21
Oct

6 Strategi (teknik ) Kalau Nak Berubah Hidup 100%

6 Strategi (teknik ) Kalau Nak Berubah Hidup 100%

Apa yang berlaku sekarang di luaran kita memang diluar kawalan kita tapi apa yang kita boleh buat ialah bermula dengan dalaman diri kita dahulu.

Macam pokok nak hasilkan buah yang sedap (luaran) kena ubah baja yang digunakan ( dalaman ).

Dah bertahun tak ada peningkatan atau perubahan mungkin boleh mulai progress ni sikit sikit . 6 strategi atau teknik yang kita boleh start untuk life changing.
.

1. Ubah posture tubuh.

Selama ini banyak sangat main handphone dan tunduk kepala. Sampai jadi bongkok dan sakit tengkok. Sebab itu selalu down sebab selalu tunduk.

Ada seorang guru bagitahu dia ajar murid murid dia setiap pagi , tengahari dan petang berdiri tegak dan dongak ke langit. Lakukan posture ini dan ada perubahan dalam hidup. Buat itu sahaja.
.

2. Bersenam

Bersenam bukan maksud pergi gym angkat besi. Sekurang kurangnya berlompat atau lari setempat. Ada yang kayuh basikal.

Jangan bersenam waktu malam sebab malam kalau bersenam lagi mudarat pada tubuh.

Bersenam untuk level orang berumur 40 tahun ke atas tu bagus buat senaman harimau. Boleh google atau youtube macamana nak buat.

Bila bersenam akan keluarkan growth hormon . Orang yang bersenam boleh nampak lebih muda dan lebih confident.
.

3. Bersyukur setiap pagi

Bangun sahaja terus ucapkan kesyukuran. Walau apa pun berlaku sentiasa bersyukur.

Kalau nak ikutkan nikmat yang Allah beri tak terhingga banyaknya. Ambik contoh kereta.

Rosak enjin kena buat overhaul perabih sampai sepuluh ribu. Lepas enjin rosak , aircond pula. Kemudian tayar pulak pecah, cermin pulak retak.

Tubuh kita kalau rosak jantung , hati , ginjal , hempedu , otak , buah pinggang bayangkan berapa kos maintenancenya ?

So bersyukur selalu sebab masih boleh bangun pagi dan teruskan kehidupan.
.

4. Tolong orang terdekat

Tak dapat tolong dari segi kewangan , tolong dari segi masa dan tenaga. Dengan kawan kawan atau keluarga dan saudara mara.

Kadang kita akan rasa down dan penat. Bila dapat jumpa atau duduk dengan kawan kawan yang positif ia seperti recharge. Mungkin time tu akan dapat idea apa nak buat. So akan jadi sibuk dan tak ada masa nak mengeluh.

Bila tak ada ruang untuk mengeluh , energi baik baik seperti peluang akan datang.
.

5. Tambah ilmu

Setiap pagi cuba ambik satu buku dan baca . Dengan membaca boleh buatkan otak kita menyambung neuron baru sebab dapat idea atau ilmu baru.

Paling baik baca tafsiran quran. Sebabnya ada banyak karektor orang semuanya ada diceritakan dalam al Quran. Bukan setakat orang , bangsa pun ada diceritakan dalam tu.

Tengok youtube untuk dapat ilmu baru pun boleh tapi kena buat catitan untuk otak boleh bekerja.
.

6. Bersihkan tempat tinggal.

Pesan seorang ulama , setiap malam sebelum tidur kalau ada sampah dalam rumah buang. Supaya rezekinya deras.

Banyak sebenarnya barang barang yang tidak digunakan lagi boleh disedekahkan atau buang. Boleh juga jual dekat group whatsap atau marketplace.

Bila rumah bersih , tak ada sampah mood nak buat kerja dari rumah pun meningkat. Bila ada mood barulah banyak idea datang.

Bersihkan rumah pun macam bersenam. Saya kalau bersihkan rumah Bayu Homestay berjurai jurai peluh.

Selamat mencuba 6 teknik ini.

Kalau rasa manfaat bolehlah share teknik ni sebab sekarang ni ramai yang mengalami kemurungan .

Hadzrin Sahari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*