09
Apr

MERECRUIT PELAPES

Assalamualaikum wbt. Dua hari dah tidak ada berita nak dikongsikan. Sebab sibuk berurusan di luar. Dah macam kerja peon sekarang banyak submit dokumen. Boleh katakan sekarang sehari saya bertemu dengan 2 hingga 3 orang pembaca Blog saya.

Jumpa kerana mereka nak melabur dalam program emas saya. Yang nak jumpa semua dichanelkan ke ofis saya atau ke kawasan berdekatan sebab tak ada kesempatan untuk berjumpa kalau di luar meeting point. Rata-rata saya bertanya, ada memiliki Blog sendiri. Boleh dikatakan dalam 10 orang seorang sahaja yang ada Blog atau website.

Saya bertanya kenapa tak ada blog atau tiada website? Kebiasaannya menjawab tidak tahu untuk bikin satu. Jadi saya pun menawar untuk membantu mereka buat laman Blog atau website sendiri. Bantu ajar bukan bantu buatkan. Kalau mengajar buat website kebiasaannya diluar antara RM400 – RM500.

Bagi yang mengambil peringkat Super Grand Master, saya kongsikan secara percuma hanya membayar duit Domain dan Hosting. Ada antara yang belum siap lagi mereka baru nak mula macam blog saya mula-mula dulu…

Boleh intai-intai sikit …. www.abangis.com , www.masterjaba.com , yang lain under progress…

Dalam blog mereka ni pun lebih kurang sama sahaja produk atau servis yang mereka tawarkan seperti program emas, metafizik , pengijazahan tendai. Peluang yang sama saya kongsikan kepada semua SGM di bawah pengijazahan saya. Baik peluang emas atau penghasilan produk Super.

Tujuan nya mudah… Kejayaan sebenar kita ukur dari segi kejayaan yang dibina oleh orang yang kita bimbing. Seperti kita hari ini, jika kita sekarang berjaya bermakna kejayaan yang dilakukan oleh ibu bapa kita. Kejayaan kita adalah kejayaan yang dicapai anak-anak kita kelak.

Selama ini kita lupa bahawa pemimpin teragung dalam sejarah manusia dan tidak ada manusia lagi yang mampu memimpin seperti Nabi Muhammad SAW. Kerana baginda Rasulullah mempunyai Pelapes yang sehingga hari ini Pelapis baginda teruskan usaha semua manusia mentauhidkan kepada Allah.

Ada yang bertanya, habis kalau nak join jadi pelapes kena ambik SGM sahaja la ye? Maksudnya kena ada RM4500 kalau nak jadi pelapes? Soal modal atau pengerasnya sepatutnya tak perlu dibangkitkan . Seperti pergi ke Bank, sekarang ni ada Bank yang memberi perkhidmatan Priority bagi sesiapa yang membuat deposit RM500,000 ke atas.

Kenapa tak tanya bank , tak bolehkah kita yang ada RM50 jadi ahli Priority. Secara lembut pihak Bank berkata, anda boleh simpan di bank kami bermula dengan RM50 kemudian sedikit demi sedikit anda simpan secara konsistent dan lama kelamaan simpanan anda sudah melayakkan anda menyertai kelab Priority.

Jadi, dalam pengijazahan ini, seperti kisah menyertai di Bank, anda bermula sedikit demi sedikit maksudnya dari peringkat dasar anda maju ke master lalu selesai master anda teruskan ke Grand Master dan akhir sekali anda ke Super Grand Master.

Ada beberapa yang merayu nak ambik Super Grand Master secara percuma. Kebiasaannya orang begini nak jalan mudah dan tak nak berusaha. Tidak adil bagi pihak lain juga. Mengapa mereka boleh dapat percuma sedangkan semua yang melalui sehingga peringkat tinggi berusaha keras untuk mengumpul duit tingkatkan keilmuan.

Jika dahulu saya sampai tahap nak belajar tak ada duit dan hanya mampu gadai barang, jadi tak ada alasan yang boleh diterima kalau tak ada duit nak belajar. Belajar ikut kemampuan dahulu kemudian sedikit sedikit kita tingkatkan diri.

Ibarat belajar bawak motor kuasa 125 cc dahulu kemudian baru 250 cc lalu ke 600 cc dan barulah ke 1400 cc. Jika tak pernah bawak motor terus bawa yang 1400cc, tu yang ramai mati kemalangan di selekoh kerana tak pandai nak kawal motor kuasa tinggi.

Sengaja saya cakap bahasa motor untuk buat perumpamaan. Jika anda berjaya dari kepahitan hidup, baru orang nak dengar kisah hidup anda. Jika anda tak pernah susah dan lahir sahaja senang, celik mata sahaja dilahirkan sebagai anak Sultan Brunei, biarpun anda pakai Roll Royce tak ada siapa yang hairan.

tenaga dalam illahi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Master Hadzrin

April 9, 2011 at 4:26 pm

Banyak peuang yang terlepas jika tak ada website atau Blog sendiri. Biarpun Website tak nampak profesional tetapi biarlah ia original dari anda.

Din

April 10, 2011 at 3:39 pm

Guna blogspot ok x master?

    Master Hadzrin

    April 10, 2011 at 4:38 pm

    blogspot pun boleh….perlahan2 lama2 pakai dot com sendiri. sebelum saya buat dot com saya pakai blogspot…cuba intai2 http://www.gbnresources.webs.com

yati

April 11, 2011 at 3:20 am

kak nak belajar buat blog dari master…. nak cuba pla rezeki dari kedai maya ni…

Master Hadzrin

April 12, 2011 at 4:38 pm

yati :

kak nak belajar buat blog dari master…. nak cuba pla rezeki dari kedai maya ni…

Jangan ketinggalan kak….