04
Apr

TRIP TO IPOH

Assalamualaikum Wbt. Esok Rabu (6hb April ) saya akan ke Ipoh sekejap untuk berkongsikan peluang emas hibah dengan beberapa pemanggil dari Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Parit Buntar. Kalau nak diikutkan ramai yang nak jumpa tetapi saya datang masa waktu bekerja dan petangnya sudah balik ke KL kerana di KL terlalu banyak urusan.

Sudah seminggu menguruskan belian emas dari pembaca Blog yang dari jauh, yang datang berjumpa dan mereka semuanya belum pernah berjumpa dengan saya sebelum ini tetapi selepas dibuka peluang hasilkan pendapatan pasif setiap bulan, inilah peluang untuk adakan pertemuan.

Ada juga yang tak dapat nak dilayan kehendak mereka seperti datang ke tempat mereka untuk memberi penerangan. Bagi yang mudah untuk saya datang atau kerana ada perjumpaan lain seperti perjumpaan dengan Ahli-ahi Tendai saya akan usahakan untuk datang seperti di Ipoh ni. Lagipun mudah untuk ke Ipoh, cuma naik keretapi dan terus sahaja sampai.

Dalam masa yang sama saya tawarkan untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil emas program hibah ini dengan mendaftar sebagai ahli persatuan Jongkong Emas Malaysia. Ada juga yang bertanya adakah saya membuat seminar?

Tentu sekali tidak kerana ia tak perlu lagi buat masa sekarang kerana peluang ini tak perlu nak diyakinkan seperti membuat seminar besar-besaran kerana ia konsep simple dimana beli emas dan simpan sendiri lalu dapat duit hibah setiap bulan.

Ramai yang bertanya kenapa dapat duit Hibah. Duit hibah ini adalah pemberian daripada syarikat kepada semua pembeli emas untuk berkongsi keuntungan. Itu sahaja. Bagi yang ingin menceburi program ini memang mudah untuk diceritakan dengan orang. Jika dibandingkan dengan simpan duit di Bank, hanya 2-5% setahun dividen.

Sebab itu laju bila buat program hibah ini. Senang dan konsep mudah faham. Yang lambat, harga emas pasti naik. Jika suatu hari sudah mencecah 1gram RM200, waktu itu tak perlu nak bagitahu tahu beli masa belum naik. Walaupun harga emas naik, bulanan duit hibah juga naik. Contoh jika emasnya RM200, bermakna 100 gram RM20,000 dan hibahnya RM20,000 X 2% = RM400 setiap bulan.

Tahniah juga buat Abang Botak yang baru dapat RM1.75 juta (10 kilogram emas) dimana customer dia mendapat duit hibah setiap bulan RM140,000. Hampir boleh beli satu kilo setiap bulan. Ada yang beli berkilo-kilo dan ada yang beli 100 gram ke atas. Yang penting , berdaftar dan berlesen dan senang untuk promosikan serta tak rugi satu sen pun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*