Archive for the ‘Kewangan’ Category
| 10 May |
ADA RUMAH ATAU TAK ADA RUMAH SENDIRI |
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang hal yang berkaitan dengan beli rumah. Kalau dah mula beli aset seperti rumah , ada dua kemungkinan iaitu anda mula mendapat duit dari rumah yang anda beli ataupun anda akan habiskan separuh atau lebih dari pendapatan anda untuk bayar rumah anda sebab anda duduk rumah itu bukan buat sewa atau niaga.
Betul ke niaga rumah ? Memang ada. Untung besar kalau dah ada lobang untuk niaga rumah. Jangan tanya saya mana nak cari lobang tu sebab saya bukan developer.
Rumah yang paling penting adalah tempat …
| 02 May |
ORANG BEKERJA LEBIH BANYAK BAYAR CUKAI |
Baru-baru ni saya bertemu dengan seorang sahabat lama. Kawan tu bekerja di pelantar minyak di Miri. Baru balik dari Algeria pasal tugasan di sana.
Gaji kawan tu memang besar dan bila sebut besar memang faham benar kalau cakap belum berjaya. Bagi kebanyakan orang kalau gaji sebulan RM20,000 dah kira banyak tapi bila dah samapai tahap tu, masih rasa banyak kekurangan juga.
Kawan ni memang suka nak pakai kereta Audi A4. Kalau orang lain yang ada RM20,000 setiap bulan rasanya dah ambik Ferrari sebab bayar Ferrari RM10,000 sebulan. Tapi kawan saya ni …
| 09 Apr |
JADI KAYA DENGAN RESTU IBU |
Apabila bertanyakan tentang WANG BOCOR, bukan bererti menyimpan wang tanpa berbelanja boleh elakkan berlaku kebocoran wang.Walaupun simpan sahaja duitnya nanti ada sahaja yang nak guna buat belanja atau bayar macam-macam.
Jika tak tahu, pergi ke kursus atau seminar yang berkaitan dengan menutup kebocoran wang. Kalau dah belajar tetapi tak amalkan juga, wang bocor juga habis bayar seminar.
Sepanjang hidup saya, saya perhatikan disaat saya banyak memberi ibu saya wang, kehidupan ekonomi makin meningkat dan tak ada masalah kurang duit walaupun bagi ibu saya duit. Apabila saya tak beri pada suatu bulan, saya boleh , lihat banyak betul …
| 03 Apr |
Program Di Kuantan Berjalan Lancar |
Baru-baru ni saya anjurkan kursus di Kuantan bertempat di Bangunan MARA. Baru permulaan program ini dianjurkan disini.
Tak sangka pula dalam ramai-ramai yang datang , wartawan dari surat khabar pun datang untuk buat liputan tentang 3 program dalam satu seminar iaitu : Emas hibah , Metafizik dan Rawatan Bio-Touch ( www.rawatanbiotouch.blogspot.com )
Di Kuantan masih baru lagi pendedahan tentang konsep emas hibah. Jadi akan datang kami akan kembali lagi ke Kuantan dan jika diizinkan ada rezeki di tempat lain juga akan anjurkan program ini.
Bayaran yang dikenakan untuk seminar ini …
| 01 Apr |
STRATEGI BELI EMAS |
Baru-baru ini, saya ke Kuantan bersama pasukan saya untuk seisi penerangan tentang emas hibah dan pada hari berkenaan kami ada seisi temuramah oleh wartawan untuk berkongsi dalam artikel di surat khabar.
Apa yang saya selalu kongsikan tentang emas ialah beli dua kategori emas. Yang pertama beli emas untuk jangka pendek dan kedua untuk jangka panjang.
Yang berjangka pendek ; pemilik emas boleh hasilkan pendapatan dari emas tersebut setiap bulan seperti program emas hibah. Gambar di atas adalah contoh seorang pelanggan emas yang beli satu kilo emas dan terima pendapatan …
| 29 Mar |
AKHIRNYA DAPAT JUGA |
Sejak kebelakangan ini semakin ramai yang memilih membeli emas yang dapat duit setiap bulan. Setelah lihat perkembangan program beli emas ini dah lebih setahun dalam blog ini, persepsi terhadap emas ini yang mengatakan skim cepat kaya ternyata meleset sekali.
Dalam masa setahun Nor Azlan dan isterinya memasang cita-cita untuk membeli emas hibah supaya boleh dapat duit setiap bulan buat bayar segala perbelanjaan akhirnya tercapai juga. Modal untuk beli emas bukannya sedikit tetapi kerana dah niat, akhirnya boleh tercapai.
Belum beli lagi dah putus asa untuk memikirkan atau memasang niat. Padahal niat …
| 29 Feb |
Langkah Perlu Dilakukan Sebelum Menjadi Kaya |
Assalamualaikum WBT,
Agak lama saya tak update sebab pergi ke selatan (JB) untuk kursus dan urusan perniagaan. Pandangan pada setiap tempat yang saya pergi banyak peluang sudah terbentang. Biarpun beribu peluang ada depan mata tetapi kalau resipinya tak betul, jadinya gagal juga masakannya.
Baru-baru ini, ada orang beritahu yang dia bekerja tetapi tidak ada gaji. Tetapi hakikat sebenarnya bukan tak dapat gaji tapi gajinya habis untuk bayar hutang. Hutang melebihi gaji memang buatkan hidup kucar kacir. Simpanan habis dan tak ada lebihan untuk belanja lain-lain atau nak bawa keluarga pergi …
| 14 Feb |
FAKTA PENTING TENTANG EMAS |
Emas Logam Berharga
“Kita mempunyai emas kerana kita tidak boleh mempercayai Kerajaan.” Presiden Herbert Hoover
Ciri-ciri emas
Emas ialah unsur kimia yang hanya boleh didapati dan tidak dikeluarkan. Emas dikenali kelangkaan, kelembutan, ketumpatan, dan baik dalam kekonduksian elektrik. Sehingga hari ini, sebanyak 161,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia, 2009 (National Geographic: “Harga Tanah Emas” oleh Brook Larmer).
Ini adalah lebih kurang bersamaan dengan 5,175 bilion auns troy. Berikut adalah ciri-ciri beberapa emas:
Kimia simbol: Au
Tiada atom: 79
Berat atom: 196,967
Graviti tentu: 19,32
Kekuatan tegangan: 11.9
Takat lebur: 1063 ijazah
Kekerasan (Brinell): 25
Karat Emas Penukaran
Karat adalah ukuran kesucian emas dalam …
| 08 Feb |
MELETAKKAN GAJI SENDIRI |
Assalamualaikum WBT,
Sejak kebelakangan ini memang payah nak update blog ni. Sibuk menguruskan belian emas pelanggan-pelanggan emas hibah yang ada offer dapat setiap bulan 3% yang berakhir hari ini. Maaf ya saya kongsikan lambat.
Sebab bukan mudah nak uruskan belian emas tersebut. Perlu menunggu lama untuk mendapatkan nombor giliran. Terlalu ramai manusia nak mengambil peluang dapat 3% setiap bulan. Kalau beli RM 1juta bermakna hibah dia sebulan RM30,000. Mengalahkan gaji CEO syarikat multinasional.
Hari ini saya nak kongsikan tips percuma bagi yang berminat untuk melaksanakannya. Mengapa baru sekarang saya nak konsgikan tips …
| 02 Feb |
MENGAPA SAYA SUKA BERKONGSI TENTANG EMAS |
Gambar di atas adalah risalah yang saya dan group saya edarkan untuk berkongsi peluang keEMASan dengan orang ramai. Hanya dari sehelai kertas mungkin boleh merubah kehidupan orang. Mungkin anda pernah dengar ayat itu jika anda selalu dapat risalah MLM.
Jangan salah anggap, ingat buat MLM sahaja yang guna risalah (Fliers). Semua bisnes guna fliers baik Mcdonald, pizza hut, giant, carefore, seng heng…ceramah agama, jual kereta, jual rumah. Risalah emas ? Sekarang ini belum HOT lagi. Jarang jumpa. Insya Allah lepas ini jadi HOT.
Hari ini dah masuk bulan Februari yang …
| 21 May |
SIMPAN KEKAYAAN DENGAN EMAS BAHAGIAN 2 |

Ada orang baru nak berjinak dengan bisnes emas, Agro Bank dah mula buat hal tutup penerimaan pajak emas jongkong di Ah Rahnu mereka. Yang mana tak tahu mulalah rasa frust menonggeng. Iman dah mula goyang.
Siapa cakap beli emas kemudian cagar emas tu untuk jadi kaya. Cuba lihat rata-rata tauke kedai emas seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei, …semuanya kaya jual emas barang kemas.
Jadi bagi yang dah menyimpan stok emas jongkong yang banyak, tak perlu risau. Kalau saya, ada stok banyak dalam bentuk jongkong pun saya biar saja peram simpan …
| 19 May |
FOKUS PADA PENDAPATAN PASIF |
Alhamdulillah, syukur kerana dilimpahi dengan pelbagai peluang walaupun belum mendapat hasil dari projek besar-besar macam projek tanah anugerah, projek dana untuk LA gomen dan yang terbaru projek cicak tokek.
Bila bercampur dengan ramai orang, ginilah jadinya. Banyak cerita fantasi boleh dengar.
Baru semalam saya duduk dengan seorang kawan sama belajar dulu dah mula sibuk nak cari cicak tokek. Katanya kawan dia buyer wakil dari WHO (World Health Organization).
Ada cerita dekat Kuala Langat ada seorang budak berjaya jual cicak tokek seberat 800 gram dan dapat RM63 juta.
Macam saya cakapkan tadi, macam fantasi. Tapi memang benar …
| 06 May |
MODAL UNTUK JALANKAN PROJEK KERAJAAN |

Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan di pelbagai sudut. Sejak kebelakangan ni, ramai ahli yang melibatkan diri dalam emas dah mula mendapat hasil. Dari awal saya dah beritahu mereka, mulai dengan sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak.
Yang mana buat sekerat jalan sekarang ni masih di takuk yang sama , belum hujung bulan pening nak bayar hutang. Yang gelabah harga emas jatuh nanti tengok lah, tak lama lagi lagi gelabah bila harga emas mendadak naik. Macam saham juga…
Bila saham jatuh time tu ramai mengelupor nak jual. Patut time jatuh harga tengah murah dan …
| 01 May |
MENUTUP KEBOCORAN WANG BAHAGIAN 2 |
Sebelum ini saya ada beritahu untuk kongsikan kisah seorang akak yang berniaga dengan menjana pendapatan RM15,000 sebulan tetapi mempunyai masalah aliran wangnya yang buatkan duitnya tak nampak pada hujung bulan.
Atas restu akak itu, (tak perlu saya bagitahu nama dia), Kak Laila (bukan nama sebenar) seorang busines lady yang menjual frozen food. Dia salah seorang peserta Kursus ISP. Saya kenal dia pun daripada awal tahun sejak join kursus.
Alhamdulillah, bisnes Kak Laila semakin kencang dan dia pernah bertanya dengan saya bagaimana nak besarkan perniagaannya. Saya beritahu dia melalui ilmu, bila ilmu makin tinggi, maka besarlah potensi …
| 14 Apr |
PROGRAM HIBAH EMAS MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT |

Alhamdulillah, selesai menguruskan pembelian 250gram emas hibah yang dibeli oleh Mak cik Anisah ( Makcik Mama). Makcik ni dengan anaknya datang dari Kuantan Pahang pada asalnya membuat bank transfer kepada saya sebelum kenal.
Memang kalau ikut akal, siapa yang berani nak masukkan duit beribu-ribu kepada orang yang tak dikenali. Tapi atas dasar kepercayaan dan nekad, Makcik Mama (mudah nak bahasakan diri) telah transfer ke akaun bank untuk pembelian emas sebanyak RM45,000.
Dari jumlah itu Makcik Mama dan anaknya mendapat hibah sebanyak RM979 setiap bulan mengikut kontrak perjanjian. Emas …













