22
Apr

PROJEK BELI TANAH

 kampung raja musa  projek tanah

Hari Jumaat ni ada urusan di Kampung Raja Musa berjumpa dengan Tuan Tanah. Sambil buat emas cuba juga peluang beli tanah. Tanah yang nak dibeli ni dah ditanam kelapa sawit seluas 7 ekar. Dulu owner beli seekar RM10,000 dan sekarang nilainya dah jadi seekar RM60,000.

Siapa lagi kalau owner dia tak bukan Mizi, dan kisah dia saya pernah cerita dalam post sebelum-sebelum ni. Dari seorang Ahli Korporat sekarang jadi orang kampung Raja Musa menanam nenas, kelapa sawit dan keladi.

Punya sembang lama sampai terlupa nak minta nenas dia seperti biasa setiap kali balik ke KL. Sebenarnya bukan muktamad untuk beli tanah itu sebab masih dalam perbincangan. Jika ada rezeki boleh beli tanah di tempat lain juga.

Sekarang ni kalau nak invest beli emas dan tanah. Property buat masa sekarang ni , saya lihat pakar-pakar property sendiri sudah beralih dari simpan property seperti rumah atau kedai dengan beli emas dan tanah.

Kenapa perlu beli tanah? Akan datang kita tak pasti keadaan kita bagaimana. Seperti En Tarmizi, dia setelah jatuh dari empayer perniagaan dia , apa dia buat, dia usahakan tanah yang dibeli dulu dengan tanam kelapa sawit. Sekarang mengutip hasil buah sawit.

Setahun boleh dapat RM40,000 katanya. Tu belum dapat hasil nenas, keladi lagi. Orang yang mempunyai tanah, suatu hari nanti ia akan berbakti dengan memberi hasil kepada tuannya. Macam seorang lagi kawan saya di Telok Intan. Ada kebun banyak dan selalu bagi pinjam duit kat kawan-kawan. Rezeki tak putus.

Kombinasi emas dan tanah adalah pelengkap bagi kita untuk hidup senang di jangka masa panjang. Dalam pengertiannya bagi yang faham, maknanya antara kemewahan dan kehidupan, kita lebih mementingkan kehidupan.

Sebagai contoh, mana lebih penting….TV plasma 50 inci atau beras? Antara Duit kertas dan Emas (dinar ) ?

Bagi yang mempunyai tanah jika berminat untuk menyertai program dana subsidi pemilik tanah (syaratnya 5 ekar ke atas), boleh cuba memohon untuk dapat dana. Seekar dibeli dengan harga RMX,XXX,XXX.

Bagaimanapun, kali terakhir sehingga hujung bulan ini. Apa yang diminta adalah dokumen : Geran Tanah Salinan yang disahkan oleh pejabat tanah, Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Salinan IC Waris. Tanah mesti atas satu nama sahaja.

Mana tahu, anda yang ada tanah ada rezeki boleh dapat duit sehingga puluhan juta seperti batch pertama dan kedua. Tak percaya tak apa. Sebab yang memohon sebelum ini dah ada yang dapat duit.

Kalau tak cuba langsung tak dapat. Kalau cuba submit dokumen sekurang-kurangnya dah ikhtiar dan jika dapat, Kaya Raya dapat hasil jual tanah. Tapi ada sesuatu yang menarik….tanah yang di beli itu akan dipulang kembali kepada anda semula. Duit dapat, tanah pun kekal ada. Apa-apa boleh hubungi En Syukri. Nak no hp dia boleh minta dengan saya.

Apa Komen Anda….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

nazz

April 22, 2011 at 7:52 pm

camner tu??orang beli tanah tapi nanti kite pnyer gak??huhu

Mussawir

April 23, 2011 at 12:17 am

Tanahnya jenis macamana, pertanian atau komersial?

Master Hadzrin

April 23, 2011 at 6:55 am

apa2 boleh…

syukgenting

April 23, 2011 at 10:08 am

nama eden pun enter frame…hehheheh….glmour rasonyo

Adzri

April 25, 2011 at 1:55 pm

Diversifi ler kat Unit Amanah sikit Master. 5 tahun pulangannya 70% hingga 100%. Don’t put egg in one basket Master.

    Master Hadzrin

    April 25, 2011 at 5:34 pm

    orang yang letak egg they only get egg

gee

November 21, 2014 at 3:06 am

nak mtak no. en syukri…