27
Nov

Pahala Untuk Dijual ??

Masa jalan-jalan dekat pudu raya, terjumpa satu kitab yang dicetak kali terakhir pada tahun 1989. Terbitan dari Jawa Tengah.

Selama ini, semua orang tahu bahawa Allah SWT itu Maha Pemurah tapi tak sedar akan peluang yang dibentang seluas-luasnya kepada kita semua dan tidak rebut seperti orang-orang alim.

Dalam kitab yang saya baca itu, ada satu kajian yang dibuat terhadap manusia zaman sekarang dengan membahagikan kepada 2 pilihan. Yang pertama memilih duit harta kekayaan dunia dan kedua pilih pahala.

Dalam kumpulan manusia yang dikumpulkan itu, lebih ramai yang memilih duit, harta kekayaan dunia berbanding pahala. Yang pilih Pahala bagus Alhamdulillah tetapi seikhlas mana pilihannya itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Hidup zaman sekarang segala-galanya perlukan kos. Bangun dari tidur terus ingat hutang sana – sini. Hutang Kereta, Rumah , Sewa, TV, Perabot, Hutang belajar, Saman itu saman ini…Belanja anak sekolah, bini minta duit…Dan Duit sahaja yang difikirkan.

Ya, Pahala hari ini tak nampak dan kegunaannya belum lagi. Semua manusia tidak tahu berapa banyak amalan yang sudah dikumpulkan sepanjang hayatnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Tak tahu sama ada pahala lebih banyak atau lebih sikit dari dosa.

Bila saat memerlukan Pahala ? Bila dah sampai masanya semua makhluk dihidupkan semula di padang mashyar nanti. Waktu itu yang buat kita semua hidup selesa hanya lah dari amalan kita iaitu pahala. Bayangkan hari ini kalau ada 20 sen dalam poket nak beli nasik buat makan memang lah tak cukup. Tapi masih senang lagi, sebab kalau tak ada duit boleh carik kerja minta projek atau pinjam siapa-siapa nak buat duit makan.

Tapi bayangkan bila di akhirat padang masyhar…bila pahala kita sedikit, pastinya kita disana dalam keadaan kelaparan , dahaga dan kepanasan kerana hanya pahala sahaja bekalan makan minum kita. Dan yang lebih menakutkan, kehidupan waktu itu bukan 10 tahun, 20 tahun, 40 tahun atau 100 tahun. Dalam banyak-alam yang semua makhluk akan tempuh , alam yang paling lama selepas alam dunia ialah alam di padang mashyar.

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui kerana setiap makhluk termasuk jin dan manusia akan dihisabkan dari zaman nabi Adam sehingga yang hidup hingga zaman hari kiamat. Bayangkan, setiap makhluk akan dihisap seorang demi seorang dan kita semua akan melihat tayangan perbuatan kita semua semasa hidup…betapa lamanya Ya Allah…. Sehingga terseksa begitu lamanya di padang masyhar sehingga ada makhluk yang sudah tidak tertahan lagi menunggu dan sanggup nak dimasukkan ke neraka dahulu …yang padahal di neraka lagi Dasyat berjuta kali ganda teruk berbanding di padang Masyhar.

Bayangkan lah ketika itu jika kita tiada amalan dan tiada sibuk mengumpul pahala semasa hidup kita di dunia. Apa kita tertanggung hidup kita (kehidupan di padang Masyhar ) waktu itu…jika waktu itu kita hidup seperti orang miskin maka tersangat lama lah kita orang miskin disana padahal waktu didunia mungkin kita kaya raya atau mempunyai pangkat yang besar.

Jika didunia kita merungut tak ada duit, kita boleh ubah keadaan kita dengan berusaha dan dapatkan duit. Tapi jika waktu kita di padang mashyar, segala-galanya telah ditetapkan bahawa kita akan berkekalan seperti kita waktu itu sehinngalah ditentukan penghisaban kita sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sangat beruntung orang yang semasa hidupnya dah nampak hala tuju dan masa depan mereka sebenarnya  dan mereka inilah orang-orang yang beriman kepada Allah. Bagi mereka, dunia ini adalah ujian untuk mendapat kejayaan di akhirat. Berusaha di dunia untuk mendapat Rahmat dari Allah. Mengumpul kekayaan dunia untuk banyak amal jariah bagi bekalan akhirat.

Jika Allah SWT memberi peluang kepada semua makhluk untuk membeli pahala, siapa yang nak membelinya ? Dan jika nak beli satu pahala yang sangat berguna di akhirat kelak yang mungkin nilai satu pahala itu bernilai satu billion di padang mashyar atau akhirat, adakah ada orang yang nak beli ? Tentu sekali ! Dan jika harga satu pahala ialah RM1 billion ? Mampukah untuk membelinya ? Hanya Billionaire sahaja yang boleh… Jutawan belum boleh lagi. Itu baru satu pahala belum spuluh pahala. Kalau sepuluh dah harganya RM10 billion !

Tapi Allah Maha Pemurah. Allah tak mahu pun duit kita. Allah beri pahala kepada hambanya dengan hanya menyuruh hambanya berzikir, bertasbih dan melakukan kebaikan yang tidak keluar modal satu sen pun….Mashya Allah…. Allah SWT bagi pahala kepada hambanya dengan hanya selalu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah…hanya berbuat demikian , hambanya yang solleh menjadi orang yang paling hebat dan senang di akhirat.

Bukan itu sahaja, Allah telah sediakan Mahligai yang lebih besar dari bumi dan kenderaan – kenderaan yang dashyat lebih dashyat dari kereta Ferrari atau Bentley…yang kelajuan kenderaan itu lebih laju dari kelajuan cahaya… Semua ini Allah sediakan untuk hambanya yang bertakwa dan beriman. Tak perlu nak bayar downpayment atau instalment. Hanya perlu ingat kepada Allah dan takut kepada Allah !

Kenapa Allah sediakan semua ini? Kerana Allah Maha Pemurah ! Allah Maha Penyayang ! Allahuakbar !Masa Depan yang cemerlang bila kita dapat melakukan ibadah termasuklah kerja kita sebagai ibadah untuk mendapat Rahmat dari Allah. Masa Depan yang sebenar ialah kejayaan di kehidupan selepas ini. Kehidupan yang tiada noktah. Kehidupan yang bersenang lenang selepas bersusah payah melakukan ibadah semasa hidup dalam masa sama orang lain bersenang lenang dan sibuk mengejar kekayaan dunia.

Alangkah indahnya jika kita dapat selami dan hayati sifat Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih. Alhamdulillah, Allah sayang dan kasihkan kita kerana memberi kita kesedaran untuk memilih yang benar baik untuk kita dan mengingatkan kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang akan menyusahkan kita di akhirat.

Saya mengingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, jika Allah bagi kita susah bermakna Allah Sayang kita dan disaat itu sebenarnya kita menguatkan iman kita dan insyaAllah, waktu itu kita sebenarnya sedang membina kekayaan yang Dasyat sekali di akhirat dengan izin Allah. Sebab itu, kita selalu bersyukur walaupun waktu itu kita ditimpa masalah atau musibah. Sunnguh beruntung bagi orang-orang yang tahu akan rahsia ini. Bila kita selalu bersyukur dan tidak mengeluh, pastinya didunia juga kita akan bangkit semula. Allahuakbar ! Allah Maha Penyayang.

Saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat untuk melakukan perkara yang Allah sangat sayang dekat kita iaitu selalu mengingatinya di saat kita senang dan kita susah. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*