23
Apr

PELUANG KEEMASAN

 gang polis beli emas

Hari ni pagi jam 10 ada perjumpaan dengan “anggota KDN” di Paparich Selangor. Semua berbincang tentang peluang emas. Asalnya mereka nak tahu pasal pelaburan emas tapi lepas saya terangkan, baru gang-gang taiko ni faham bahawa emas bukan dilaburkan tetapi untuk digunakan di masa akan datang.

Ramai yang nak tunggu harga emas naik tetapi sebenarnya mereka bukan tunggu harga emas naik sebaliknya kuasa nilai duit kertas kita yang makin jatuh. Emas dulu dan sekarang tetap sama. Sebab itu zaman dulu orang beli kambing nilainya sama seperti sekarang dengan 1 dinar. Sekarang 1 dinar sama dengan RM700.

Harga kambing memang sekarang dah RM700 seekor. Ayam pulak 1 dirham. Sama dengan RM14. Emas dan perak tetap maintain. Setakat ni orang lebih tumpukan pada beli emas. Perak baru peringkat permulaan.

Belum dapat terima sambutan seperti Peluang Pelaburan Perak berbanding Peluang Emas. Sebab itu dinamakan peluang keemasan…dan bukan peluang keperakan. Walaubagaimanapun, kedua-dua logam ni memang berguna untuk kita nanti.

Sebab Nabi Muhammad SAW dah beri hadith bahawa di akhir zaman , manusia hanya menggunakan emas (dinar) dan perak (dirham). Walaupun Nabi Muhammad tidak ada pelajaran formal dalam ekonomi tetapi apa yang disampaikan oleh baginda 1400 tahun dahulu kini semuanya terbukti benar.

Penggunaan selain dari emas dan perak boleh menyebabkan diskriminasi seperti faedah (interest) atau riba’. Bagi yang tahu, riba’ itu adalah senjata Dajjal. Ini ada disampaikan oleh Pengkaji Islam terkemuka Sheikh Imran Nozar Husein.

Kembali pada perjumpaan dengan kenalan baru yang bertugas di Bandar Sunway, mereka rupa-rupanya hari-hari bercerita pasal emas. Dulu orang pompuan je yang suka sembang pasal emas. La ni, orang lelaki pun lebih banyak sembang pasal emas.

Sebab itu saya bagitahu pada sesiapa sahaja. Bila kita ada emas, terus kita sebarkan tentang kepentingan ada emas. Bayangkan lah saya dulu yang cuma mampu beli emas sebanyak 10gram, tapi bila asyik sembang dengan orang pasal emas, sekarang Alhamdulillah, penuh 2 peti emas.

Sebenarnya kebaikan bercerita pasal emas ni bukan sahaja untuk kekayaan tetapi untuk menambahkan amal. Sebagai contoh, dalam emas ada zakat emas. Jadi sambil promote tentang kepentingan emas, kita galakkan membayar zakat emas.

Ramai yang tak tahu rahsia untuk meningkatkan simpanan emas dengan cepat dan banyak melalui zakat emas. Contohnya….mungkin hari ini kita bayar zakat emas RM100, tak lama lagi kita akan miliki 10 gram emas dan lebih yang bernilai RM2,000. (Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui).

Saya memberi peluang kepada sesiapa yang membeli emas untuk menjadi Dealer Emas yang tak perlu banyak sangat keluar modal. Asalkan anda ada contoh emas nak tunjuk dengan orang seperti 10 gram, kira dah bagus.

Kesilapan yang dibuat oleh ramai pembeli emas sekarang mereka beli emas terus nak pi cagar. Lain bila pegang emas dalam tangan dengan dicagar. Lain kalau anda ada banyak emas, sebahagian emas anda cagar untuk tarik energi emas yang ada dalam bank.

Bila anda pegang emas dalam tangan sendiri, anda boleh rasa kekuatan daya tarikan emas. Perasaan seperti ada aura kaya muncul dalam diri anda bila anda pegang emas.

Saya tak ada janjikan boleh dapat pendapatan lumayan dari emas tetapi saya jamin, bila terlibat dalam industri emas, anda akan mampu mempunyai emas sekurang-kurangnya 100 gram. Nilai 100 gram sekarang dah RM16,500.

Berapa ramai yang mempunyai simpanan RM16,500…

Sebab itu kalau nak beli benda besar-besar perlu beli emas dulu. Sebagai contoh, kalau kita nak beli peti sejuk yang harganya RM4,500. Kita beli emas 20 gram dahulu. Sekarang harga emas 20 gram RM3,400. Bila harga emas dah jadi RM4,500 baru beli peti sejuk idaman tu.

Ini namanya menangguh dahulu nafsu beli. Silap haribulan peti sejuk kita tu jatuh harga dari RM4,500 jadi RM4,000. Macam TV Plasma 42 inci saya. Dulu saya beli RM5,500. Sekarang dah jadi RM1,999. Kalau anda faham maksud ini, mesti lepas ni simpanan anda berlambak dalam bentuk emas.

Dalam masa yang sama saya kongsikan peluang program hibah dengan mereka sebab mereka nak tahu. Ada setengah dari mereka dah dapat duit pinjaman. Jadi ada baiknya beli emas sebab tak rugi satu sen pun. Esok kalau nak jual balik emasnya boleh dapat duit 100%. Bulan-bulan pun dapat duit.

akak kaya

Contoh tengok sahaja macam akak ni, setiap bulan dapat duit pencen RM1,6++….

Peluang hibah ni saya terus terang bagitahu banyak prosedur nak dilakukan. Jadi tengok kes bagaimana yang kami sanggup terima. Sebab itu yang mana nak join program ni, perlu datang berjumpa atau guna cara pos dan bankin bagi yang jauh.

Yang mana nak sekadar tahu-tahu dan minta datang ke tempat mereka memang kami tak akan layan. Kerja ini bukan perlu nak menagih untuk dapatkan sales. Sebagai contoh ada seorang yang nak sekadar tahu minta jumpa di kawasan dia yang 1 jam perjalanan dari pejabat kami.

Saya berikan kes tersebut kepada Consultant saya sebab dia sanggup untuk meredah jauh jumpa orang itu. Ternyata orang itu tidak serius dan memberi banyak alasan sibuk itu ini. Waktu dia memberi alasan harga emas melonjak dari RM175 menjadi RM185.

Sebab itu bagi yang serius kami akan bantu untuk dapatkan duit hibah bulanan dia. Sebab kerja untuk dapatkan hibah dan emas itu bukan perkara mudah seperti jual emas biasa. Ada juga pelanggan yang beli emas biasa dan kemudian bertanya kenapa dia tak dapat duit hibah.

Bayangkan selama ini beli emas di kedai emas mengapa tak minta duit hibah. Jadi maknanya yang program hibah ini berlainan dengan beli emas biasa. Memang benar, harga emas hibah dan emas biasa jauh beza tetapi yang paling penting, emas yang dibeli bila jual balik dapat sepenuhnya.

tukar duit ke emas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

syukgenting

April 23, 2011 at 3:40 pm

masyuk master….btul guna utk masa dpan….rugi xbeli…emas dah naik harga….dah dkat dah rm200 per gram

Master Hadzrin

April 23, 2011 at 4:50 pm

Syuk…geran tanah Makcik Asiah mungkin Isnin baru dapat dari pos laju. Nanti masa saya di Luar Negeri tolong uruskan. Mana tahu, ada rezeki makcik tu boleh dapat RMXX,XXX,XXX…

norimin

April 25, 2011 at 3:25 am

syuk genting ni, master shukri ke?? Selamat bercuti master hadzrin..

    Master Hadzrin

    April 25, 2011 at 3:51 am

    sebenarnya saya bukan pergi bercuti tapi pindah kejap ke negeri lain….ada urusan luar…

Ummi Aiman

April 29, 2011 at 5:59 am

x pe, sifu dlm or luar negeri available to contact. InsyaAllah… lepas ni 5kg pulak…