13
Sep

BINA IMEJ BERJAYA

Kisah Muhammad Ali sebut “I’M THE GREATEST!” Beliau bukan sebut tu selepas beliau jadi juara Dunia. Tapi lama sebelum dunia belum kenal siapa Muhammad Ali, beliau dah sebut “I’M THE GREATEST”!

Apa yang beliau sedang buat ialah beliau sedang letak self image dalam otak beliau yang beliau adalah JUARA DUNIA.

Saya ada seorang kawan. Beliau memang suka menulis tentang kegagalan dan kisah kesusahan beliau di Fb.

Memang kisah kisah begini orang suka baca, tapi yang membacanya juga orang orang yang sedang gagal dan sedang susah.

Tiap kali dia muat naik status, mesti berkait dengan kisah gagal dan susah nya beliau. Ini sangat bahaya, kerana Self Image yang di pegang dalam minda ialah beliau seorang yang gagal!

Dan memang beliau buat apa bisnes pun semua gagal. Bahaya kan?

Sama juga macam orang yang suka baca group group atau page page seperti Kisah rumahtangga orang yang goyah.

Jika dibaca hari hari, benda itu akan membentuk self image dalam minda bawah sedar kita dan akan membawa pada ke goyahan rumahtangga sendiri.

Sebab tu, orang yang suka mengumpat hal rumahtangga orang lain. Lama lama benda yang di umpat tu akan jadi pada rumahtangga sendiri.

Sebab self image itu slowly terbentuk dalam minda setiap kali dia mengumpat.

Biarpun betapa besar task yang kita dapat, first sekali ialah letakkan self image yang kita boleh buat.

“Orang berjaya cakap susah tapi boleh buat dan orang gagal cakap boleh buat tapi susah”

Nota :
Syabas pada staf dan team #BayuHomestay kerana dapat siapkan task dalam masa 2 hari. Self image yang digunakan Kita Boleh! Malaysia Boleh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*