Bismilahirahmanirahim, Alhamdulillah hari ini adalah hari yang keempat berpuasa dan di atas kesempatan ini saya ingin mohon maaf kepada para pembaca blog hadzrin dot com. Pagi ini sewaktu selesai solat subuh berjemaah di surau, saya mendapat tazkirah yang mengatakan tentang doa orang yang dikabulkan ada 3 golongan :
1) Doa orang yang berpuasa sehingga dia berbuka
2) Doa seorang pemimpin yang adil
3) Doa orang yang dizalimi.
Allah berfirman setiap kali orang yang tersenarai di atas berdoa maka doanya akan dinaikkan ke langit terus dan akan dimakbulkan dalam masa terdekat. Jadi sempena bulan puasa ini, mari kita sama-sama banyakkan berdoa. Jangan minta pada makhluk tetapi minta pada Allah Maha Pencipta dan Maha Pemberi.
Di post-post saya yang sebelum ini ada sekali saya ingin kongsikan formula kejayaan 100%. Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak menjadi Jutawan, Nak berjaya bisnes, Nak buat duit banyak, nak kumpul duit kahwin, nak orang pandang tinggi….jadi, ini satu amanah untuk saya kongsikan apa yang saya tahu.
Nabi Muhammad selalu beritahu, jika nak berjaya dunia perlu ada ilmu, nak berjaya akhirat juga perlu ada ilmu dan kalau nak berjaya kedua-duanya juga perlu ada ilmu. Sehingga sekarang kalau orang bertanya kepada saya : “Kerja apa?” Saya masih tak tahu nak jawab apa. Nak kata tak kerja pun boleh, nak kata kerja main-main pun boleh.
Kalau orang lain mungkin boleh kata kerja kerani, kerja bank, akauntanlah, kilang, kanten, polis, askar, kerja kerajaan,…kalau saya disoal tetang kerja…sebenarnya saya juga ada banyak kerja tu yang confius nak bagitahu yang mana satu. Jadi sebagai hamba Allah, kadang-kadang saya jawab saya sebagai “Pencari” atau “Seeker”.
Read more…
Recent Comments