05
Apr

MENANGGUH KEHENDAK

Hari ni dari pagi sibuk sampai ke petang. Dalam kesibukan lebih 50  sms masuk dan ramai yang bertanyakan tentang program hibah emas,  ibu duit, produk metafizik, kursus tendai, beli emas trading… semua sms terpaksa di reply selepas turun dari motor duduk di kedai PAPA RICH.

Sampai hang handfon sebab terlalu banyak save message. Tambah pula dah mula pergi ofis baru di Kuchai Lama bertambahlah kerja menunggu termasuklah nak ambik stok emas yang nak kena ikut giliran. Kalau dulu sibuk menunggu di Bank Ah Rahnu rempit emas.

Walaupun hasilnya jika dibandingkan jual minyak wangi lagi untung, tapi disebabkan ini sebagai satu kerjaya mencabar dan terpaksa berterus terang dengan pelanggan.

Kadang-kadang rate berubah ubah bukan kerana saya yang mengubah tetapi itu semua dari syarikat. Saya cuma menjalankan tugas. Yang mana berminat boleh sertai yang tidak, saya tak paksa. Kerana saya anggap ini sebagai Sai’ee.

Itu yang saya beritahu Syukri, selama ini berurusan jual beli emas biasa mudah sahaja tapi sekarang dah jadi banyak kerja. Itu yang brader botak cakap kalau takat 100 gram punya kes dia tak layan sebab kerjanya sama macam uruskan 1 kilo punya kes.

Siap rugi pun ada juga hari ni. Sebelum ini ada yang beli emas masa tu harga RM174/gram. Masa beli hari ini dah jadi RM176/gram. Saya terpaksa topup RM200 untuk dia. Takpelah proses membiasakan diri dengan perniagaan konvensional. Nasib baiklah ada motor untuk lari sana saini uruskan pendaftaran belian emas orang.

Hari ini sahaja hold 7 kes customer. Berusaha juga untuk tidak mengeluh kerana banyak procedure dan banyak kertas kerja nak kena buat. Tambah pula ada yang minta tolong merawat, terpaksa pass pada member lain. Karang itu buat ini buat semua tak siap. Orang dah tunggu bila emas dia nak sampai.

Petang habis sahaja ofis saya singgah kejap ke Kedai Motor Besar nak tengok motor yang kawan saya cakap sedap buat jalan jauh. Pergi kedai rupanya stok dah habis. Tauke kedai bagitahu, motornya laris dan laju jual. Permintaan ada 500 (order ) tapi dibawa import hanya 100 biji.

Ingatkan boleh ambik gambar sebagai inspirasi untuk beli suatu hari nanti. Baru sahaja nak keluar balik dari kedai tu, datang sorang brader ni bawak motor yang dah di pasang angan-angan. Dalam gambar nampak kecik sahaja tapi bila secara live besau sungguh. Memang sedap bila bawak jalan jauh.

Macam tahu-tahu sahaja kita nak beli motor tu, brader tu cakap dia nak jual motor tu sebab nak pakai duit dengan segera. Lagilah tak boleh tahan bila dapat tahu harganya nak tolak murah dan dah siap macam-macam aksesori.

Kalau ikut hati tadi dah ajak brader tu withdraw duit dekat bank. Bila ingat balik, patutlah dulu duit asyik bocor sahaja. Simpan lama-lama sekali belanja selepuk keluar besar. Kalau nak senang juga pergi cagar emas 300 gram dapat duit cagar bagi brader tu. Bila dah cagar 300 gram dah makin berkurang pulak stok emas.

Jadi sudah fikir panjang, saya ingat tangguh dulu lah hasrat untuk ambik motor brader tu. Biarlah lambat sikit beli brand new pakai duit kumpul dari kenaikan emas. Kalau tak 6 bulan lagi, setahun lagi pun tak mengapa. Takut karang beli pakai sekali sekala je membazir. Berapa keraplah nanti nak jalan jauh.

beli motor cash

Setakat pergi Kuala Selangor jumpa Mizi kat hutan tu bolehlah selalu bila dah ada motor kuasa tinggi tu. Sebenarnya bukan sahaja motor, apa benda yang dah aim nak beli kalau dapat kawal nafsu membelinya, rasa-rasa duit kita akan bertambah dan bertambah lagi. Bila dah bertambah insya Allah tak ada masalah tak ada duit dan masalah nak pinjam duit orang.

Biarlah pakai sederhana dulu, asalkan kita dapat set untuk dapat suatu benda dengan keadaan kita tak stress. Contohnya macam tadi secara tiba-tiba orang tak kenal nak jual motor kita jadi tak plan untuk beli terus dah jadi stress kepala otak bila keluar selepuk. Lainlah kalau kat Bank ada berjuta dividen sahaja RM100,000 sebulan.

Jadi saya tangguh dulu beli motor besar tu bajet lagi 6 bulan untuk kumpul 600 gram emas baru, kira tak stress untuk membelinya nanti. Saya ingat beli sport rim kereta dahulu lah sebab baru-baru ni tayar kereta pecah sebab sport rim dah bengkok. Hujung bulan nak ke Penang satu keluarga, bagus tukar tayar baru dengan sport rim. Nak tukar kereta , yang ada sekarang pun masih molek lagi…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

kErEPokmoNi

April 5, 2011 at 12:50 pm

kanTung kU keCiL BelanJa Ku BesARRRRR..

    Master Hadzrin

    April 5, 2011 at 2:49 pm

    belanja besar maksudnya kantung perutnya besar la tok rimau

norimin

April 6, 2011 at 5:15 am

saya setuju ngan master, beli dlm keadaan tenang..barula duit tu bertambah,ni bila ada duit skit,pantang dapat offer baik punya terus sambar…

reza

April 6, 2011 at 11:31 am

norimin :
saya setuju ngan master, beli dlm keadaan tenang..barula duit tu bertambah,ni bila ada duit skit,pantang dapat offer baik punya terus sambar…

sambar je bro janji hati puas ha..ha..ha..

Master Hadzrin

April 6, 2011 at 3:19 pm

reza :

norimin :
saya setuju ngan master, beli dlm keadaan tenang..barula duit tu bertambah,ni bila ada duit skit,pantang dapat offer baik punya terus sambar…

sambar je bro janji hati puas ha..ha..ha..

hatinya puas sekejap tapi merana nya lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..