12
Apr

TEKNIK UNTUK JADI KAYA PART 1

Assalamualaikum. Perkongsian kali ini insya Allah, saya tak cenderung ke arah duniawi sangat walaupun ia berunsur kekayaan. Memang benar, siapa tak nak kaya. Tapi harap kekayaan yang kita perolehi lepas ini tidak melalaikan kita dari persediaan untuk kehidupan yang sebenar.

Ramai dan tak terhingga bilangan orang yang bertanya pada saya macamana nak jadi kaya dengan cepat. Cepat tak bermakna sebulan dua atau lima bulan. Cepat tu antara 3 tahun ke 5 tahun. Kira okey sangatlah berbanding jika kita bekerja 5 tahun ke 10 tahun selama ini…adakah sudah kaya? Mungkin kaya boleh buat Loan.

Dan kalau nak kaya WAJIB berniaga. Minta maaf lah kalau ada yang bekerja kecewa kerana tak boleh jadi kaya dengan makan gaji. Sedangkan semua tahu 9/10 rezeki dari berniaga. 1/10 sahaja untuk orang yang bekerja makan gaji. Bukan bermakna anda perlu berhenti kerja. Teruskan kerja sehingga rasa boleh menampung hidup dengan berniaga.

Ada seorang kawan pening bulan 11 ni kontrak kerjanya tamat. Ada lagi 6 bulan lagi. Jadi itu masa yang panjang untuk buat sesuatu. Dia boleh mula buat marketing tentang produk atau bisnes yang dia minat. Edarlah risalah atau banyak buat iklan.

Saya belum masuk bab teknik lagi. Atas tu baru mukadimah untuk menjayakan teknik ini. Ni pun lepas buat kajian terhadap beberapa orang. Yang pertama sekali, teknik…

Sentiasa mewangikan diri. Dengan badan yang berbau wangi dan sedap membuatkan orang lain rasa tenang dan kita pun rasa konfiden. Jangan terlalu wangi sehingga sakit hidung. Jangan pakai wangian terlalu banyak ibarat anda masuk satu tempayan.

Paling penting, jangan pakai bau wangian perumpuan jika anda seorang lelaki atau jika anda seorang perumpuan jangan pakai wangian lelaki. Ini kerana hormon lelaki dan perumpuan tak sama. Bila tak sama bau yang sesuai untuk dia akan menyebabkan ketegangan (stress) pada orang lain. Dalam hati orang lain akan mengatakan anda pelik.

Bila stress, energi menarik kekayaan tak ada. Sebab itu orang yang kaya sebenarnya tidak stress dan berwajah senang hati. Orang yang berurusan dengan orang yang senang juga mendapat tempias seperti mendapat tempias baunya.

Alkisah seorang kawan lama saya ni, jika dulu badannya berbau tetapi kini sejak bergelar celebriti, dah mula wangi dengan memakai perfume berjenama. Saya boleh lihat kehidupannya sekarang senang sebab boleh join kelab Gym sehingga 2 tempat. Orang biasa satu sahaja tapi dia sampai dua.

Katanya satu Gym berdekatan di tempat kerja. Satu lagi berdekatan di rumah dia di Damansara. Satu keahlian Gym dah RM190. Dua dah RM380 setiap bulan nak dibayar. Itu baru Gym. Belum kereta, rumah, makan minum…

Satu lagi pemerhatian saya terhadap seorang kawan Jutawan saya, setiap kali masuk ke satu tempat bau wangi dia sehingga buat orang terhidu dan tertanya-tanya jenama apa perfumenya. Pernah isterinya ditanya orang, minyak wangi apa yang dia pakai. Sebab nak tiru lah tu…

Bukan setakat minyak wangi…kadang-kadang bila salam dengan orang kaya, tangan kita bau wangi. Saya pernah bersalaman dengan top Ejen Insurans yang pendapatannya cecah RM1 juta setahun dan selepas salam tangan saya bau wangi. Rupanya ada satu perfume tangan yang meninggalkan kesan wangi pada orang lain bila bersalaman.

Sampai sekarang saya asyik terlupa sahaja nak beli perfume tangan tu. Lepas ni boleh rembat satu sebab dah mula banyak berjumpa orang. Ada yang orang saya jumpa sampai tiga orang nama sama. Tu yang bila jumpa saya ambil gambar orang itu untuk masukkan dalam handphone supaya bila dia call atau sms wajah dia saya cam.

Okey itu teknik pertama. Tak semestinya anda perlu beli perfume mahal-mahal. Ikut kemampuan.

Yang kedua. Cuba ikhtiar sebanyak yang boleh untuk membuatkan orang mendoakan anda. Sebagai contoh. Pastikan anda sentiasa kemas dan bersih. Bila orang lihat anda smart, orang mulai terfikir, wah smart kau sekarang …dah kaya ye…

Sebagai orang melayu yang penuh dengan sopan santun dan budaya biasanya akan menjawab …”Tak adalah…”

dan sebab itu lah tak kaya…Orang dah doakan anda menidakkan. Cuba digantikan dengan “Alhamdulillah“…Ada adat budaya melayu yang boleh ditukar.

Contoh lain. Paling ketara dan mudah untuk orang doakan anda. Jika anda suatu hari berjumpa dengan kawan lama. Kawan lama anda bertanyakan pekerjaan anda. Lalu anda menjawab … ” Aku Suplly emas jongkong “

Kebiasaannya kawan-kawan lama akan menjawab… “Wahh…Kayanya ko…”

Lalu kita menjawab “Alhamdulillah…Amin…” Kalau dah 200 orang mendoakan anda kaya…suatu hari dengan izin Allah anda pasti kaya.

Sama juga teknik yang dikongsikan oleh seoarang sahabat sebidang dengan saya Sir Dr Sofri. Katanya kalau nak orang doakan kita , bawa duit banyak-banyak. Bukan bawak beribu-ribu.

Ambil duit RM50 dan tukarkan semua jadi RM1. Cuba tengok banyak tak. Bila orang lihat anda mengeluarkan duit RM1 sebanyak 50 keping dari poket seluar atau dari dompet, mereka akan berkata …

Uuuuii…Banyaknya duit kau!!

Teknik tu pun saya ada amalkan dulu tapi guna duit dollar. Bukan untuk dibelanja tetapi untuk ditayang orang. Ibarat macam ibu duit. Bukan tayang untuk riak tetapi untuk dapatkan doa daripada orang.

Sebab itu jika anda tak ada duit, anda mengeluh, merayu minta simpati, sibuk dok tanya kalau buat kerja itu ini berapa boleh dapat duit…itu soalan menjatuhkan diri anda jauh ke dalam dan susah nak anda bangkit semula.

Sebab itu tak perlu nak hirau kalau jumpa orang yang asyik mengeluh mangadu masalah sebab mereka akan menarik anda ke zon mereka. Mereka kalau anda nak tolong pun jika anda bagi peluang baik sekalipun , mereka tak akan ikut anda.

Sebab itu syarikat besar-besar tak berapa layan semasa ambil orang bekerja, akhir sekali mereka akan bertanya, “Ada apa-apa soalan lagi..?” Sebenarnya mereka dah tahu soalan kebiasaan orang akan tanya ialah “Berapa gaji boleh dapat…bila gaji dapat…bila cuit..”

Mereka akan mengambil orang yang bertanya pada mereka…” Apa yang saya boleh buat untuk memajukan syarikat?”

Inilah soalan yang dinanti-nantikan oleh semua syarikat besar. Syarikat mengambil pekerja bukan untuk memberi gaji pada pekerja tetapi untuk mamajukan syarikat. Lepas maju barulah boleh bagi gaji dengan lancar.

Sebelum bertanya “Bila aku boleh jadi kaya…bila aku boleh dapat duit banyak…macamana aku boleh dapat duit cepat…” ia patut diganti dengan cepat soalannya… “Bagaimana aku boleh jadikan diriku kaya dan apa yang harus aku lakukan.”

Secara kesimpulan hari ini diringkaskan pertama wangi…kedua doa orang lain…ketiga cara pemikiran kita. Sebelum jadi kaya, fikir seperti orang kaya. Orang yang berfikiran seperti orang miskin keputusannya anda pun tahu…

 

Kembali ke laman Utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

azli

April 12, 2011 at 12:57 am

lepas ni kena berwangi-wangian nmpaknye…ia jgk merupakan sunnah nabi….btol ke master?tp roti bakar kt atas tu menggoda…..

norimin

April 12, 2011 at 3:32 am

Ya Allah Kayakanlah Orang Yang Buat Post Ini, Yang Membaca & Yang Memberi Komen..Amiin

ulamraja

April 12, 2011 at 3:41 am

tq master, kerana sentiasa memberikan ilmu praktikal yg amat mudah dilaksana dan terbaik

rahman263

April 12, 2011 at 4:08 am

Moga kita semua Kaya harta dan kaya amal ibadat… Aamiin…

halim

April 12, 2011 at 5:20 am

Alhamdulillah…Aminnnn

Master Hadzrin

April 12, 2011 at 3:28 pm

Alhamdulillah…salah seorang yang menggunakan teknik-teknik di atas sekarang dah sukses. Atas privacy…maaf tak boleh bg no untuk hubungi dia…

norimin

April 13, 2011 at 4:08 am

camne nak guna teknik duit dolar tu ek

zanariah wahab

April 13, 2011 at 5:08 am

saya pernah ikuti seminar otak tengah dari sir sufri di jb tahun lepas..memang hebat ilmu yg disampaikan oleh beliau…membuatkan saya jadi celik emas…

Master Hadzrin

April 13, 2011 at 12:40 pm

beli 1 dolar sebanyak RM50 atau RM100. dan letak dalam dompet. tengok tebal tak tebal…

norimin

April 14, 2011 at 2:03 am

itu macam ke, jadi bila bukak dompet…selalu ada duit banyak, jadi minda kita akan set yang kita selalu ada duit..betul tak master

norimin

April 14, 2011 at 2:53 am

Nak kaya WAJIB berniaga..aduh, pukulan maut tu master.:) ngah cari lobang2 niaga..nak bina empayar sendiri..ada lobang2 yang bagus?yang tak perlu kan modal yang besar..boleh share..

Rimba

April 14, 2011 at 4:14 am

Alhamdulillah…baru 3 bln kenali blog n ambik TENDAI byk perubahan +++++ve dlm hdup sy, bisnes makin naik…jiwa tenang…Orang nya KAYA tgk jer la ilmu yg d beri…Moga d berkati-Nya….Arigato Master.

abdul rahim

April 14, 2011 at 8:39 am

@Master Hadzrin

reza

April 14, 2011 at 10:52 am

norimin :
Nak kaya WAJIB berniaga..aduh, pukulan maut tu master.:) ngah cari lobang2 niaga..nak bina empayar sendiri..ada lobang2 yang bagus?yang tak perlu kan modal yang besar..boleh share..

saya ada satu lubang baru kalu nak tau boleh kita jumpa atau call saya
0196959801

Master Hadzrin

April 14, 2011 at 11:00 am

wah reza…satahu aku reza ni pemalu orangnya….skrg dah pandai bisnes….satu perubahan baru.

reza

April 15, 2011 at 11:15 am

baru belajar master…benda baik kena kongsi.

Ummi Aiman

April 15, 2011 at 5:24 pm

baru balik isp 10 April lepas, apply teknik selaras gelombang, Alhamdulillah, hasil x disangka2….. Tqvm Sifu.. La ni buat 3 bisnes serentak…..

Master Hadzrin

April 16, 2011 at 1:45 am

Alhamdulillah Ummi…meh hulur sikit kat kawan2 rezeki tu…hehehe