25
Dec

Perayaan Yang Boleh Disambut.

25 haribulan Disember jatuh pada hari Jumaat. Dalam Khutbah Solat Jumaat hari ini khutbah pak Imam sampaikan di masjid antarabangsa memang lain daripada yang lain. Sebab khutbah textnya tidak mengikut khutbah-khutbah di masjid -masjid lain. Pak Imam nya seorang wargenegara US dan sedang meneruskan pengajian MBA di Universiti antarabangsa ini.

Walaupun khutbah dalam bahasa Inggeris tetapi penyampaiannya penuh dengan pengisian tentang mengenali Islam, mengenali Allah dan mengenali agama Kristian. Semua maklum hari ini semua penganut Kristian menyambut perayaan Krismas. Sebagai umat Islam, kita tidaklah sambut perayaan itu tapi sambut cuti kerja cukuplah. ( Time cuti lah yang boring sikit…kalau si keegan dia boring pasal pejabat pos tutup).

Dalam hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Daud mengatakan Rasullullah SAW bersabda jika umat Islam menyambut perayaan yang selain perayaan dibenarkan oleh Allah maka mereka itu tidak ada beza dengan orang bukan Islam. Di saat orang melakukan solat jumaat , ada antara orang Islam mengikuti perayaan Krismas dengan melihat persembahan sempena Krismas, pergi ke rumah rakan-rakan yang menyambut Krismas dan sebenarnya mereka tidak tahu bahawa perbuatan ini salah dalam agama.

Sebaliknya dakwah yang perlu dilakukan kepada mereka yang bukan beragama Islam dan bukan menyambut perayaan mereka. Sebenarnya semua orang Kristian tidak faham maksud Krismas atau agama mereka. Mereka menganggap Jesus adalah anak Tuhan dan kita sebagai orang yang beriman tahu bahawa Allah itu pencipta dan manusia atau makhluk itu Hamba. Pencipta tidak perlukan keluarga seperti manusia. Mereka mengganggap Jesus anak Tuhan kerana dia tiada bapa.

Kuasa Allah Taala tidak boleh dibayangkan dengan fikiran kita. Allah hanya JADIKAN sahaja dengan Firman KUN FAA YAA KUN ( Jadilah )…maka jadiklah Nabi Isa ( Orang Kristian anggap Jesus) lahir ke dunia tanpa bapa. Kuasa Allah Taala hebat dan Allah jadikan Nabi Adam tanpa ibu dan bapa. Allah jadikan makhluk-makhluk hebat seperti malaikat dan planet-planet. Semuanya tak perlulah pertikaikan kelogikan akal manusia kerana akal manusia hanya terima hakikat ada anak, maksudnya ada mak dan bapak.

Perayaan Krismas disambut dengan penyediaan pokok krismas yang sememangnya dalam kitab Bible mereka mengutuk perbuatan itu. Dalam Bible tersebut mengatakan mereka melakukan satu pekerjaan yang sia-sia dengan mengambil pokok di hutan dan menghiasi dengan barang barang dan memuja pokok tersebut. Sebenarnya mereka keliru yang mana satu harus disembah.

Hari Krismas jatuh pada 25 haribulan Disember dimana tarikh ini sebenarnya waktu matahari terbit dari ditutupi awan dan mereka menganggap Tuhan Matahari mereka sudah muncul. Kini mereka menyembah matahari pula. Mereka sebenarnya keliru, mana satu mereka harus menyembah.

Kita patut bersyukur kerana kita sungguh jelas dan kita hanya menyembah Allah SWT dan kita bukan menyembah Nabi kerana kita tahu Nabi Muhammad juga adalah Hamba Allah dan manusia seperti kita tetapi manusia yang teragung. Sebab itu jika letak nama anak Abdul Rasul memang dikutuk oleh Rasullullah sendiri kerana Abdul Rasul bererti Hamba Rasul.

Apabila kita faham kedudukan kita, pegangan kita dan keyakinan kita, Allah hanya menerima agama Islam sahaja yang agama Allah turunkan dan tidak ada lagi agama lain. Sebagai umat Islam , kita boleh menyampaikan teguran atau bimbingan kepada rakan-rakan bukan Islam kita kerana itulah yang ditugaskan oleh Allah kepada kita di dunia ini. Dakwah yang perlu kita lakukan selain dari membimbing keluarga kita.

Hari ini di Amerika Syarikat hanya mempunyai 500,000 penganut agama Islam sedangkan rakyat Amerika mempunyai 240 juta. Kita bukan nak jadi pendakwah tetapi sebenarnya itulah tugas dan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Kita tidak mahu dipersalahkan semasa di padang masyhar kerana setiap kemungkaran yang kita lihat kita disuruh menegur atau paling lemah menegur dalam hati, bukan terikut-ikut dengan budaya orang bukan Islam.

Semoga post kali ini kita mendapat sedikit pengisian dan Semoga Allah membuka hati kita dengan Ilmu-Ilmu Allah yang luas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*