20
Apr

SIMPAN EMAS ATAU CAGAR EMAS YANG MANA MENGUNTUNGKAN

pelaburan emas

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah, Group Program Emas kami sudah mulai berkembang. Setiap hari Gold Trader kami buat jualan emas sehingga 900 gram dan lebih.

Berkat kesabaran, mesti ada punya sales tambahan pula sekarang kesedaran orang ramai pasal emas ni meningkat berbanding dulu waktu emas 100 gram hanya RM9,000. Sekarang dah jadi RM16,000. Tak lama lagi jadi RM20,000.

Yang mana join program Gold Trader dengan kami memang sempoi. Tak perlu keluar modal banyak pun. Lagi satu tak perlu nak isi banyak borang, attend meeting yang penting cuma ada keghairahan pasal emas.

Saya sendiri lihat seorang apprentice saya namanya ismail….siap dah ada blog sendiri. Ghairah bagi fliers emas sejak dia dah mula dapat beli emas untuk diri sendiri. Yang peliknya, siap dapat banyak kerja sejak simpan emas. Dapatlah duit tambahan buat si mael.

Ramai yang bertanya saya, mana untuk beli simpan atau cagar. Sebelum tu saya nak tanya, bila cagar perlu keluar kos lagi seprti upah simpan? Ya…ada kos. Kalau simpan sendiri tak ada kos upah simpan. Tapi bila cagar dapat duit untuk beli emas lagi bukan?

Jadi bagi saya bagus buat kedua-duanya. Ibarat kita ada dua skill manipulasi emas. Yang penting jangan di tangan tak ada emas. Tujuannya andaikata bila nak jual. Contoh masa kita beli emas 50 gram dulu RM8,000. Sekarang dah jadi RM8,500. Anda senang-senang dapat untung RM500.

Kalau emasnya dicagar semuanya, nak kena tebus dulu untuk dibawa keluar. Kena bayar duit yang dipinjam dan upah simpan. Tapi bagi saya emas yang kita cagarkan sebenarnya boleh jadikan stok kita.

Kalau kita simpan di tangan mungkin ada satu sahaja stok emas. Tapi kalau kita cagar ia boleh jadi 3 stok.

Sebagai contoh kita cagar emas 100 gram dapat 300 gram. Kemudian bank bagi duit untuk bayar yang 200 gram. Setiap seratus gram bank bagi RM10,600 daripada nilai RM16,500.

Contoh bila harga emas naik RM18,000. Waktu itu ada orang nak beli emas 100 gram. Kita boleh jual emas yang ada di cagar di bank dengan membayar pada bank RM10,600 + upah simpan. Jika tidak, kita terpaksa beli stok 100 gram baru dengan pengeluar emas yang kalau harga emas RM18,000, harga pengeluar murah 2%. Dalam RM17,630.

emas tulen

Daripada keluar modal RM17,630 lebih baik kita keluar modal RM10,600 untuk tebus emas di bank dan emas tu jual pada pelanggan. Kiralah berapa banyak untung berbanding 2%.

Ramai yang ingat jual emas margin besar. Ingat dapat separuh dari harga emas. Kalau macam tu semua orang jual emas…tak ada yang jual sayur, perabot, kereta…

Kenapa margin emas kecil…sebab bila seseorang beli emas harga RM16,500 untuk 100gram, bermakna memang itulah harga emas bila jual pada orang lain pula.

Sebagai contoh, anda beli kereta harga RM100,000 kemudian anda nak jual pula ia dah jadi second hand dan dah ada susut nilai boleh jadi harga lepas setahun jadi RM70,000. Bagi emas pula entah dah berapa hand….sama sahaja jika dijual. Untung sahaja bila nak dijual.

Tak pernah ada orang rugi jual emas walaupun margin dia kecil. Kalau tak untung dinasihatkan tak perlu jual. Buat apa jual kalau anda ambik RM16,500 tapi ada orang nak beli RM16,400. Lebih baik simpan sahaja sehingga ada orang lain nak beli.

Yang hibah pula lain. Dulu masa harga murah ramai eksyen tak nak beli just nak tanya-tanya. Hari ini sahaja harga dah jadi RM185 segram. Makin ramai pula yang beli. Saya terpaksa tetapkan syarat untuk beli sebab ia tak menguntungkan saya tapi menguntungkan pelanggan.

 hibah emas

Antara syaratnya, beli dulu baru tanya dan nak beli 100 gram ke atas. Tak rugi apa pun bila dah bankin kalau nak balik duit boleh ambik. Yang buat buang masanya bila banyak tanya masa harga RM170 segram masa tu tak beli lagi bila dah jadi RM180 baru nak beli jangan komplainlah kenapa cepat sangat naik.

Kalau 100 gram naik RM10 dah kena topup RM1000. Tu yang saya maksudkan beli dulu baru tanya. Supaya dapat lock harga sebelum harga naik. Kalau nak yang tanya dulu baru beli, saya bagi emas yang tak ada hibah.

Bulan lepas sahaja syarikat bagi duit hibah lebih RM30 juta. Maknanya ramai yang dapat dan syarikat mampu bayar pada masyarakat agihan hibah tersebut.

Jadi mana menguntungkan…cagar…simpan sendiri…main hibah…? Senang cerita buat semuanya. Maknanya emas di tangan ada, emas di bank cagar pun ada, dan emas yang dapat hibah bulan-bulan pun ada. Itulah rahsia saya dalam perniagaan emas. Ada 3 sumber pendapatan dari emas.

Tak perlu tanya ingin info lebih lanjut…just tanya bagaimana nak start…sekarang ni dah masa untuk kaut seberapa banyak emas yang boleh sebelum nilai matawang jatuh menjunam.

Lawati www.Hadzrin.com/emas

Kembali ke laman utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 20, 2011 at 4:44 pm

Pernah masuk ke kedai kereta Ferrari dan cakap nak test drive? Melainkan dah ada duit memang nak beli baru boleh test drive.

Sama macam program hibah bila dah join baru tahu macamana dapat hibah. Belum join macamana nak dapat hibah.

shidi

April 21, 2011 at 3:05 am

meleleh air liur saya master…
info dah ada…kaedah dah tau…tp modal tak cukup lagi..

khairi

April 21, 2011 at 7:23 am

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0421&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm