28
Mar

Rutin Harian Untuk Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Dah lebih 10 tahun blog ni masih lagi wujud. Masih ada lagi follower yang datang ke blog ni ye. Sekarang ni teknologi dah berubah. Semuanya cenderung ke arah pantas.

Dengan kepantasan itu kita sedar sedar usia semakin meningkat dan tak sempat untuk berfikir bagaimana pengakhiran hidup kita. Lebih teruk lagi bila banyak memikirkan hal dunia dalam bab kelangsungan hidup.

Akhirat tempat kehidupan sebenar tapi kita masih lagi banyak habiskan tenaga , masa untuk kehidupan sebentar ni.

Bayangkan kalau kita kaya di akhirat, selama lamanya kita kaya. Kalau di dunia ni, hari ni kita kaya esok belum tentu.

Apa yang berlaku pada diri kita sekarang ini semuanya sudah diaturkan Allah. Tidak ada seinci pun yang berubah .

Sampai kan ada  yang bertanya, jika ajal itu sudah ditentukan , apakah kita perlu berdoa untuk dipanjangkan umur ? Doa itu pun dengan izin Allah.

Hari ini kita melihat keadaan huru hara dunia. Apa yang diluar adalah diluar kawalan kita. Apa yang di dalam diri kita, kita boleh ikhtiar. Contohnya bagaimana nak hidup dalam ketenangan dan bahagia.

Walau ada besar mana masalah kita hadapi, tapi jika diberi ketanangan inshaa Allah, ada jalan penyelesaian.

Jika hari ini kita tak suka dengan keadaan kita sekarang , mungkin kita boleh ubah rutin harian kita. Maksud tak suka itu ialah mungkin kita ni selalu ditindas , tak ada keyakinan diri , tak ada pekerjaan , tak ada duit , tak ada kawan kawan dan kalau nak disenaraikan masalah ada berjuta.

Setiap orang mempunyai masalah itu sudah pasti biarpun dia kaya raya sekalipun. Jadi kalau kita letakkan kekayaan itu sebagai ukuran kejayaan, kita masih lagi berfikiran di dalam kotak.

Kejayaan adalah bila kita dapat selesaikan sesuatu masalah. Ada setengah masalah tidak memerlukan wang . Itu pun satu kejayaan. Ambik contoh, ada orang hadiahkan kita rumah. Jika orang lain perlu membayar.

2 amalan rutin yang mungkin bagi orang lain senang nak buat tapi bagi orang yang tak biasa memang payah.

Rutin pertama : Tidur awal seawal jam 10 malam.

Biarpun sibuk ada kerja apa pun , pukul 9.30 dah bersiap tutup komputer atau handfon. Sambung kerja jam 3 pagi.

Anda akan rasa tenang aje bila buat kerja pagi berbanding lewat malam. Lagi satu bila tidur seawal jam 10 malam , dan bangun jam 3 pagi , anda mempunyai kualiti tidur selama 9 jam!

Boleh cuba selama seminggu kalau nak bandingkan buat kerja malam dengan malam tu terus tutup segala gajet dan TV. Pukul 10 tidur dan pukul 3 bangun. Budaya lepak mamak malam pun boleh berhenti. Itu yang payah bagi kerjaya seorang networkers.

Tidur awal kelebihannya juga ialah anda akan kelihatan lebih muda berbanding orang yang berjaga malam. Ada seorang apek yang saya kenal selama setahun. Selama ini saya ingatkan dia berusia 60 tahun. Rupanya dia dah cecah 90 tahun.

Saya kenal dia sebab dia jiran saya. Malam sebelum jam 10 dah bergelap rumah dia.

Dan yang paling menariknya kalau kita nak kuatkan badan, kita memang kena tidur awal. Ikut kajian , sel tulang kita terbina pada waktu kita tidur jam 11 malam. Kalau jam 11 pun tak tidur bagaimana nak kuat.

Rutin Ke 2 : Bangun paling lewat jam 5 pagi

Itu semuanya secara saintifik kenapa perlu tidur awal. Syaitan pun goda kita supaya tidur lambat agar kita susah nak bangun pagi. Bila bangun pagi banyak kerja boleh buat.

Saya sebelum sebelum ini banyak berkongsi dalam blog ini saya mengarang pada waktu sebelum subuh. Arwah P Ramlee pun cipta skript dan filem waktu pagi. Sebab itu sampai hari ini kita masih suka melihat cerita P Ramlee.

Selain dari amalan solat tahajud , zikir  , boleh buat senam nafas tendai. Sehari boleh dapat sejam latihan pernafasan tendai dah cukup . Biasanya orang buat latihan 15 minit sahaja tetapi sebab heningnya suasana pagi sebelum subuh, ketenangan latihan itu memang maksimum. Kita jadi tak sabar nak tunggu pagi esok buat latihan tendai.

Banyak kelebihan bangun pagi. Rasanya saya tak perlu tulis disini, anda boleh google.

2 rutin harian ini kita buat , inshaa Allah perjalanan hidup itu nampak ada sinar. Istiqomah buat rutin ini dan kita lihat tahun hadapan bagaimana kita ketika itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*