11
Apr

PERISTIWA BERTEMU WARTAWAN BERNAMA

Sejak dah ada ofis baru ni, kerja macam ofis boy , banyak nak submit dokumen. Redah sana sini naik motor. Istilah rembat lepas tu rempit….rembat dokumen, rempit submit ke ofis. Dalam kesibukan, dalam banyak-banyak temujanji, terjadilah perjumpaan dengan seorang wartawan ternama. Dia memang terkenal. Sebab kerja di Bernama.

Tengok sahajalah kawan-kawan dia, menteri-menteri, artis-artis, Tun Mahathir sekali pun dah boleh dia ajak sakat. Jadi semasa jumpa dia, adalah beberapa perkara yang di interview. Ada ka patut dia cakap saya ni muka macam Arash pelakon cerita Mr Mama. Ni mungkin teknik penyamaran topeng yang saya kongsikan dalam kelas berlaku.

Ketika itu Wartawan Bernama membawa isterinya sekali bertemu saya. Kesian jugak depa terpaksa menunggu saya dari jam 1 sampai jam 2. Sebelum itu saya mengijazahkan orang baru dari Gombak untuk ambil ijazah Super Grand Master. Katanya selama ini dia kena sihir. Itu yang diambil SGM untuk pendinding.

Pertama kali jumpa dengan Wartawan bernama ni, mukanya serius sahaja. Sekali pandang ada iras Dr Pakar Tarikh Lahir…. Saya malas nak cerita apa berlaku masa jumpa dengan dia. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh jenguk-jenguk Blog wartawan tu di (Klik Sini).

Dalam sejarah hidup saya, ni first time jumpa wartawan…kalau editor tu selalu atau pemilik kilang cetak akhbar pun selalu…wartawan je first time. Semoga perkenalan berkekalan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Ibnu K

April 12, 2011 at 8:00 am

Adoii… kena balik la pulak… takde ternama mananya cik hadzrin ooi.. just a normal person.. yang penting bersyukur jadi orang Islam… apa kurangnya master gee.. lagi fofular…

Master Hadzrin

April 12, 2011 at 3:11 pm

Ibnu K :

Adoii… kena balik la pulak… takde ternama mananya cik hadzrin ooi.. just a normal person.. yang penting bersyukur jadi orang Islam… apa kurangnya master gee.. lagi fofular…

Alhamdulillah…baru 25 org yang like…berkat tunjuk ajar sifu bernama…

Ummi Aiman

April 15, 2011 at 5:28 pm

Ukhwah kerana Allah, InsyaAllah semoga berpanjangan…. amin…