19
Dec

Formula Belajar

Lagi dua minggu akan tinggalkan tahun wawasan 2020. Walaupun tahun ini banyak cabaran tapi dalam masa yang sama ada evolution berlaku.

Kalau dulu bekerja sekarang dah mula berniaga. Yang mana sebelum ni sepi tiba tiba dah pandai bertanya khabar.

Dari buta IT sekarang dah mula berniaga online. Maknanya sekarang tak kira usia kita tetap kena terus belajar.
.

Seorang pakar neuro buat kajian kalau nak belajar dengan berkesan boleh guna formula. Guna formula F.A.S.T

F – Forget. Kita stuck dalam hidup sebab selalu pegang kejayaan lalu. Ibarat cawan kosong.

A – Active. Dulu masa arwah ustad masih hidup, ada beberapa orang murid dia active datang ke rumah arwah untuk dapatkan ilmu. Sebab itu ada muridnya sekarang jadi power ranger .Tidak ada ilmu yang datang kalau menunggu kecuali ilmu jadi penunggu.

S – Statemind. Sentiasa berada dalam keadaan bersyukur. Apa yang kita ada sekarang kita happy dan bersyukur sebab peluang sentiasa ada lagi untuk kita improve.

T – Teach Others. Ini satu proses yang menarik. Semua orang peranan sebagai cikgu. Kalau dekat rumah ajar pada anak di luar ajar kepada kenalan. Bila mengajar orang , kita akan jadi lebih faham dan mahir tentang ilmu itu. Ibarat ada input ( belajar ) ada output (mengajar).

Orang berjaya bila dia mula sesuatu dia habiskan ! Keep on learning and teaching!

Nota kaki :
Tahun depan saya nak belajar bina rumah sendiri inshaa Allah dipermudahkan

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*