02
Sep

Bagaimana Nak Dapat Kereta Impian Guna Subconsious Mind ( Minda Separa Sedar )

Kali ni, saya nak share teknik yang saya dah buktikan berjaya untuk pakai kereta impian saya BMW 525i M-Sport . Yes! Special untuk anda pelawat hadzrin.com.

Kalau tak guna teknik ni mustahil anda boleh pakai kereta impian anda. Kalau boleh pakai, pastinya ambik masa bertahun-tahun lama. Dengan teknik saya ini, bergantung besar mana kereta impian anda. Lagi mahal lagi ganas ambik masa lama sikit. Paling lama setahun. Contohnya anda jangan haraplah nak pakai ferrari tapi sebulan nak pakai. Kirim salam lah….

Caranya hanya perlu setting dalam minda separa sedar anda. Peralatannya ialah gambar kereta impian anda ( ingat! jangan letak banyak -banyak kereta macam letak kerta BMW, Mercedes, Ferrari, Porche…FOKUS satu sahaja…tahulah nafsu kuat!)

Anda letakkan gambar tersebut di depan katil tidur anda. Kemudian, peralatan kedua ialah lampu suluh. Cara guna lampu suluh, setiap malam anda tidur , anda set masa jam 2-3 pagi. Anda bangun kemudian ambik lampu suluh dan tembakkan ke gambar kereta impian anda. Buka lampu sebanyak 3 kali. Anda buka 3 saat kemudian tutup 3 saat dan teruskan proses 3 kali.

Sudah buat begitu anda tidur. Setiap malam anda lakukan begitu. Mudah kan ? Tapi seelok-eloknya anda bangun buat solat sunat hajat dan tahajud.

Lakukan proses ini sampai anda dapat kereta impian anda. Macam saya cakap , bergantung pada kereta apa yang anda nak pakai. Contoh ferrari ambik masa lama lah melainkan anda memang anak tan sri atau anak sultan brunei, malam ni buat esok dah boleh dapat.

Bayangkan, saya seorang yang blacklist, simpanan tak ada, kerja tak tentu tapi boleh pakai kereta BMW 5 series. Bukan riak tapi nak buktikan yang teknik ini berkesan. Saya boleh jual teknik ini dengan harga RM100 dalam bentuk DVD. Tapi anda saya ajar tips ini percuma. Kalau anda belajar ISP lagi power untuk capai impian anda sebab ia gabungkan kuasa minda dan tenaga dalam anda! Ya, ISP boleh bangkitkan dan guna tenaga dalam untuk capai impian!

Selamat mencuba…Bila dah berjaya pakai nanti jangan lupa bagi tahu saya, boleh ambik gambar sama-sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

farra

September 4, 2009 at 1:16 am

tgh buat ape yang cik gaban ajar…mudah2an termakbul..amin

Zoelhilmi

September 11, 2009 at 5:50 am

Salam bos, minta lebihkan penerangan. Rasa nak tau tu membuak-buakla..hehe

Sulaiman

September 11, 2009 at 5:41 pm

tak susah…kacang je bagi yang tahu.

Syukri

November 19, 2009 at 7:09 pm

Mana datangnya kereta tu kalau tak dengan usaha, apa usahanya pulak tu?

AZLI

July 12, 2010 at 2:11 am

salam…

wah!!! teknik yg bagus..sy tak lah target bmw atau mercedes…cukuplah sy akan mulakn dgn kia forte dulu..dh dpt nnti kete tu,baru saya gunakn teknik ni utk dpatkn bmw plak….semoga sy success….

azmi

January 15, 2011 at 1:36 pm

bleh tahan gak idea ni
lawak pon ader sket2………..he3x

tubbies

February 2, 2011 at 4:15 am

master….nak kena tido dulu baru bagun ke? kalo bukan pukul 2-3 boleh waktu lain?

fazid ahmad

February 5, 2011 at 6:17 pm

tahun ni giliran saya pulak!

Juara Emas

June 28, 2016 at 1:43 pm

saya tembak 5series jugakk!