17
Apr

RAMAI YANG BERTANYA CARA UNTUK…

Program Motivasi

Hari Ahad macam ini pun ada banyak apoinment di luar. Kadang sambil menunggu pemanggil, saya update sikit Blog ni untuk perkongsian. Ahad depan (24 hb April ) baru ada Kursus ISP. Lepas hari Kursus Selasanya saya akan ke Perak Kuala Kangsar kemudian baru ke Pulau Pinang.

Ramai yang bertanya adakah saya buat program ke sana…sebenarnya lebih kepada saya menchargekan diri di sana. Bawa keluarga berjalan. Nak ke luar negara banyak kerja dan leceh jadi baik habiskan masa belah utara.

Sebelum ni dan yang kali terakhir semalam, saya dapat pertanyaan melalui SMS dan Call bagaimana nak aplikasikan energi yang kita ada. Nak jawab soalan seperti itu memang mustahil ibarat seperti bertanya pada seorang Guru Silat macamana nak buat Jurus Kuda-Kuda Cibarusoh.

Payah Guru Silat tu nak SMS atau bagitahu dalam telefon. Jadi cara paling mudah ialah datang ke kelas. Semalam 3 orang yang bertanya pasal Tendai. Mereka ni  dari Singapura, Melaka dan Sarawak. Dan ada yang bertanya bila nak buat di tempat mereka.

Saya beritahu kalau ada lebih 30 orang saya dan team ISP akan turun ke sana. Setakat ni tak ada yang secara sukarela mengumpulkan orang. Jadi kami buat di ISP Putrajaya sahaja. Bukan tak ada yang dari jauh datang seperti dari Sabah pun ada yang turun…. Kota Bahru, Kedah…

Macam kalau kita nak buat umrah atau haji perlulah datang ke Mekah. Tak boleh nak buat di negeri kita. Paling sempoi datang sendiri ke kelas. Sebab untuk menerangkan dalam HP pun mustahil tambahan saya sekarang banyak perjumpaan di luar dan ada yang saya menjawab semula 3 – 5 jam kemudian.Sebab itu sekarang saya dah menambah pekerja jadi 3 orang.

Tak rugi jika anda dapat hadir ke kursus yang mungkin anda terkejut dengan pendekatan baru kami buat. Boleh bertanya pada Ahli lama yang datang berkali-kali untuk recharge diri.

Ramai yang dah hadir ke kursus ISP setelah diijazahkan Pengisian Tenaga Dalam Ilahi peringkat asas mendapat kesan positif baik dari segi kesihatan, ekonomi dan sosial.

Aplikasi terus dibuat semasa hari kursus maksudnya yang hadir dah boleh terus merawat orang. Yang mana nak buka Pusat Rawatan Sendiri pun dapar manfaat dalam program ini.

motivasi tenaga dalam motivasi tenaga dalam motivasi tenaga dalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

norimin

April 18, 2011 at 7:51 am

insyaallah, 24 hb ni sy datang ISP..recharge…

Master Hadzrin

April 18, 2011 at 11:38 am

datang jangan tak dtg…senang nak sembang dari sms

norimin

April 20, 2011 at 4:37 am

alhamdulillah, smlm dah tamat latihan 21 hari (setelah berbagai dugaan 🙂 ) masih banyak yang perlu dihalusi untuk mencapai impian