30
Apr

KEMBALI DARI RECHARGE

Assalamualaikum. Alhamdulillah, baru sahaja pulang ke KL dari Pulau Pinang. Kebanyakan masa di atas jalan raya dan tak dapat nak menjawab SMS pemanggil apatah lagi nak buka laptop.

Ingatkan bila berada di Penang bolehlah nak buat perkongsian di Blog tapi bila dah sampai sana, sibuknya lain macam sikit. Bukan sahaja sibuk…line internet ke Laptop pun tak dapat nak buat kerja menaip.

Secara keseluruhan, memang seronok berada di negeri orang dan terus terang semasa di sana, cara pemanduan juga dah jadi lain. Dengan jalan raya yang sempit macam di kampung boleh bawak sampai 90km/j.

Kalau ada orang nak minta jalan memang jawabnya tak ada chance. Kat sana kena ada skill memandu yang luar biasa. Orang di depan kita boleh bila-bila masa sahaja nak buat U-Turn jadi kita kena ada skill untuk mengelak.

Itu yang buat saya berfikir….kalau nak sertai program pembangunan diri dengan mempositifkan diri memang susah di Pulau Pinang. Sebagai contoh program perubahan diri meminta kita selama 21 hari tidak mengeluh dan sabar.

Macam tu memang payah nak aplikasikan di Pulau Pinang. Di sebalik kenegatifan cara memandu ada positifnya di Penang. Dari segi makanan yang berlambak dan murah. Tak payah sebulan, seminggu duduk Penang memang boleh gemuk sebab hari-hari bedal Nasi Kandar dan Beriani Penang.

Seafood tak usah cerita…Kalau di KL atau di JB biasa kalau 6 orang makan kena belasah sampai RM200 – RM300. Tapi kelmarin dengan ikan dua ekoq kena dalam RM99. Kalau tengok malam penuh semua tempat makan. Mungkin penat merempit di jalan raya.

Di Penang ni saya berpeluang melantik beberapa orang Trader Emas yang mewakili belah pulau nu. Ada juga kongsikan beberapa tips untuk menambah stok emas dalam tangan. Seperti saya dulu bermula dengan duit USD dapat kumpul emas jadi berkilo.

Saya tahu, orang lain lebih hebat sampai berpuluh kilo yang diaorang simpan. Saya tahu sebab saya pun ada jual pada mereka baru-baru ni. Walaupun berada di Penang tapi rezeki Allah berikan dapat jual emas di Sabah, Kelantan, Terengganu, Kuantan dan Melaka.

Semuanya stok emas mereka saya pos dari Penang dan yang tak sempat saya pos Selasa nanti. Isnin ni cuti hari Buruh, pejabat pos atau ofis Courier bercuti.

Ada seorang Ustad hubungi saya dan tanyakan apa tips untuk berjaya dalam bidang emas. Saya bagitahu, pegang banyak emas. Maksudnya, lagi banyak emas yang kita pegang lebih banyak energi kekayaan yang ditarik.

Jangan letakkan semua emas kita di pajak. Itu serupa macam belum jadi hak milik mutlak. Sekurang-kurangnya dalam tangan masih ada pegang emas. Boleh buat tunjuk atau jual pada customer.

Stok yang ada dalam tangan dijual dan beli stok baru dengan keuntungan yang diterima. Tanpa disedari, dari stok 10gram lama-lama jadi berkilo kalau betul-betul kerja keras.

Peluang miliki emas masih terbuka luas lagi di Penang. Sebab ada yang terbeliak bila nampak emas jongkong. Maksudnya baru tahu emas ni boleh diniagakan atau boleh beli di kedai mamak nasi kandar.

Jadi bila dah jumpa peluang untuk dapat stok emas, jangan ditinggalkan sebab beli emas tak akan rugi melainkan beli ikan emas.

Apa komen anda

Kembali ke laman utama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*