18
Apr

BUAT APA JUA KERJA ASALKAN HALAL

Hari Ahad ni saya bawa keluarga ke Sunway Piramid untuk cari HandPhone untuk anak yang berumur 2 tahun.

Dulu masa saya 2 tahun mana ada handfon. Zaman umur 25 tahun baru handfon dicipta.

Bukan apa, supaya anak tak perlu nak kacau  ayah dia punya handfon lagi. Kalau tak entah siapa-siapa sahaja dia hantar SMS atau Call.

Sampai yang ada ingat saya hantar mandrem sebab tak paham perkataan yang di SMS oleh anak.

Jadi saya belikan dia Samsung Tab. Senang untuk ajar dia download siri Alif Ba Taa dari You Tube atau orang mengaji. Paling suka dia tengok Cartoon Mr Bean. Zaman sekarang budak-budak dah advance boleh guna touch screen.

Kira bagus juga fungsi Samsung Tab ni . Boleh dengar orang Azan bila waktu sembahyang. Kalau dulu harganya RM2,600. Sekarang dah jadi RM999. Sama macam nilai emas.

Semasa di Sunway Piramid, di satu sudut jalan ke surau ada satu kedai gula-gula yang ada patung maskot warna oren. Di sebelah patong oren itu ada seorang makcik yang sentiasa duduk di sebelah patong itu.

kisah benar

Saya perhatikan sahaja di tempat duduk hadapan kedai itu sementara menunggu isteri solat Asar.

Bila Makcik tu datang dan duduk di tempat sofa yang saya duduk , tiba-tiba ada seorang pengunjung kedai gula-gula itu menonjol-nonjol kepala patong oren yang besar dan berat tu.

Makcik tu pun bertempik, “Kau tonjol-tonjol kepala anak aku! Ini mak dia yang bayar duit zakat fitrah!”

Orang yang menonjol-nonjol kepala patong oren itu buat selamba belah dari situ. Patong Oren tu rupanya anak Makcik tu… Patut lah dia dok diri berjam-jam kat situ. Dia takut anak dia kena tolak tolak kepala.

Saya pun tegur makcik tu. “Anak Mak cik yee…?” Saya buat-buat tanya padahal dah tahu…

“Ya anak makcik…umur baru 13 tahun.” Makcik tu jawab.

“Haa? Baru Form 1!?” Saya jadi pelik…Yelah pelik sebab boleh dapat kerja pulak bawah umur. Macam buruh kanak-kanak.

“Biasalah dik….nak cari kerja halal. Makcik hari minggu ginilah temankan anak perumpuan makcik kat sini pakai baju patong tu.”

“Apa ?! Anak Perumpuan ? Form 1 ?!”

Saya jadik jakun kejap. Biasa umur 13 tahun mana ada pikir nak cari duit atau nak kerja. Biasa time ni dah mula sibuk angau cinta monyet. Kalau budak ni dah ada boy fren pun rasanya boyfren dia tak sanggup nak mengaku tu makwe dia.

Ada juga saya fikir….macamanalah budak tu dah besar esok cerita dengan anak cucu dia yang dia dulu kerja pakai maskot patong oren yang berat dan panas tu.

“Budak lelaki mana nak buat kerja macam ni dik.” Makcik tu cakap lagi…

Saya dulu cari jugaklah peluang-peluang kerja pakai custom begini . Kerja senang. Kacau-kacau orang je. Saya pun tanya, ” Berapa gaji anak makcik dapat?”

“Dapatlah RM90…” jawab Mak Cik tu.

“Oooo…RM90 sejam…” sangka saya. “Bukan….RM90 selama sehari 10 jam bekerja.”

Saya dengar terkejut sambil istighfar….” Takpe Dik….budak-budak pun suka dapat duit boleh beli baju sekolah, kasut, alatulis. Hujung minggu dapat duit.” kata Makcik tu.

“Dah lama Anak Makcik kerja ni?”    

” Sejak dari tahun lepas lagi. Sebelum ni di Tropicana Jusco. Sekarang di sini cawangan baru. Makcik pun duduk di Sungai Buloh tak ada kenderaan naik bas sahaja.”

“Uiihh..Jauhnya Kak.” Makcik tu pun sebenarnya konfius. Kejap saya panggil akak…kejap makcik….Sebab saya pun tengah konfius. Konfius ada seorang anak yang sanggup bekerja dalam kepanasan pakai baju Maskot berat Patong yang kepala besar selama 10 jam untuk dapat RM90 sahaja.

Masa saya sedang berbual-bual dengan Makcik itu, tiba-tiba datang seorang lelaki arab yang sedang mendukung anaknya lalu mengayunkan kaki anaknya ke kepala besar patong oren yang di dalamnya anak makcik berumur 13 tahun itu.

“HEEEIIYYYY!!!” Mak cik tu menjerit sampai riuh kawasan kompleks tu. Kalau orang tak tahu, mungkin ingat perumpuan gila yang menjerit tak tentu pasal padahal dia marah sebab anak perumpuan 13 tahun dilakukan sampai begitu sekali.

Bila dah terlalu ramai orang, macam-macam perangai ada. Bagi Si Arab tu, ia satu benda yang kelakar. Bagi kita yang dah tahu, cuba bayangkan anak kita yang masih sekolah lagi sanggup gadaikan usia remaja dengan mencari duit kerja susah payah macam tu dok pakai baju panas.

Sebab itu kita sebagai bapa atau ibu, jangan selalu memikirkan masalah kita sekarang tapi sentiasa bersyukur bahawa susah macam mana pun kita, orang lain lagi susah.

p/s : Masa nak  balik, saya minta tolong MakCik tu ambikan gambar kenangan.

APA YANG ANDA NAK KOMENKAN TENTANG HAL INI…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Din

April 18, 2011 at 11:54 pm

Sedih la baca cerita ni:(

norimin

April 19, 2011 at 4:07 am

bersyukur dengan apa yang allah bagi kita sekarang..selalu memandang ke bawah membuatkan kita bersyukur..

abdul rahim

April 19, 2011 at 11:35 pm

ahlan wa sahlan

tam81

April 20, 2011 at 3:12 am

Sedih sangat..

suhaizat

April 20, 2011 at 4:18 am

Alhamdullilah bersyukur dgn apa yg ada.