15
Jan

Bangkit Semula Menggunakan Pengalaman

 

Salam 2021. Semoga anda sihat walafiat di samping keluarga dan segala urusan dimudahkanNya.

Dah masuk 12 tahun blog ini diwujudkan dan saya akui jarang berkongsi tak sekerap dulu. Semuanya bergantung pada izin Allah. Setiap zarah yang bergerak semuanya atas izin Allah. Dalam Quran ada sebut.

Buat anda yang sentiasa menunggu perkongsian dari saya , boleh dapatkan update dari media sosial seperti di Facebook Hadzrin dot com. Zaman sekarang memang semua orang lalui saat sukar baik yang kaya miskin dan yang bekerja tidak bekerja termasuklah anak anak.

Anak anak tidak dapat ke sekolah, apa nasib mereka kita tidak tahu. Macam kita juga dulu tidak pernah terfikir jadi seperti sekarang. Maksudnya pekerjaan kita sekarang ini dulu kita tidak pernah bajet. Dulu mungkin cita cita nak jadi pilot tapi sekarang jadi penjual nasi lemak.

Sepanjang perjalanan hidup kita, kalau kita dapat merenungkan sejenak, banyak pengalaman kita dapat dari setiap hari masa berlalu. Banyak ilmu yang kita mendapat ilham. Berbalik pada tadi, semua zarah zarah yang bergerak semuanya dengan izin Allah. Sebagai contoh burung berterbangan depan mata kita ia terbang pun siapa yang menahan ia daripada jatuh ? Dari burung kita dapat ilham.

Biasanya mula tahun baru kita akan mula tanam azam dan niat baru. Tapi tanpa kita sedari, kita dah hampir penghujung bulan Januari dan sejak PKP di seluruh negara, masa memang cepat berlalu.

Sesungghuhnya demi masa manusia sangat kerugian. Biar saya terus kepada topik yang saya nak kongsikan hari ini. Apa jua pekerjaan kita dan bisnes yang kita buat kita tanamkan dengan niat satu ini iaini untuk mendapatkan keredhaan Allah. Ikut sahaja FLOW.

Mungkin sebelum ini apa jua benda yang kita buat untuk dapat duit , untuk dapat perhatian , untuk dapat hidup. Tapi bagi tahun 2021 tahun yang kita tidak boleh alpa bukan makna musim covid sudah berakhir tetapi tahun yang kita sentiasa membuat persiapan.

Persiapan untuk membaiki diri , menggunakan diri ini untuk cuba memberi manfaat pada orang sekeliling atau orang lain . Sebenarya kita mempunyai kekuatan yang kita tidak sedar. Apa kah kekuatan itu.

Doa yang mustajab. Ambik kesempatan hidup ini berdoa pada Allah. Doa bagaimana nak dapatkan yang mustajab. Kita banyak dosa dan dosa dosa itu Allah ampunkan bila kita bertaubat dan minta ampun.

Mulai tahun 2021 ini, kita sama sama berusaha untuk amalkan istighfar 1000 kali sehari dan kemudian berdoa minta pada Allah untuk beri apa yang kita rasa mustahil tetapi tidak mustahil bagi Allah.

Contohnya kita mohon nak jadi penghafal Al Quran yang selama ini kita rasa sukar tetapi jika Allah berkehendak dan perkenankan doa kita, maka makbul doanya. In shaa Allah.

Sebagai kesimpulan, tahun 2021 kali ini, kita bangkit dengan pengalaman dan pemahaman terhadap kehidupan ini :

  1. Kita berusaha dengan niat untuk mendapat redha dan rahmat Allah
  2. Doa mustajab adalah senjata kita.

Saya doakan agar kita sentiasa diberi peluang dan ruang untuk membaiki diri kita. Semoga perkongsian sedikit hari ini dapat memberi satu semangat dan pemahaman yang baru.

Ohh yaa, gambar ini waktu saya tengah beli kayu untuk bina rumah. Pengalaman sepanjang musim covid ini saya dapat skill membuat rumah. Tahun 2020 masa ini. 2021 inshaa Allah skill lain yang saya tengah develope. Tidak ada mustahil bagi Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*