03
Apr

IMAGINASI MASA DEPAN

Biar pun keadaan anda sekarang serba kekurangan, tidak ada sokongan, tidak ada pendapatan tetapi ada sesuatu kekuatan yang mampu dibina melalui kekutan imaginasi. Allah berfirman dalam Al-Quran : “Aku bersama sangkaan hambaku padaku, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya

Dalam hal kehidupan kita, kadangkala kita tak perasan atau ingat apa yang berlaku pada kita sekarang adalah apa yang kita fikirkan atau imaginasikan sebelum ini. Saya masih ingat lagi masa kecil dulu masa ikut orang tua ke Kuala Lumpur dari Johor lalu jalan kampung. Highway PLUS belum bina lagi dan masa perjalanan 9 jam.

KLCC tak ada, Mid Valley dan yang canggih-canggih tak wujud. Yang ada Tugu Negara, Muzium Negara, Masjid Negara. Itu pun dah rasa seronok bila datang KL. Terdetik dalam hati suatu hari nak bekerja di KL. Nah…sekarang, sudah menetap di KL.

Itu imaginasi yang mudah. Tapi kalau kebendaan, konsep yang sama. Perkahwinan pun sama sebenarnya. Sebagai contoh, berangankan isteri atau suami yang lucu…maka dapatlah seorang isteri atau suami yang lucu…Contoh sahaja ni…

Inilah kelebihan kita yang Allah sudah berikan tetapi masih ramai yang berfikiran lemah dan bergantung terhadap sesuatu yang ajaib. Seperti bila keadaan tersepit dan tertekan, dapat duit dari pinjaman dan itu sahaja yang difikir. Hanya fikir nak tambah hutang biarpun sudah blacklist.

Sepatutnya perlu fikir dan berimaginasi , perkara mudah dan bukan fikir masalah atau hutang. Fikirkan dan berangan anda sudah mempunyai perniagaan yang besar. Tak ada had untuk anda berangan. Bayangkan anda seorang pemimpin dalam syarikat. Bayangkan apa jenis baju yang anda pakai, kereta apa yang anda pakai…rumah apa yang anda duduk.

Mana lebih menyeronokkan? Gunakan masa untuk fikirkan masalah atau tekanan kehidupan anda sekarang atau memikirkan apa yang anda ingin jadi di masa akan datang. Dan yang mana satu susah?

Orang bertanya pada saya bagaimana nak mula dan bagaimana nak dapat capai apa yang kita berangankan. “JANGAN BANYAK SOAL TETAPI TERUS MULA IMAGINASI (BERANGAN).”

Nabi SAW pernah bersabda, Berangan itu satu doa. Dan kebanyakan berangan yang dibuat tercapai. Para-para sahabat Nabi SAW dahulu berangan untuk Mati Syahid. Adakah itu juga impian kita?

Setiap malam, selesai solat Sunat Taubat dan Hajat, duduk sejenak di atas sejadah dan pejamkan mata anda dan tarik nafas perlahan-lahan lalu anda bayangkan 5 tahun lagi bagaimana yang anda nak jadi kan diri anda dan keluarga anda.

Apa yang saya berangan 5 tahun dahulu sekarang sudah tercapai. Baik dari segi kerjaya, kenalan, keluarga, rumah, semuanya apa yang saya berangan dahulu. Saya bukan yang jenis Talk is Cheap. Apa yang saya kongsikan adalah apa yang saya sudah lalui.

Jadi berhenti dari mengeluh dan mengadu nasib pada orang lain sebaliknya mulai mencari ilmu dan berangan…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

suhaimi aim liza

April 4, 2011 at 8:12 am

Alhamdulillah, Alllah maha mendengar.
Aku bersyukur apa yg aku angankn selama ini Allah telah makbulkan. Mudah-mudahan aku menjadi insan yg lebih bersyukur dn btakwa.

Master Hadzrin

April 4, 2011 at 11:03 am

Amin Ya Robbal Alamin…

azuaniwan

April 4, 2011 at 1:06 pm

tendai boleh!

Master Hadzrin

April 4, 2011 at 4:38 pm

yes azuan…sudah tamat latihan grand master?

norimin

April 5, 2011 at 2:02 am

selama ni sy beranggapan panjang angan2 ni tak baik,dgr ustaz2 mengajar kat surau..rupa2nya sebaliknya..terima kasih master atas perkongsian..solat sunat taubat dan hajat tu sebaiknya dilakukan bila?sy nak berangan ambil master tendai..hihi

khairi

April 5, 2011 at 2:29 am

angan2 nak bljar tendai peringkat master lak..

    Master Hadzrin

    April 5, 2011 at 2:48 pm

    tingginya angan2..
    hehe