Archive for the ‘Minda Jutawan’ Category
| 16 May |
BRUNEI TEMPAT BANYAK PELUANG |
Lebih seminggu saya meninggalkan komputer untuk mengupdate diari kehidupan harian dalam blog sebab sibuk menguruskan program emas di Brunei.
Balik dari Brunei, pergi ke Gold Coast pula. Hujung bulan ini akan berada di Selatan. Ini akibatnya bila dah mula traveling, jadi kerap pula jadinya.
Sebelum berangkat ke Brunei, ada pengalaman dan kisah drama berlaku. InsyaAllah saya akan kongsikan kisah itu di masa lain. Kenangan itu saya tak akan lupakan sampai bila-bila.
Dugaan sebelum nak berjaya pasti ada. Tetapi setiap yang berlaku, semuanya adalah yang terbaik Allah berikan untuk kita walaupun …
| 03 May |
Fungsi Dompet Bio-Magnetik |
Sudah lebih 3 tahun saya perkenalkan dompet bio-magnetik yang berfungsi sebagai penyelarasan diri pemilik untuk memudahkan setiap urusan dalam mencari rezeki dan kekayaan yang semuanya datang dari Allah SWT.
Post kali ini bukan untuk promot dompet ini tetapi lebih kepada menerangkan rahsia dan mengapa saya melancarkan produk ini.
Ada juga yang mengatakan saya dapat untung banyak dari dompet ini. Ada yang kata saya jadi kaya jual dompet ini. Begitulah tangapan orang yang ada sifat tak boleh lihat kesenangan orang lain. Antara sumpahan orang yang tak suka lihat kesenangan orang lain ialah …
| 21 Apr |
CUBA JADI DIRI ANDA YANG SEJATI |
Sebelum kita mendapat rentak dalam apa jua benda yang kita buat, mesti kita mencari seseorang sebagai ikon untuk kita tiru atau buat apa yang dia buat.
Contohnya kalau kita buat bisnes MLM, pastinya ada leader yang kita ingin contohi mungkin sebab cara dia bercakap, cara pemakaiannya , cara dia makan, minyak wangi apa yang dia pakai.
Sebab kawan tu buat RM100,000 sebulan jadi awak pun nak dapat macam dia dapat.
Atau mungkin dalam sekolah , ada seorang murid pandai yang anda nak ikuti. Tengok kawan tu bawak botol air besar …
| 12 Apr |
KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS |
Assalamualaikum saudara dan saudari yang dimuliakan Allah,
Sudah agak lama saya tak update blog ini kerana banyak ke luar negeri. Bukan luar negara ya. Sambil itu saya tak akan lupa tanggungjawab saya untuk berkongsikan pengalaman dan tips dalam blog ini.
Setiap hari bertambah banyak masalah orang yang diterima oleh mereka sendiri. Masalah yang datang bukan diminta tetapi sudah ditetapkan oleh Allah kepada kita yang sememangnya diciptakan sebagai hamba Allah.
Paling penting kita kena ingat, walau besar ,mana pun masalah kita , JANGAN sesekali kita persoalkan kepada Allah bertanyakan : “MENGAPA AKU SUSAH …
| 09 Apr |
JADI KAYA DENGAN RESTU IBU |
Apabila bertanyakan tentang WANG BOCOR, bukan bererti menyimpan wang tanpa berbelanja boleh elakkan berlaku kebocoran wang.Walaupun simpan sahaja duitnya nanti ada sahaja yang nak guna buat belanja atau bayar macam-macam.
Jika tak tahu, pergi ke kursus atau seminar yang berkaitan dengan menutup kebocoran wang. Kalau dah belajar tetapi tak amalkan juga, wang bocor juga habis bayar seminar.
Sepanjang hidup saya, saya perhatikan disaat saya banyak memberi ibu saya wang, kehidupan ekonomi makin meningkat dan tak ada masalah kurang duit walaupun bagi ibu saya duit. Apabila saya tak beri pada suatu bulan, saya boleh , lihat banyak betul …
| 12 Mar |
MOTIVASI MENJADI KAYA = CASH |
Hari ini saya ingin kongsikan RAHSIA menjadi kaya dengan 4 strategi. Disingkatkan menjadi CASH. Tips ini saya belajar dengan orang yang sudah berjaya dan ia terbukti untuk saya dan anda jika ingin menjadi kaya.
Sebelum itu saya ingin bagitahu yang kaya itu bukan matlamat hidup kita tetapi kita perlu menjadi kaya untuk menyelesaikan semua masalah kita dan membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan kita bila dah kaya nanti.
Oklah, mari kita mulakan dengan C yang pertama …..
CONSISTENTÂ
Buat semua benda kena secara berterusan. Dalam Islam sendiri mengajar kita supaya buat sesuatu …
| 05 Mar |
PENILAIAN ANDA TENTANG BERJAYA |
Hari ini kita cerita sedikit tentang penilaian terhadap kejayaan seseorang atau pada pandangan anda, orang yang berjaya diukur dari segi apa?
Rata-rata semua orang mengukur kejayaan seseorang dari segi berapa banyak wang yang dia ada, berapa banyak simpanan yang dia ada, berapa banyak harta yang dia ada…
Apa jenis kereta yang dia pakai, apa pekerjaan yang dia buat, apa jenis rumah yang dia duduk. Setuju ?
Tak dinafikan, duit dijadikan sebagai ukuran kejayaan seseorang. Saya nak kongsikan dengan anda betapa stressnya hidup bila nak capai ada banyak duit supaya nanti dinilaikan …
| 03 Mar |
ROLE MODEL ORANG YANG BERJAYA |
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi …
| 29 Feb |
Langkah Perlu Dilakukan Sebelum Menjadi Kaya |
Assalamualaikum WBT,
Agak lama saya tak update sebab pergi ke selatan (JB) untuk kursus dan urusan perniagaan. Pandangan pada setiap tempat yang saya pergi banyak peluang sudah terbentang. Biarpun beribu peluang ada depan mata tetapi kalau resipinya tak betul, jadinya gagal juga masakannya.
Baru-baru ini, ada orang beritahu yang dia bekerja tetapi tidak ada gaji. Tetapi hakikat sebenarnya bukan tak dapat gaji tapi gajinya habis untuk bayar hutang. Hutang melebihi gaji memang buatkan hidup kucar kacir. Simpanan habis dan tak ada lebihan untuk belanja lain-lain atau nak bawa keluarga pergi …
| 02 Feb |
MENGAPA SAYA SUKA BERKONGSI TENTANG EMAS |
Gambar di atas adalah risalah yang saya dan group saya edarkan untuk berkongsi peluang keEMASan dengan orang ramai. Hanya dari sehelai kertas mungkin boleh merubah kehidupan orang. Mungkin anda pernah dengar ayat itu jika anda selalu dapat risalah MLM.
Jangan salah anggap, ingat buat MLM sahaja yang guna risalah (Fliers). Semua bisnes guna fliers baik Mcdonald, pizza hut, giant, carefore, seng heng…ceramah agama, jual kereta, jual rumah. Risalah emas ? Sekarang ini belum HOT lagi. Jarang jumpa. Insya Allah lepas ini jadi HOT.
Hari ini dah masuk bulan Februari yang …
| 27 Jan |
Menetapkan Matlamat 5 Tahun Dari Sekarang |
Assalamualaikum Wbt,
Apa khabar hari ini ? Hidup kita ibarat macam roda. Hari semalam bagus, kelmarin ceria, hari ini selsema sekejap. Itu semua proses kehidupan.
Tak ada orang yang happy sentiasa. Sedangkan suami isteri juga boleh bertengkar pada satu ketika ini pula kehidupan. Paling bagus waktu diduga itulah saat untuk kembali bertafakur.
Waktu terima cemuhan, kena marah, kena kutuk, kena sakiti hati…..senang cerita masa kita susah, kita akan rasa kecewa dan tidak bersemangat. Kalau nak difikirkan selalu masalah bukan dapat selesaikan segera. Jalan paling selamat dan senang sekali bila ada masalah ialah …
| 21 Jan |
Amalan Harian Yang Kearah Ketenangan |
Seperti dalam post sebelum ni, saya ada kongsikan bagaimana nak capai ketenangan. Biarpun apa yang anda dapat anda bersyukur sahaja. Kalau masih duduk rumah sewa pun bersyukur sahaja. Ada orang yang tak ada rumah langsung tidur tepi kedai.
Jika tengah susah sekalipun bersyukur sebab ada orang yang usahkan duit, nak makan pun terpaksa bergantung pada orang lain untuk suapkan makan.
Apa yang dikongsikan hari ini mungkin kita dah tahu cuma tak diingatkan atau tak tahu kehebatan amalan itu. Saya juga sama-sama berusaha untuk terus melakukan amalan ini sehingga akhir hayat disamping …
| 18 Jan |
Bagaimana nak hidup tenang |
Assalamualaikum Wbt,
Setiap hari umur kita meningkat dan setiap hari kita menjadi semakin matang. Bererti kalau sebelum ni kita buat satu benda kita main larong aje.
Kalau dulu mungkin kita ikut-ikut orang dalam bab nak mencari ketenangan atau kebahagiaan. Tapi bila dah matang , kita sedar tak ada jalan yang terbaik selain dari jalan yang saya nak kongsikan di akhir post ni.
Diam tak diam website Hadzrin.com pun dah masuk tahun keempat. Setiap tahun saya patut buat perubahan dan saya harap agar dapat berkongsi pengisian sekarang yang lebih mematangkan.
Mungkin anda tak …
| 17 Jun |
WEBSITE KENA SERANG LAGI SETIAP KALI ULANG TAHUN |
Kepada sahabat-sahabat pembaca Blog Hadzrin.com yang sentiasa menantikan buah fikiran penulisan saya, mohon maaf kerana sudah berkali-kali nak masuk ke website ini tetapi tidak dapat.
Beginilah yang berlaku setiap kali nak masuk ulang tahun usia blog. Kali ni dah masuk tahun yang ke tiga blog ini menjadi rujukan para pembaca.
Tahun lepas website tak dapat buka saya mengertilah juga kerana lambat bayar domain.
Kali ni tak lambat bayar pun sama juga masalah tak boleh buka. Walaubagaimanapun, jika Allah izinkan saya teruskan berkongsi dalam laman weblog peribadi saya ini. Kalau hangat tahi …
| 07 Jun |
BANYAK PELUANG DAN RUANG DI NEGERI ORANG |

Mutiara Ilmu yang ingin saya kongsikan hari ini….
Diri kita dikira beruntung ketika Bertutur, Diam, Termenung dan semasa Bergerak. Bagaimana dikira beruntung?
Ketika dalam keadaan bertutur dan dia tidak ada menceritakan tentang Allah dan bercerita tentang kebaikan akhirat, maka hidupnya sia-sia.
Ketika dalam keadaan diam dan dia tidak mengingati Allah maka jiwa dan dirinya sebenarnya kosong.
Ketika dalam keadaan termenung dan dia tidak mengambil iktibar atau pengajaran tentang kebesaran Tuhannya maka dia sebenarnya hidup dengan penuh kelalaian.
Ketika dalam keadaan gerak langkahnya dan tidak menunjukkan hidupnya sebagai seorang hamba Allah maka dirinya dipenuhi dengan …
















