14
Apr

PROGRAM HIBAH EMAS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

jutawan emas

Alhamdulillah, selesai menguruskan pembelian 250gram emas hibah yang dibeli oleh Mak cik Anisah ( Makcik Mama). Makcik ni dengan anaknya datang dari Kuantan Pahang pada asalnya membuat bank transfer kepada saya sebelum kenal.

Memang kalau ikut akal, siapa yang berani nak masukkan duit beribu-ribu kepada orang yang tak dikenali. Tapi atas dasar kepercayaan dan nekad, Makcik Mama (mudah nak bahasakan diri) telah transfer ke akaun bank untuk pembelian emas sebanyak RM45,000.

Dari jumlah itu Makcik Mama dan anaknya mendapat hibah sebanyak RM979 setiap bulan mengikut kontrak perjanjian. Emas dapat duit pun dapat. Esok lepas tamat kontrak kalau Makcik Mama nak jual semula emas sebanyak 250 gram itu dia akan dapat 100% (RM45,000) duit balik.

Berkilau-kilau emas Makcik Mama dan anaknya Faisal. Seronok bila lihat mereka seronok dapat pelaburan yang setimpal dengan apa yang dilaburkan. Dalam kesibukan bangsa lain mengaut keuntungan dari program hibah emas, (Kalau pergi ofis tu memang jarang nampak melayu), ada juga yang terkeliru dengan program ini dengan mengatakan sudah diserbu bank negara.

emas duit jutawan emas

Ada yang kata pejabat dah tutup tapi bila pergi ke pejabat, orang dok sibuk beli emas macam sibuk beli sayur di pasar. Emas yang mereka beli bukan sedikit. Ada seorang cina memegang cek bernilai RM600,000 beli emas, ada yang beli 10 kilogram…

Sebab itu tak kisah jika ada yang tak jadi beli emas atau tak mahu join program emas hibah ini sebab hari-hari pasti ada orang yang nak sertai program ini. Sebab itu yang mana buat keputusan lambat baik-baik emas harga RM175 per gram sekarang dah jadi RM179 per gram. Tu akan naik lagi ke RM18+ per gram…

Yang mana berminat untuk jadi ejen atau bukan berada berdekatan dengan pejabat boleh menyertai konsortium emas dengan bayaran yang minima. Yang mana berjauhan mereka akan menghadapi masalah untuk datang ke mesyuarat mingguan. Kalau tak hadir komisen kena tahan. Punya lah tegas undang-undang nak jadi Consultant ni…

Di saat orang lain sedang sibuk membeli emas tak kan kita nak buat alasan untuk katakan tak ada duit nak beli emas. Seperti post saya yang sebelum ini, boleh mulai beli sedikit demi sedikit. Kalau tak mampu join yang dapat hibah, beli emas simpan sahaja.

Yang dapat hibah ni pun dah ditetapkan syarat 200 gram minima keatas. Ya…200 gram. Baru berbaloi dapat hibah RM5++ sebulan. Sebenarnya dalam senarai pelanggan saya yang beli ada 5 orang yang tak pernah bertemu dan berbual tetapi membeli emas kemudian saya kirimkan emas tersebut secara pos.

Kenapa 100 gram saya tak buat lagi? Rata-rata Consultant yang ada di sana uruskan yang kilo-kilo. Jika 100gram tak boleh sertai hibah jadi beli emas biasa sahaja. Tengok keadaan kalau nak beli 100 gram. Bergantung pada permintaan stok emas.

Brader botak yang baru-baru ni dapat jual 10 kilogram berkata, kerja yang sama penatnya tapi karenah yang nak beli 100 gram lebih banyak dari yang nak beli 10 kilogram. Tapi bagi saya , berapa banyak yang mampu itu, terpulang pada pihak pembeli.

Bayangkan, disaat dok pertikaikan kes yang sebelum ni hanya mendengar khabar, orang lain dok sibuk beli berkilo-kilo. Sekarang ramai dah beralih arah kepada emas daripada property. Yang ada rumah pun jual untuk beli emas.

UNTUK PENERANGAN LANJUT LAYARI www.hadzrin.com/emas

Tinggalkan Komen anda…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

RAfiq

April 15, 2011 at 2:56 am

Macam kenal je..mintak sekeping 50g boleh?hehe

azuaniwan

April 15, 2011 at 3:44 am

Bestnya nengok saudara kita ni beli emas….

    Master Hadzrin

    April 15, 2011 at 8:29 pm

    lagi best bila sendiri pun ada wan…

Master Hadzrin

April 16, 2011 at 2:25 am

RAfiq :

Macam kenal je..mintak sekeping 50g boleh?hehe

Nenek lagi kaya dari cucu… : )

Julie

April 19, 2011 at 12:47 am

Menarik juga oh….

Zaini

April 19, 2011 at 4:44 pm

Bolehkah buat bayaran membeli emas hibah mengunakan bank draf?

wazzi

April 23, 2011 at 3:35 am

cakap nak bantu melayu pastu x blh beli dah 100g….melayu bkn mcm cina berani nak beli kalu x duit sanggup pinjam along….

    Master Hadzrin

    April 23, 2011 at 6:53 am

    sebab takut ia jadi ketinggalan

nuar

March 26, 2012 at 4:02 am

master..program hibah ni available lagi ker untuk april 2012 ni?