08
Apr

RAMAI YANG NAK TERLIBAT DALAM EMAS TETAPI MEREKA TAK TAHU …

Assalamualaikum Wbt. Post pendek hari ini sebenarnya untuk mengingatkan diri saya dan sesiapa yang terasa perlu buat sesuatu untuk diri dan keluarganya. Pertama sekali untuk diri saya, sebenarnya saya sentiasa dalam kerisauan bahawa rezeki yang Allah limpahi bukanlah untuk dijadikan kemegahan atau jadikan tujuan hidup.

Tetatpi sebagai kesyukuran dan memudahkan urusan lain seperti menyelesaikan masalah, membuat amalan jariah, menolong orang yang susah, memudahkan membuat kerja… Sungguh ketara apabila melibatkan diri dalam bidang pelaburan emas, seperti ada satu tarikan yang membuatkan kita seolah mempunyai aura kekayaan.

Saya selalu beritahu pada kawan-kawan, orang yang mempunyai emas sentiasa ada duit. Biarpun ada 10 gram dalam tangan bermakna dia mempunyai duit lebih satu ribu ringgit. Cuba kalau kita simpan duit kita seribu ringgit dalam almari. Tak sampai sebulan asyik ditarik-tarik lama-lama habis.

Seperti kawan saya seorang ni, 2 minggu lepas saya lihat dia keluarkan duit ASB dia dalam RM14,000. Baru-baru ni, lepas ditarik-tarik dah tinggal RM6,000. Mujur ada emas 20 gram. Dah jadi nilai duitnya bertambah lagi RM3000 dan dapat beli emas 50 gram. Kalau tak beli 20 gram dulu, duit RM3000 nya pun lesap dah dibelanja.

Rata-rata ramai yang berminat untuk membeli emas dan menyertai buat keuntungan setiap bulan dari emas. Ada juga yang dah bankin duit untuk beli emas sebelum berjumpa. Saya berfikir, kalau dulu terlibat dalam MLM tak pernah pun ada orang yang nak bankin tak berjumpa.

Itu yang saya maksudkan tadi, ada aura tarikan. Dan yang peliknya, bila ada orang yang banyak bertanya pada mulanya nak beli tapi tiba-tiba tak jadi beli, menyusul selepas dia ada ramai yang nak beli. Sebab itu buat emas ni tak perlu gelabah. Relax sahaja dan kita percaya, aura emas tu sedang bekerja dan buat tugasnya.

Jika yang nak beli 100 gram tak jadi tetiba ada yang nak beli 1 kilogram. Dan bila yang nak beli 1 kilogram tak jadi nak beli, tiba-tiba tanpa disangka ada yang nak beli 20 kilogram. Pelik tapi itulah yang dah terjadi. Sebab itu tak perlu risau pun pasal untung atau tak untung buat bisnes emas. Tak perlu kecewa kalau tak ada orang nak beli.

Yang bagusnya, kalau orang tak beli pun dah ada untung. Ya,…emas harga naik pula. Jadi kalau tak jual cuma simpan sahaja. Dalam masa yang sama kumpul emas yang dapat dapat bulanan hibah. Dulu selalu ditakut-takutkan oleh orang yang berniaga emas.

Katanya buat bisnes emas ni tak untung. Susah. Nak balik modal lama. Tapi cuba kaji balik, kalau tak untung, kenapa sampai sekarang tauke kedai emas bertambah maju sampai buka banyak cawangan. Kalau tak untung kenapa masih bertahan lama.

Ada benar juga apa yang mereka katakan sebenarnya. Seperti dalam pos semalam saya beritahu margin jualan emas ni 0.3% – 2%. Jika dibandingkan dengan perniagaan lain sehingga 50%-100% margin keuntungan. Walaupun marginnya kecil tapi kenapa ramai yang berebut nak melibatkan diri dalam emas.

Nak uraikan saya gambarkan dengan satu kisah….Seorang rakan saya yang selama ini tak pernah ada RM10 dalam tangan. Ada RM2-RM3 sahaja kebiasaannya. Setiap kali dapat gaji habis belanja. Join bisnes┬ásana sini nak dapat income tapi income tak dapat bagi orang lain income sahaja.

Jadi saya kongsikan rahsia untuk menarik rezeki dan menggunakan aura emas. Baru-baru ni, dia mampu membeli emas dia yang pertama. Kira berjaya jugalah nak kumpul. Bukan setakat kumpul ngam-ngam buat beli emas. Siap ada lebih lagi duitnya dan siap belanja saya ayam tandoori.

Saya tanya, sekarang macamana? Katanya tak sangka-sangka dapat duit lebih lebih. Banyak pulak tu…katanya sambil mata dia terbeliak. Kalau beginilah disiplin menyimpan yang dia nak buat, saya rasa hujung tahun paling kurang dah ada 100 gram. Maknanya nilainya seperti RM17,000 ke RM20,000 hujung tahun.

Tak ramai yang ada duit sebanyak lebih RM10,000 melainkan dah pencen dapat duit selepok. Sikit-sikit simpan kalau setahun tu belilah bawah 10 gram setiap bulan…lama-lama 100 gram boleh kumpul. Saya pun dah lalui bagaimana dulu nak beli beras pun tak mampu lepas jatuh dari bisnes…sekarang setiap bulan menambah emas paling sikit 100 gram.

Bukan niat nak riak atau menunjuk-nunjuk. Kalau saya nak menunjuk-nunjuk , rasanya tak beli emas tapi saya beli Mercedes, Porche atau Ferrari yang bulanannya RM10,000. (Hutang lagi…). Sebab itu daripada melabur pada besi buruk (kereta) baik saya beli emas.

Biarpun kerja bisnes emas ni tidaklah semudah yang disangkakan tapi ia satu cabaran. Jika boleh bertahan sepeti tauke kedai emas, sudah pasti dalam masa 5 tahun dari sekarang, ketika itu nilai kekayaan diri kita akan jadi bertambah. Kalau dulu pendapatan paling tinggu sebulan boleh dapat RM5,000 tak mustahil 5 tahun lagi jadi RM100,000 sebulan.

Yang penting bertahan dan terus buat. Jangan ikut-ikut orang atau hangat-hangat aje… Tauke Habib Jewel pasal apa dia kaya …sebab dia dah lama dalam industri emas. Biarpun margin keuntungan kecil tetapi kekayaannya tinggi. Biar untungnya kecil tetapi tidak merugikan orang lain.

Info tambahan : Anda boleh lihat proses pembelian hibah emas dengan klik di link ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

khairi

April 8, 2011 at 1:08 am

jiwa sedang mendesak utk dapatkan emas tp jasad mcm membataskan…

Master Hadzrin

April 8, 2011 at 8:49 am

jiwa kacau…