25
Apr

KEKUATAN DOA KAWAN KITA

Hari ni saya ingin kongsikan apa yang ramai tak tahu kepentingan seorang kawan. Memang benar tak ada kawan yang nak kawan dengan kita tanpa sebab. Semuanya bersebab.

Contohnya, kawan kerana duit, kawan kerana bisnes baik MLM, insuran, Saham…kawan kerana harta benda, kawan kerana ilmu….Disebalik sebab dan faktor kejayaan kita juga banyak kait dengan doa kawan.

Kadang-kadang macam main-main aje untuk doakan kejayaan kawan kita sebab tak ada tujuan atau habuan. Selalunya kita fikirkan tentang diri kita. Jarang sekali kita fikir tentang orang lain contoh kawan kita.

Jarang sekali berlaku bila tiba-tiba terima duit selepuk RM1 billion kita akan mengagihkan dengan kawan-kawan kita sebaliknya kita mungkin akan rasa tidak cukup sebab bukan RM10 billion.

Alangkah seronok perasaannya bila dapat RM1 Billion dan kita jumpa balik kawan-kawan kita yang dulu susah sama-sama dengan kita atau yang tak puas hati dengan kita. Ya, yang tak puas hati dengan kita, kita pergi jumpa balik kepada dia dan bagi RM100,000. Selepas itu dari Tak puas hati jadi puas hati.

Kalau ada 1000 orang kawan yang diberi RM100,000 bermakna kita sudah habiskan RM100, 000,000 (RM100 juta), ada lagi RM900 juta. Jadi tak luak sangat pun kalau nak kongsi kekayaan.

Biar kita berangan dahulu sebab berangan itu satu doa. Tak salah dan tak mengarut kalau berangan yang besar-besar suatu hari nanti kalau kaya tu memang kaya sungguh. Cuma janganlah berangan besar tapi malas usaha.

Saya sendiri saksikan seorang kawan yang dulu susah sama-sama sehingga nak makan pun tak ada duit, minum air suam sahaja tetapi dah berangan jadi orang kaya. Panggil pun gelaran Dato TanSri…sekarang tengok…rumah dok banglo berjirankan orang-orang Kaya.

Nasib dia atau kebenaran berlaku? Inilah kelebihan bagi yang susah dan tak pernah mengeluh merungut atau minta simpati orang lain. Bayangkan lah kalau diri ini susah tetapi difikirkan seperti orang senang. Lama kelamaan jadi senang.

Jangan ingat hari ini fikir senang esok terus jadi senang. Ia makan masa bertahun atau berbelas tahun atau berpuluh tahun…bergantung pada kekuatan diri kita . Jika berbelas tahun hanya berangan lama kelamaan jadi kaya raya berbaloi menunggu ?

Itulah yang terjadi pada pemilik Hotel Hilton. Masa dia kerja sebagai kerani, dia tertarik pada satu gambar hotel. Lalu disimpan gambar itu di atas meja. Bila dia pindah kerja, dia akan tanggalkan gambar hotel itu dan pindah ke meja baru.

Dalam masa 15 tahun, dia sudah memiliki hotel yang sama seperti dalam gambar yang dia simpan. Sekarang ni siapa yang tak pernah nampak Hotel Hilton….dah ada beratus cawangan di seluruh dunia.

Megenai Doa kawan kita pula, sebenarnya doa kawan yang ikhlas akan cepat sampai ke langit dan dimakbulkan Allah. Sebagai contoh bila kita berdoa , ia mempunyai kepentingan peribadi tetapi jika kawan yang ikhlas berdoa , ia tidak ada kepentingan tetapi doa sebagai seorang kawan.

Selalulah berdoa untuk kawan anda kerana kawan akan mendoakan untuk kita. Tak akan adanya kita suruh kawan kita doakan untuk kita sahaja atau doakan dahulu untuk kita sebab itu dah bukan ikhlas.

Sama seperti jika anda nak orang lain senyum kepada anda, anda perlu senyum dahulu. Tak kiralah baik orang yang kita jumpa sama ada gangster atau ganaz, mereka akan balas senyum dan sampai hilang ketokohan gangster mereka bila senyum.

Lebih mustajab bila berdoa untuk kawan pada waktu 1/3 malam….disaat orang lain sedang nyenyak tidur, kita solat tahajud dan doa untuk kawan kita. Doanya lebih cepat sampai.

Kalau kita sedang mengalami kesukaran hidup, minta kawan kita doakan untuk kita dan kita doakan untuk dia. Sebab itu jika anda menyakiti kawan anda baik anda mungkiri janji atau pinjam duit tak bayar, doa mereka lebih cepat termakbul ibarat seperti mereka ni golongan teraniaya.

Itu yang kita susah sahaja sebab kawan-kawan kita doakan yang tak baik. Sebenarnya bukan berdoa mungkin berdendam. Bagaimana dengan musuh pula? Musuh di tempat kerja, rumah, taman….

Kalau musuh, doakan lah agar mereka boleh terima kita dan mulai persahabatan baru yang ikhlas. Ibarat macam main kutu juga, terima duit ikut giliran. Dalam doa kawan juga seperti ikut giliran. Jika ada 3 orang sahabat baik, pakat untuk sebutkan nama setiap orang untuk didoakan.

Kesimpulannya, doa orang yang tak ada kepentingan lebih cepat dimakbulkan. Carilah kawan anda untuk menjayakan program ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

ulamraja

April 27, 2011 at 7:41 am

semoga master terus mendapat rezeki yg melimpah ruah

Master Hadzrin

April 28, 2011 at 12:43 pm

terima kasih. semoga.Allah.berikan kejayaan buat tuan Ulamraja. Amin.

Ummi Aiman

April 29, 2011 at 5:52 am

terima kasih kerana mngingatkan…. semoga Allah panjangkan usia Sifu supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang….