13
Apr

EMAS BUKAN DILABUR TETAPI UNTUK DIGUNAKAN NANTI

emas 1 gram

Hari ini , saya menebus semula 120 gram yang dipajak di Ah Rahnu. Masa tu jam 4 petang sampai di Bank. Pihak Bank cakap urusan di Ah Rahnu dah tutup.Bila saya cakap saya nak tebus emas saya baru mereka setuju untuk berurusan.

Bukan apa, sebenarnya pihak Bank dah tak ada duit untuk diberi bila dah cagar emas dengan mereka. Nak tebus takpe sebab mereka tak perlu nak keluar duit sebaliknya dapat duit.

Ramai yang berminat nak join Program Hibah sejak saya promosikan. Boleh dikatakan setiap hari submit permohonan pelanggan emas hibah. Tapi bila disebut sahaja nilai yang berbaloi untuk dapat hibah emas paling kurang pun kena beli 100 gram (RM17,900) ikut harga sekarang….ramai yang telan air liur kempunan.

Tak ramai yang ada tunai banyak di bank. Begitu juga saya dahulu. Sebab bila ada duit ada sahaja yang ditarik nak buat pakai. Tu yang bertukar falsafah….daripada simpan duit banyak-banyak dalam bank, baik beli emas. Alhamdulillah, nilai emas dah meningkat dan jumlahnya pun bertambah…kalau dulu simpan duit tunai tak lebih dari RM50,000.

Itu yang saya syorkan kepada sesiapa yang berminat untuk beli emas kecil-kecil dahulu. Sekecil 1 gram pun ada. Berbanding nilai emas semasa, 1 gram lebih mahal disebabkan proses untuk bikin emas tersebut lebih halus. Harga bagi 1 gram sekarang antara RM220-RM250. Kalau ikut harga pasaran nilainya tak sampai begitu. Dan 1 gram ni bukan senang nak dapat.

Jangan bimbang kalau tak dapat join program hibah. sekurang-kurangnya anda ada emas. Beli dulu sedikit tak mengapa. Apa-apa info boleh jenguk di www.hadzrin.com/emas

Kalau tak beli 1 gram pun takpe. Beli yang ratus gram kalau nak jimat dan untung. Walaupun mahal tapi lebih baik dari tak beli langsung. Suatu masa nanti, kita sudah tidak menggunakan wang kertas untuk berurusan. Sebaliknya menggunakan emas dan perak sahaja. Dalam hadith Nabi SAW pun ada menyatakan hal ini.

semua orang menunggu harga emas naik tetapi sebenarnya bila harga emas naik dan semakin naik bermakna nilai duit kertas semakin turun dan turun sehingga tiada nilai langsung dan kegawatan ekonomi akan berlaku. Itu yang timbul revolusi Wang Digital…. (akan datang saya kongsikan hal ini.)

Diari semasa di Papa rich menunggu kenalan dari Mindef…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

khairi

April 14, 2011 at 6:24 am

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Master Hadzrin

April 14, 2011 at 10:15 am

begitu lah ceritanya pasal emas sekarang…beli emas tak kan rugi punya..