simpan dalam memori berkata sambil jari telunjuknya dipusing-pusing Jangan harap nak berimpian kalau makan gaji…

….apa yang dikatanya memang benar

IKLAN :

Peluang menjadi Sub Ejen masih terbuka sila pergi ke link ini, dan peluang untuk buat duit pasif juga terbuka sila pergi ke link ini. Untuk capai potensi diri dan berani buat bisnes sila pergi ke link ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*