06
May

Masa Saya dengar audio dari  Syeikh Ali Jaber, beliau  ada share.

.

Selalu bila orang datang padanya minta pertolongan  macam mana nak selesaikan masalah2 dan hajat2 hidup syeikh Ali share dua benda ni.

.

Alhamdulillah hampir 90 % yang amalkan tips nya in datang semula kepada beliau dan ucapkan terima kasih kerana Allah hadirkan jalan Keluar untuk mereka.

.

Allah dengar DOA dan permintaan mereka dan kabulkan dalam Masa yang singkat

.

APA petua beliau?

.

1) Selepas solat isyak solat dua rakaat

2) sebelum tidur bayangkan dalam Kepala segala APA yang Kita hajatkan

-Misalnya  amanah hutang langsai

-Sales merimbun

-Dapat rumah kereta

3) baca 

حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Hasbunallah wa ni’mal wakil.”

“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung

Baca dengan sepenuh hati biar sampai mengalir air mata

Syeikh tak bagitahu bilangannya boleh baca sebanyak mana pun

.

Ada saya pernah terbaca 

Barang siapa membaca kalimat di atas 450x di waktu siang dan 450x di waktu malam, Insya Allah dia akan mendapatkan 6 hal:

✅Allah akan mencukupinya

✅Allah menjadi wakil (Yang diserahi) segala urusannya

✅ Allah melindungi dari kejahatan makhluk-NYA

✅Allah akan menguatkan pertolongan untuknya

✅ Allah akan menjadikan rasa mahabbah/suka kepadanya pada hati semua makhluk

✅Allah akan membuatnya kaya dg anugerah-NYA

.

Syeikh Abu Hasan as Syadzili ra berkata:

 Barang siapa istiqomah membaca:

HASBUNALLOOHU WA NI’MAL WAKIIL (sebanyak kandungan bilangan hurufnya atau 450x) setiap saat atau sesering seringnya (semakin sering semakin baik) secara istiqomah, maka ia akan memperoleh keberuntungan bersama orang orang yg beruntung.

Siapakah orang orang yg beruntung itu? Mereka itulah orang orang yg tidak merasa khuatir atau takut dan tidak merasa susah. 

Ini adalah maqam para wali Allah.

Kredit: Siti Munirah A.Rashid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*