01
Apr

ORANG KAYA BELI KERETA BUKAN CASH

Assalamualaikum Wbt. Alhamdulillah, Allah kurniakan keamanan dan kesenangan pada kita dari segi rezeki makanan, peluang, perhubungan dan keimanan. Kebiasaannya kita sentiasa memikirkan rezeki duit tetapi rezeki lain yang Allah berikan lebih tinggi nilainya daripada duit seperti makanan. Ada duit tetapi tiada makanan, sengsara hidup kita.

Rezeki oksigen, kesihatan, boleh melihat, boleh bercakap, boleh mendengar, umur panjang,…terlalu banyak rezeki yang Allah berikan pada kita tanpa kita pernah minta dalam doa kita.

Sejak ada peluang dapat pendapatan bulanan dari emas dalam program Hibah Emas, kini peluang untuk memiliki kereta yang boleh dibayar setiap bulan boleh kita sediakan. Rata-rata saya lihat baik kawan atau orang yang Kaya yang mempunyai duit berjuta dalam bank membeli kereta secara berhutang juga dan bukan beli secara tunai.

Mereka katakan orang yang beli kereta secara tunai amat merugikan. Mungkin dari segi duit itu boleh digunakan untuk dijadikan modal niaga dan boleh jadikan aset untuk bayar komitmen bulanan. Sebagai contoh beli rumah kedai dan dapat duit sewa. Tapi bagi kita nak beli rumah kedai secara selepok mungkin payah….alternatifnya emas!

Seorang Dato beritahu saya dia pernah ugut pihak Bank untuk keluarkan semua duit dia dalam bank tersebut sebab tak nak bagi dia buat Full Loan untuk beli kereta. Walaupun Bank minta 10% downpayment . Kereta yang dia beli pun bukan calang-calang, HUMMER. tu kalau 10% boleh dapat Inspira Cash.

Kalau duit kita dalam bank ada RM20 juta macam Dato tu lain cerita. Kenal dengan Dato tu pun masa saya survey-survey kedai kereta tempat saya nak apply loan beli kereta yang kena reject. Masa tu cuma nak beli Proton Perdana je. Dari duit Dato tu berapa banyak bank boleh rolling buat duit lagi. Tu yang Bank  jaga hati Dato tu dan approvekan Full Loan untuk dia beli kereta.

Kenapa orang Kaya tak beli kereta Cash. Mungkin yang macam saya cakap tadi, boleh pakai duit buat Rolling. Dari Interest Bank sahaja mereka boleh bayar bulan-bulan kereta mereka. Dan Kereta kalau beli Cash, andainya berlaku kemalangan, nilai dah jatuh jauh.

Lagi satu untuk elakkan bayar cukai kalau beli kereta secara hutang. Bagi yang Blacklist dan tak boleh nak buat pinjaman beli kereta bagaimana pula? Sekarang ni dah trend beli kereta sambung bayar. Mana taknya….sebagai contoh, masa beli kereta harga RM200,000. Bila dah TAK dapat nak tanggung bayar bulan-bulan RM2,000, terpaksa jual dan harga masa tu dah jatuh RM100,000.

Pinjaman pokok bank ada lagi RM160,000 walaupun dah pakai 3 tahun. Kalau jual, masih berhutang bayar RM60,000 dengan bank. Jadi jalan penyelesaian, cari orang yang boleh sambung bayar bulanan RM2,000. Kalau nampak budak muda pakai kereta mewah macam BMW tu sekarang ni tak hairan. Kebanyakannya sambung bayar.

Contoh paling top sekarang ni kereta BMW 3 siri. Bagi duit muka RM5,000 kepada pemilik kemudian sambung bayar RM1,700. Kalau beli kereta baru dengan duit muka RM5,000 dulu hanya dapat beli kereta Proton. Sekarang boleh dapat BMW. Ada yang tak perlu bayar muka lagi….kena pandai cari orang yang dah tak dapat nak teruskan bayar kereta mereka.

Nak cari mana lubok pemilik kereta yang pakai kereta sekejap-sekejap, cari orang yang terlibat dalam bisnes yang perlu menunjukkan kemewahan dengan memakai kereta mewah.

Bukan niat memburukkan sesiapa tetapi ini juga sebagai jalan untuk membantu mereka yang dalam kesukaran menanggung hutang bank diatas pinjaman kereta mewah mereka.

Biasalah, orang Kaya pun pakai kereta mewah bukan sampai habis bayar pinjaman bank mereka. Kalau habis bayar pun keretanya dah jadi besi buruk. Cuba bayangkan kereta BMW yang dah habis bayar. Usianya pasti sudah hampir 10 tahun. Rasa-rasa keadaan kereta tu masih lancar lagi?

Enjinnya pasti dah banyak sumbat dengan minyak hitam. Biarpun kereta semahal RM1 juta. Enjin selepas 3 tahun dah banyak ragam. Sama dengan jantung kita bila dah masuk umur tua. Itulah beza teknologi manusia dengan teknologi Tuhan. Umur 50 tahun masih lagi boleh aktif.

Baru-baru ni saya di offer untuk sambung bayar  kereta Mercedes CLS yang bulanannya RM4,500. Ada lagi 5 tahun hutang dengan bank. Bermakna habis bayar jumlahnya RM270,000. Kalau ikut kemampuan memang boleh sangat tetapi tak ada sebab pula untuk memakai kereta tersebut.

Pengiraan saya untuk mampu pakai kereta itu saya cuma perlu ada 1300 gram emas yang bulanan boleh bagi saya RM4,550. Jadi biarlah orang lain yang pakai kereta tu. Saya lebih suka sekarang ni beli barang yang murah termasuk kereta murah sahaja. Lebih baik beli emas lagi dari beli besi buruk.

Isteri saya minta belikan dia kereta untuk dia ke pasar. Jadi saya terjumpa kereta Suzuki Swift yang sambung bayar bulanan RM700. Dari situ saya bajet beli emas 200 gram cukup duit bulan-bulan bayar kereta tersebut. Kereta boleh bayar dan emas pun masih dipegang dalam tangan.

Untuk diri saya pula, saya lebih suka beli motor. Ni tengah mencarilah siapa yang boleh bagi sambung bayar motor GTR 1400. Senang nak mencelah di tengah kesesakan jalan raya dan jimat duit tol kalau nak hantar emas ke Johor atau Melaka yang sekarang ni ramai yang beli dari sana.

Orang kata kalau nak hidup low profile pakai motor EX5 je. Memang betul saya suka hidup low profile sekarang. Tapi kalau motor EX5 boleh pergi dengan kelajuan 300 km/j, saya beli motor EX5 sahaja.

Post Ditaja oleh :

Beli Emas

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 2, 2011 at 12:10 am

Ada banyak versi orang kaya beli kereta. Tak kurang juga yang beli cash sebab takut menanggung hutang bila sudah meninggal dunia. Tapi bagi yang banyak buat pinjaman, mereka mengambil insuran takaful dan bila mereka meninggal, duit insuran yang bayar semua hutang mereka…

abdul rahim

April 2, 2011 at 12:57 am

Apa khabar Master?

Master Hadzrin

April 2, 2011 at 1:14 am

baik alhamdulillah tuan haji…

toK rimau..

April 2, 2011 at 2:27 am

kudO itam Diats bulanan brapE?

    Master Hadzrin

    April 2, 2011 at 3:22 am

    bulanan RM1,800 tok…setakat penang kl satu jam je…

azli

April 2, 2011 at 11:19 am

sy nak beli motor dlm gmbr ni cash jgk,master….

Master Hadzrin

April 2, 2011 at 3:31 pm

@azli
Cash!! WOW!! RM112,000…

nasrul

April 2, 2011 at 5:01 pm

wah topik menarik. cuma part sambung bayar tu kurang paham. 🙂 bila sambung bayar, nama pemilik tukar ke pemilik baru ke?

reza

April 2, 2011 at 5:52 pm

beli harley davidson la master..

Master Hadzrin

April 3, 2011 at 1:49 am

dah beli dah harley davidson

…poster nye..

rayme

April 3, 2011 at 4:34 am

ada tak cara kit aboleh kuar duit EPF untuk beli emas ni master? dari dok terporok dlam KWSP baik beli emas,dapat gak hasil..

azli

April 3, 2011 at 11:18 am

klau ade loan rumah..boleh kuarkn act 2,terus ke act anda..

rahman263

April 3, 2011 at 3:59 pm

Master, naik motor jgn laju sgt. biar lambat asal selamat… hehe

    Master Hadzrin

    April 3, 2011 at 5:21 pm

    bawak laju2 cepat sampai rumah baru selamat

dato muhammad

June 8, 2019 at 3:07 pm

Kpd penulis,,,tak semua yg awk ckp tu betul. Segelintir je org kaya mcm tu..yg xbrapa fhm lgi…majoriti kami org2 kaya beli kereta mewah cash pkai 2/3 tahun dh puas jual balik hrga tinggi …kmi nk beli kereta kmi tgok dlu kereta tu kaji selidik spya boleh jusl mhl nnti..bukan main sebat je!