07
Apr

MASUK BANYAK DAPAT SIKIT TAPI YANG PENTING BERBALOI

Jutawan Ipoh

Alhamdulillah, trip ke Ipoh yang asalnya tak jadi tapi berhasil juga dapat berjumpa dengan Jutawan HR . Sembang dengan mereka pasal Program Hibah Emas. Nak buat di sana (Ipoh) , ofis dah disetup. Dalam gambar atas masa nak tunggu train balik KL. Lebih kurang 4 jam sahaja berada di Ipoh.

Bulan depan nampak gaya kena selalu buat Program diluar termasuklah hujung bulan di Pulau Pinang. Nampak gaya memang tak boleh beli rumah sebab dah kena banyak outstation.

Pembantu Peribadi memang diperlukan nampak gaya ni. Syaratnya latar belakang pernah bekerja sebagai CEO pada suatu syarikat. Itu yang belum ada yang layak nak jadi pembantu. Dalam kesibukan ke Ipoh, ada beberapa orang yang nak masukkan duit beli emas.

Ada sorang pembeli dari Selatan nak masukkan deposit sebanyak 400 gram (RM 70,800 ). Nilai memang besar sebab tak ramai yang ada cash sebanyak itu. Kalau ada pun mereka akan perhabis beli motor, deposit kereta, macam-macam…

Bagaimana orang boleh percaya untuk masukkan duit sebanyak itu ke akaun? Paling penting sekali Jangan suruh masuk akaun peribadi sebaliknya minta mereka masukkan ke dalam akaun Syarikat Emas ini. Apa yang kita perlukan hanyalah resit deposit tersebut.

Ramai ingat bila dapat masuk berpuluh ribu hasilnya juga beribu. Sebenarnya keuntungan hanyalah 0.3-0.5% sahaja dari nilai emas. Jadi anda kira berapa hasilnya kalau dapat masuk jualan RM100,000.

Ya…itulah komisen yang kita terima. Berbeza antara jual beli emas biasa. Dapat lebih lagi antara 1-2%. Atau lebih… Ada yang beritahu urusniaga emas pun ada riba’ kalau bermain spot gold atau lock harga. Terlalu banyak fatwa dan terlalu banyak yang belajar dari internet.

Jadi biarlah dapat komisen yang terang-terang syarikat yang bayar. Harga naik atau turun ke kita tak ada kaitan pada harga itu. Sebagai contoh kelmarin harga RM174/gram. Sekarang dah RM178/gram. Ada yang bertanya tak boleh minta harga dulu ka…Dah kita pun namanya makan komisen. Bukan kita yang tetapkan harganya.

Anda pun dah tahu berapa dapat setiap kali orang beli emas. Sebab itu ia lebih memihak kepada pembeli dan bukan kepada pengusaha (Consultant). Maksudnya, kalau mereka tak beli pun Consultant tak kisah sebab banyak urusan dan leceh untuk memproses program hibah pelanggan ini.

Habis kalau sedikit kenapa sibuk buat? Memang benar, kalau nak untung lebih banyak benda lain boleh buat tetapi bila buat program hibah Emas ini, pertama sekali, ia mudah nak cerita dengan orang. Rata-rata bila cerita pada 10 orang, semuanya berminat tetapi masalah mereka pula fulus tak berapa nak ada.

Bila dapat seorang yang dah dapat hibah, ia ibarat Virus sebab dari dia akan merebak pada ramai orang yang nak sertai sekali sebab nak dapat hasil setiap bulan tanpa buat kerja. Itu yang jadi trend sekarang, labur duit dan duduk diam dapat duit. (4D).

Yang lainnya, dapat bina pengaruh kerana setiap consultant didaftar dibawah Persatuan Jongkong Emas Malaysia. Bermakna diiktiraf menjalankan urusniaga emas.

Walau apa pun perniagaan buat, tak kira emas atau bisnes makanan, yang penting tahu etika perniagaan seperti Jujur, amanah, setia….biarpun dapatnya sedikit tapi lama kelamaan ekonomi bertambah kukuh.

Nanti saya akan siapkan beberapa artikel tentang peluang sebagai Consultant. Wassalam…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

abuzar

April 7, 2011 at 1:53 am

shukran jazilan kathiran master kerana sudi meluangkan masa di ipoh…thaks di atas penerangan tentang program hibah..memang sempoi….akan follow lps ni beli emas….insyaallah…

Master Hadzrin

April 7, 2011 at 8:15 am

Ya tuan Jutawan HR …. masih pioneer di Ipoh ni… Siapa tak nak dia yang rugi tak simpan emas