12
Sep

WEALTH FILE 1 : Orang Kaya percaya ; Saya yang jadikan diri saya !! Orang Miskin Percaya ; Dunia yang jadikan diri saya !!

Jika anda nak bina kekayaan, anda kena bayangkan seolah-olah anda sedang memegang steering kehidupan anda. ( suka hati lah nak pakai steering jenama apa).Ni penting kalau nak berjaya dalam kehidupan atau kewangan.

Kalau anda tak percaya ni, maknanya anda ada sikit saje atau tak ada langsung keupayaan nak kawal kehidupan anda apa lagi nak kawal kewangan anda. Ni bukan attitude orang kaya.

Saya selalu nampak beberapa kumpulan orang termasuklah orang kita duduk di restoran berbincangkan tentang nombor loteri yang bakal naik. Setiap hari kalau makan dekat restoran tu mesti nampak muka orang -orang yang sama duduk berbincang pasal nombor. Saya tak nak bagitahu nama kedai restoran tu tapi sebelah restoran tu memang ada kedai loteri dekat taman daya.

Diaorang ni antara player nombor la sebab saya tengok dari pagi sampai petang aktif duduk situ tengok nombor. Diaorang percaya mereka boleh jadi kaya bila ada orang lain yang pilih nama diaorang dengan nombor yang diaorang pilih! Bukan mereka sendiri yang pilih kehidupan mereka sendiri.

Anda perlu percaya yang hanya anda sahaja yang tentukan kejayaan anda. Bukan orang lain atau bergantung pada nasib. Kalau anda susah ke, senang ke, berjaya ke, gagal ke tu semua anda yang jadikannya. Orang miskin lebih rela jadi mangsa keadaan dan bila mereka gagal, mereka akan salahkan ekonomi lah, salahkan politik, salahkan negara, salahkan cuaca, salahkan kereta, menyalahkan Tuhan, Masya Allah….patut lah kau ni miskin, Tuhan pun kau salahkan…Apa yang saya cakap tadi, orang miskin “rela jadi” mangsa keadaan, BUKAN mereka ini mangsa keadaan.

Kenapa orang miskin tak boleh jadi kaya.Sebenarnya mereka ni sangat pro dalam menyalahkan orang lain atau benda keadaan lain. Kalau anda nak ukur kejayaan seseorang, lihat cara mereka, berapa kali mereka menyalahkan apa-apa yang bukan disebabkan diri mereka.

Pegangan hidup sangat penting kalau anda nak percaya. Contohnya orang miskin selalu fikir alaa…buat apa nak banyak-banyak duit, nanti jadi riak , sombong berlagak… Hello kawan, patut lah Allah tak jadikan kau kaya sebab dah itu pegangan hidup kau, bila banyak duit je nak berlagak.

Apa yang saya perhatikan , orang yang banyak duit, makin banyak duit dia makin merendah diri dan makin banyak buat amalan sedekah, jariah, zakat. Makin suka tolong orang. Sebab itu Tuhan jadikan mereka kaya dan terus kaya.

Ada juga orang miskin pegangan hidupnya cakap duit tak penting, yang penting kasih sayang. Kalau macam tu, confirm orang ni memang tak ada duit. Ye lah, cuba bayangkan cakap dekat isteri atau suami macam tu, “awak ni tak penting…” tu yang lama-lama isteri atau suami pun lari sebab rasa tak penting…duit pun macam tu juga.

Yang penting kasih sayang? cuba bayangkan bila sakit kena masuk hospital. Dekat kaunter nak bayar bil hospital anda bayar guna kasih sayang. Cakaplah dekat kaunter tu duit tak penting yang penting kasih sayang. Nak buka akaun bank pun cakap dekat kaunter saya nak simpan kasih sayang sebab duit tak penting. Nak buat pinjaman kereta , rumah, pakai kasih sayang…Kawan, buang cepat2 pegangan minda miskin tahap dewa ni!!

Akhir sekali, jangan dok complain. Kalau selalu komplen confirm orang yang komplein tu sebenarnya lagi teruk. Contohnya complein pasal tempat kerja lah, tak puas hati lah…saya pantang bila orang ashik mengadu atau komplen cakap tak ada duit . Relax la…lagi cakap atau komplen tak ada duit lagi takada lah jadik. Bukannya mengadu lepas tu terus duit datang kesian dekat orang tu sebab mengadu aje.

Paling bagus mengadu pada Tuhan, minta dilimpahi duit yang banyak dan pendapatan yang tidak disangka-sangka. Kalau manusia yang hebat Tuhan boleh cipta apalagi kekayaan. Minta pada Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Azizeil Hameid

January 7, 2010 at 6:50 am

Restoran dan kedai no tu dekat2 dgn Maybank ke, en P A Gaban.. Kalau ye.. nm resporan tu, D’ **m, kan.Jgn slh sgka, sy x prnh pun gi kedai no tu @ mne2 kdai no dlm dunia ni.kdai no plet tu prnah la..ekekekeke. en gaban dulu ddk tmn daya ke..? Sy dulu prnh ddk flet tmn daya (jalan enau, klu x silap) kjp mase bujang dulu, & skitar kangkar tebrau antara thn ’99 – ’04

Azizeil Hameid

January 7, 2010 at 7:05 am

memang betul ape yang Encik Pulis Angkase Gaban ni cakap, wahai rakyat jelata sekelian..
& janganlah kamu mendekati judi yg jelas haram,bertaubat jike kamu pernah terjebak.jike tidak, silap2 buleh rosak aqidah kerane mgharapkan kpd no yang kamu sendiri boleh tuliskan & boleh kamu sendiri padamkannye,bukan mengharapkan kepade Tuhan Yang Maha Kuasa..

Muhammad

January 8, 2010 at 4:22 pm

Panggilan Gaban saja sudah memadai…. 🙂 itu pun sudah terlebih friendly. Yg lebih dari itu dikira sudah telbih-lebih..

serizawa

January 10, 2010 at 1:25 pm

ada yang kena guna-guna oleh tuan guru sampai perut jadi buncit….hahaha